Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Misbun cetus tanda tanya

Posted: 20 Jan 2011 09:57 AM PST

Sukan

MISBUN memeluk Chong Wei sebaik pemain negara itu mengatasi
Hun Yun dan terus meninggalkan
Stadium Putra, malam tadi.

MISBUN memeluk Chong Wei sebaik pemain negara itu mengatasi Hun Yun dan terus meninggalkan Stadium Putra, malam tadi.

Chong Wei pamer semangat luar biasa

ADAKAH kemelut peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek yang genap tiga minggu hari ini, menemui titik penyelesaian?

Itu persoalan yang berlegar sebaik jurulatih perseorangan itu duduk di bangku jurulatih dan mengiringi langkah anak emasnya, Lee Chong Wei dalam kemenangan pusingan kedua saingan Terbuka Malaysia, malam tadi. Malah, kehadiran ikon itu kembali berada di sisi pemain nombor satu dunia itu jelas mendapat tepukan gemuruh penonton dan menyuntik semangat Chong Wei yang hanya memerlukan 23 minit untuk membenam pemain Hong Kong, Hun Yun, 21-6, 21-9.

Namun, sebaik berakhir perlawanan dan selepas memeluk Chong Wei, Misbun terus menuju ke pintu belakang dan menghilangkan diri, sekali gus mencetuskan tanda tanya sejauh mana kemelut peletakan jawatannya itu benar-benar sudah selesai?

"Saya datang untuk negara," kata Misbun yang kemudian menaiki keretanya.

Chong Wei dalam sidang media selepas perlawanan mengakui, kehadiran jurulatihnya itu merangsang semangatnya dan berharap kemelut peletakan jawatan itu dapat diselesaikan segera.
"Saya tidak tahu dia datang dan hanya menyedari kehadirannya apabila dia (Misbun) tiba-tiba muncul ketika saya memanaskan badan. Walaupun terkejut, saya gembira kerana dia hadir dan merangsang saya mempamerkan permainan terbaik tadi (malam tadi).

"Begitupun, dia tidak memberitahu sama ada akan terus datang atau tidak lagi esok (hari ini). Namun, saya harap dia dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dapat menyelesaikan kemelut peletakan jawatannya segera," kata Chong Wei.

Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan mara ke suku akhir dan dijadualkan bertemu pilihan kelapan, Nguyen Tienh Minh dari Vietnam yang menundukkan pemain Jepun 21-18, 21-18, hari ini.

Berdasarkan rekod, Chong Wei sudah memenangi enam daripada tujuh pertemuan dengan pemain itu dan kali terakhir menang ketika saingan peringkat kumpulan Kejohanan Siri Super Final di Taiwan, minggu lalu.

"Lawan (Nguyen) seorang pemain yang mengamalkan corak bertahan dan kali terakhir saya bertemunya di Taiwan awal bulan ini. Saya akan cuba mengalahkannya sekali lagi esok (hari ini)," kata Chong Wei yang memburu gelaran ketujuh.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

KUDIEN

Kembalinya Misbun ke BAM adalah cahaya baru dlm kemelut BAM/Misbun. Harap pimpinan BAM mengambil iktibar. Saya yakin Misbun ada sebab utk mengambil anaknya utk dilatih. Pada pendapat saya mungkin Misbun tak yakin dgn jurulatih atau sistem latihan utk anaknya di kategori itu. Cuma saja dia tak katakan demikian utk jaga hubungan & marwah kwn-kwnnya disana.

Ah Ming

Ini menunjukkan bahawa Dtk Misbun masih cinta sukan badmintaon dan bertanggungjawab terhadap anak didiknya sehingga dia sanggup datang walaupun dia telah meletak jawatan. Oleh BAM perlu memberi mandat dan peluang untuk Dtk Misbun sendiri mengendalikan pelatih dan pemain negara. Dia Jurulatih dan tahu apa yang nak dibuat. Jgn ada campur tangan kakitangan bukan jurulatih

nuraija

good luck utk chong wei dan buat Datuk hj. Misbun semoga apa jua keputusannya nanti akan memberi kebaikan kepada dirinya dan negara..

BAM

BUBAR jer... x memberi manfaat pun pada pemain, selain nak NAMA.

lyiana

terima kasih Misbun..terima kasih Chong Wei =)

anis bin libou

BAM dan geng2nya tidak akan berjaya dalam misi mereka,kalau tiada komporomi dengan jurulatih.Beri kebebasan kepada jurulatih untuk bergarak dalam aktivitinya...

shafie ahmad

INI MENUNJUKKAN DATO'MISBUN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB KEATAS PELATIHNYA DAN NEGARA.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Hanya panas badan - Lin Dan

Posted: 20 Jan 2011 09:54 AM PST

[unable to retrieve full-text content]"SAYA hanya datang untuk memanaskan badan," kata bintang sensasi China, Lin Dan selepas mara ke suku akhir Terbuka Malaysia, malam tadi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan