Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Jangan gentar!

Posted: 17 Dec 2010 12:52 PM PST

Sukan

pix_gal0
Rajagobal harap anak buah bermain seperti biasa, elak kesilapan

K RAJAGOBAL tetap optimis dengan peluang anak buahnya untuk mara ke final walaupun lawan, Vietnam kembali mendapat khidmat tiga tonggaknya yang tidak beraksi pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

"Sebagai jurulatih saya perlu optimistik dengan keupayaan skuad negara," kata Rajagobal dalam sidang media di Hanoi semalam menjelang aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh malam ini. "Tiada yang mustahil jika pemain mempamerkan permainan konsisten seperti ditunjukkan sebelum ini.

"Walaupun ada tiga pemain yang sebelum ini tidak dapat beraksi kerana digantung dan mengalami kecederaan kembali beraksi, itu tidak mengubah corak persiapan kami untuk menghadapi Vietnam." Ketika sesi latihan pertama di Kuala Lumpur, Rajagobal memberi tumpuan terhadap corak kesebelasan utama Henrique Calisto tanpa mengetepikan pemain lawan yang tidak beraksi. "Saya rasa pemain sudah bersedia menangani skuad utama Vietnam," kata Rajagobal.

Pada pertemuan Rabu lalu, pemain tengah Nguyen Trong Hoang digantung tetapi dijangka kembali diturunkan manakala Doan Viet Cuong dan Phan Van Tai Em turut diramal membarisi kesebelasan utama Calisto malam ini.

"Tidak ada apa yang perlu ditakutkan," kata Rajagobal. "Mereka hanya perlu bermain seperti biasa dan mengelak daripada sebarang kesilapan. Kita akan cuba mempertahankan kelebihan gol dan mencari gol tambahan bagi melebarkan peluang ke final."

Vietnam perlu menjaringkan tiga gol untuk mengatasi dua gol Malaysia secara agregat, tetapi jika Malaysia menambah satu gol, skuad Calisto perlu membolosi Khairul Fahmi Che Mat lebih empat kali untuk menjamin tiket ke final.
Rajagobal dijangka menurunkan barisan sama seperti di Bukit Jalil tetapi keutamaan kali ini diberikan untuk memperkuatkan benteng pertahanan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

shamsuri zainal

ayuh pemain malaysia buktikan lagi kemampuan anda.syabas.kami tetap memberi sokongan dan jangan lembik lagi.malaysia boleh.

mohd fathoni

syabas malaysia.kekalkan perestasi permainan sebagaimana yang ditunjukan pada rabu lalu.lebih lebih lagi pada separuh masa kedua.tunjukan pada dunia yang kita bukan sekadar hebat digelanggang sendiri.kami mendoakan dan menyokong agar pasukan kita berjaya ke peringkat akhir.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Dua misi di Stamford Bridge

Posted: 17 Dec 2010 12:51 PM PST

Sukan

MANCHESTER United mempunyai dua misi besar apabila bertandang ke Stamford Bridge bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam esok.

Selain mahu mengukuhkan cengkaman di persada liga dan terus berada di depan juara bertahan itu, barisan Alex Ferguson juga mahu menamatkan kemarau lapan tahun kemenangan di gelanggang lawan itu.

Sejak April 2002, United tidak pernah menang di gelanggang Chelsea itu tetapi kemenangan kali ini, bukan saja meletakkan mereka enam mata di depan Blues, tetapi juga mengukuhkan lagi kedudukan kerana masih berbaki satu perlawanan. Dengan rekod bersih tanpa tewas selepas 16 perlawanan musim ini, Red Devils juga sedang bersemangat ekoran kemenangan ke atas pencabar terdekat Arsenal di Old Trafford, Isnin lalu dan satu lagi kemenangan ke atas pasukan kelompok empat teratas, pasti mencerahkan peluang untuk mencatat rekod baru juara liga sebanyak 19 kali.

"Perlawanan Ahad ini (esok) adalah satu perlawanan besar. Ia juga perlawanan yang mungkin menentukan corak saingan di kelompok atas liga.

"Kami masih tidak tewas selepas 16 perlawanan dan kami mahu menjadikannya 17," kata Ferguson yang percaya anak buahnya mula menemui rentak selepas bermula agak perlahan musim ini.

Berbeza pula di kem Chelsea, barisan Carlo Ancelotti gagal mencatat kemenangan dalam enam perlawanan sejak awal November lalu tetapi pengurus kelahiran Itali itu percaya, tempoh hitam kelab itu sudah berlalu.
Kehadiran semula Frank Lampard yang diturunkan seketika ketika seri 1-1 dengan Tottenham Hotspur minggu lalu, memberi sebab buat jurulatih itu untuk berasa yakin menghadapi perlawanan penting esok. – AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan