Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Sejarah baru bakal tercipta

Posted: 24 Dec 2010 09:47 AM PST

EDISI kelapan Piala Suzuki AFF pada tahun ini bakal menobatkan juara baru apabila Malaysia dan Indonesia buat kali pertama bertarung pada perlawanan akhir.

Malaysia mara ke final selepas mengharungi laluan berliku bermula dengan episod dimalukan Indonesia 5-1 pada peringkat Kumpulan A namun kemudiannya bangkit mendadak mengikat juara tiga kali, Thailand tanpa jaringan serta membenam cabaran Laos pada perlawanan terakhir kumpulan.


Skuad bimbingan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal itu bagaimanapun berterima kasih kepada Indonesia yang menewaskan Thailand pada perlawanan akhir kumpulan bagi membolehkan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir dan berjaya menyingkirkan juara bertahan dan tuan rumah Kumpulan B, Vietnam dengan agregat 2-0.

Situasi sebaliknya diharungi Indonesia apabila meraih mata maksimum daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan untuk mengesahkan tempat sebagai pasukan pertama ke peringkat separuh akhir.


Malah tuah memihak mereka pada separuh akhir menentang Filipina apabila kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno selepas lawan nasib baik mereka berterusan apabila bertemu dengan Filipina pada peringkat separuh akhir dan beraksi pada dua perlawanan di laman sendiri iaitu Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta selepas lawan gagal menyediakan stadium yang memenuhi kriteria ditetapkan penganjur.


"Inilah keadaan menarik untuk saya saksikan kerana sepanjang kejohanan ini bermula Indonesia hanya beraksi di tempat sendiri saja diiringi ribuan penyokong fanatik mereka.

"Saya nak tengok reaksi pemain Indonesia di dalam tempoh 15 minit pertama permainan," kata Rajagobal yang menjadi jurulatih kedua membimbing Malaysia ke final Piala Suzuki AFF selepas Wan Jamak Wan Hassan melakukannya pada 1996.


Sikap tenang dan perancangan rapi serta tidak cemas selepas hilang sekurang-kurangnya 10 pemain utama yang sering menjadi pilihannya akhirnya membuahkan hasil awal daripada disangka.

Adunan pemain muda yang berusia seawal 19 tahun dan pemain senior seperti Mohd Amri Yahyah yang mencecah usia 29 tahun akhirnya sebati apabila berjaya mara ke pentas akhir dengan menyingkirkan juara bertahan, Vietnam. Kelebihan diatas kertas memang memihak kepada Indonesia kerana mempunyai barisan pemain berpengalaman dan beberapa pemain asing yang diberikan taraf kewarganegaraan serta penyokong fanatik skuad bimbingan Alfred Riedl itu.


Malah jentera serangan mereka sudah meledak 15 gol dan hanya melepaskan dua berbanding Malaysia yang menjaringkan lapan gol serta melepaskan enam.


Selain itu kali terakhir Malaysia menewaskan Indonesia di gelanggang sendiri adalah 21 tahun lalu ketika Lim Teong Kim menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir Sukan SEA 1989 dan baki lima perlawanan di Malaysia selepas itu menyaksikan Indonesia menang dua daripadanya dan tiga keputusan seri.


Namun statistik itu tidak berguna lagi apabila memasuki final kerana ia pentas berbeza.


Pemain kebangsaan menyedari harapan disandarkan bagi menaikkan kembali maruah bola sepak di pentas antarabangsa dan langkah pertama adalah menakluki Asia Tenggara dengan menjuarai Piala Suzuki AFF.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Shabery tak yakin Indonesia dapat lima gol

Posted: 24 Dec 2010 09:42 AM PST

RENTAK jentera serangan Indonesia untuk meledak gol kini semakin berkurangan. Pandangan itu disuarakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjelang final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

"Berbanding skuad kebangsaan, tahap permainan kini berada di tahap terbaik kerana pada peringkat awal kita 'lambat panas'. Indonesia pula cemerlang pada peringkat kumpulan namun dua perlawanan terakhir (separuh akhir) hanya dua gol dijaringkan," katanya selepas melawat latihan skuad kebangsaan pagi semalam.


Menurut beliau lagi, dengan sokongan peminat tempatan di arena sendiri akan memberikan kekuatan tersendiri kepada pemain untuk mencipta kemenangan dan bermain penuh keyakinan di Jakarta pada separuh akhir kedua, Rabu depan.

"Walaupun rakan sejawat saya dari Indonesia, Andi Malarenggang (Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia) mahu Indonesia mencatatkan lima gol seperti perlawanan peringkat kumpulan namun ia tidak mungkin akan berlaku lagi dan saya berasakan kita mampu menang 2-0," katanya.


Tambahnya apa yang beliau nampak kini barisan pemain muda yang bakal menggalas cabaran negara di masa depan dan kecederaan beberapa pemain utama jelas memberikan rahmat apabila skuad kebangsaan mara ke final selepas 14 tahun.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen