Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Pentas tebus maruah

Posted: 20 Dec 2010 11:50 AM PST

"INILAH saat kami tunggu." Laungan keyakinan itu disuarakan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (gambar) yang bertekad menebus kembali maruah bola sepak negara pada final Piala Suzuki AFF menentang Indonesia.

"Kami akan pastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia untuk membalas dendam kekalahan memalukan awal bulan ini dan seterusnya menjulang buat kali pertama piala mula dipertandingkan sejak 1996 ini.


"Impian dan keazaman kami sepanjang kejohanan ini akhirnya tercapai untuk membuat perhitungan sekali lagi dengan juara kumpulan A itu," kata penyerang berusia 24 tahun itu.

Malaysia diaib Indonesia pada perlawanan pembukaan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 1 Disember lalu apabila tewas 1-5 walaupun mendahului melalui jaringan Norshahrul pada minit ke-18.

Namun pada perlawanan akhir, skuad kebangsaan pastinya menagih kelicikan pemain berasal dari Terengganu itu untuk mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan serta mengatasi kekebalan penjaga gol Indonesia, Markus Rihihina yang hanya melepaskan dua gol di sepanjang kejohanan .


"Bagi saya pertahanan Indonesia tidak kebal terutama di pertahanan tengah tapi nasib mereka baik apabila bertemu dengan pasukan yang lemah seperti Filipina di separuh akhir sekali gus menampakkan skuad bimbingan jurulatih Alfred Riedl berada di kelas tersendiri.


"Saya berjanji memberikan aksi terbaik bagi membuka peluang kepada rakan sepasukan yang lain terutamanya, Mohd Safee Sali bagi mencari gol untuk dijadikan bekalan ke Jakarta," jelasnya.

Penyerang lincah yang membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia itu menjangkakan akan terus diberikan peranan untuk lebih banyak bertahan oleh ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal selain membantu dan membuka lebih banyak ruang untuk Mohd Safee menjaringkan gol.

"Saya tidak kejar status sebagai penjaring terbanyak, apa yang penting adalah kejayaan pasukan untuk menjulang buat kali pertama piala ini," tambahnya yang kini sudah menjaringkan dua gol untuk negara.


Pada perlawanan akhir yang dijalankan secara timbal balik itu, Malaysia terlebih dulu menanti kunjungan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad ini sebelum berkunjung ke tempat lawan pada Rabu depan untuk menentukan juara baru edisi kelapan Piala Suzuki AFF itu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pertahanan kian matang

Posted: 20 Dec 2010 11:48 AM PST

BARISAN pertahanan muda negara seharusnya diberikan pujian apabila bangkit mempelajari sesuatu selepas dimalukan Indonesia pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF pada awal bulan ini.

Apa tidaknya, barisan pertahanan dibarisi Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas dan Mahali Jasuli dilihat lebih matang terutama selepas menyingkirkan dua gergasi Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam untuk mara ke perlawanan akhir.


Kecekalan dan kesungguhan mereka terutamanya Mohd Muslim dan Mohd Fadhli yang berturut mendapat pujian ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal yang semakin yakin dengan persembahan mereka namun menegaskan masih ada ruang untuk meningkatkan permainan.

Bagi Mohd Muslim yang baru berusia 21 tahun, dia berjanji akan mempamerkan persembahan terbaik pada perlawanan akhir selain mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh memberikan kelebihan kepada lawan.


"Inilah peluang terbaik menebus kekalahan tempoh hari. Kami akan mengikut segala arahan jurulatih bagi memastikan strategi direncanakan berjaya dicapai.


"Penyerang Indonesia kelahiran Uruguay, Christian Gonzales yang kini sudah menjaringkan tiga gol perlu diberikan perhatian yang lebih kerana dia adalah kunci utama kepada kekuatan Indonesia sehingga berjaya mara ke perlawanan akhir," katanya yang kembali berlatih di Wisma FAM hari ini.

Menurut pemain kelahiran Terengganu itu, pengalaman beraksi buat kali pertama di kejohanan itu amat berguna kepadanya sekalipun pernah mendapat pendedahan di Slovakia bersama skuad Harimau Muda sebelum ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan