Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Fabregas tak ikut

Posted:

Fabregas tak ikut

Fabregas tak ikut



LONDON – Peminat setia pasukan Arsenal di Asia pasti kecewa kerana bintang sensasi skuad tersebut, Cesc Fabregas tidak akan menyertai siri jelajah Asia kelab itu selepas mengalami masalah kecederaan.

Perkara tersebut disahkan oleh pengurus skuad The Gunners, Arsene Wenger.

Kapten Arsenal itu yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona pada musim depan mengalami masalah kekejangan otot ketika menjalani latihan.

Situasi tersebut sekali gus menyaksikan Fabregas yang merupakan perancang antarabangsa Sepanyol tidak akan terbang ke Malaysia hari ini.

"Fabregas tidak akan menyertai kami dalam siri jelajah ke Asia kerana mengalami masalah kekejangan otot.

"Dia akan tinggal di sini (London) dan terus menjalani latihan seperti biasa di sini," kata Wenger.

Pada siri jelajah Asia kali ini, Arsenal bakal mengadakan dua perlawanan di Kuala Lumpur dan China sebelum berlepas ke Eropah. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UiTM, KK Kedah tentukan juara

Posted:

UiTM, KK Kedah tentukan juara

UiTM, KK Kedah tentukan juara


BARISAN pemain KK Kedah bersedia untuk mencipta kejutan pada final Piala Menteri Pengajian Tinggi malam ini.


UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mungkin menjadi pilihan pada Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Kementerian Pengajian Tinggi lantaran mereka adalah juara bertahan tetapi bagi Kolej Komuniti Kedah (KKK), label 'pilihan' selalunya tidak memberi makna apabila tibanya hari penentuan.

Apa yang pasti, tuah dan kesungguhan memainkan peranan penting untuk menjulang gelaran.

Jurulatih KKK, Mohamad Ramlee berpendapat, pasukannya turut mempunya peluang untuk merebut trofi berkenaan pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam pada pukul 8.30 malam ini.

"Insya-Allah saya yakin kami mampu menang 2-0," kata Moha- mad yang pernah merasai nikmat menjulang Piala Malaysia bersama Kedah pada 1993.

"Kami hanyalah pasukan kerdil tetapi tidak salah kalau kami juga memasang impian untuk muncul juara.

"Dari segi rekod, kita tak dapat menafikan UiTM mampu mempertahankan gelaran tetapi dalam bola sepak ia tidak semestinya berakhir mengikut rekod itu."

Membawa kontinjen Majlis Sukan Komuniti Malaysia (Maskom) menduduki tempat keempat pada temasya Sipma dan merencana kejayaan KKK muncul naib juara Divisyen 1 Liga IPT (Jun lalu), Mohamad lega kerana pasukannya bebas daripada sebarang kecederaan walaupun telah mengha- rungi empat aksi getir termasuk ketika menewaskan Universiti Tun Hussein Onn (UT- HM) 1-0 pada perlawanan separuh akhir sebelum ini.


UiTM dilabel pasukan pilihan pada final Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium UiTM, Shah Alam malam ini.


Sementara itu, pengurus UiTM Shah Alam, Ariff Hashim pula berpendapat, ketika pasukannya waspada berdepan cabaran KKK, beliau percaya semangat kental serta pengalaman luas anak-anak buahnya menjadi senjata untuk mengekal gelaran tersebut.

"Saya menjangkakan kami boleh menang 3-0. Keyakinan ini berdasarkan kepada peningkatan mendadak barisan penyerang kami, Rezrin Jesni dan Nur Salam Zainal Abidin. Saya bangga dengan kelibat mereka itu," kata Ariff.

Rezrin meledak tujuh gol dan Nur Salam empat dalam saingan musim ini.

Pada aksi Divisyen 1, UiTM Shah Alam seri 1-1 ketika menentang KKK.

Kedua-dua pasukan ini kemudian muncul juara kumpulan masing-masing pada saingan Piala Menteri KPT.

Rekod cemerlang yang telah dibuktikan oleh kedua-dua pasukan bakal menjadikan pertemuan malam ini bukan saja mencari juara tetapi siapa 'raja' IPT sebenar musim ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Eagle

Posted:

Eagle<b> lonjak Airil</b>

Eagle lonjak Airil

PUKULAN eagle pada lubang terakhir terus melonjakkan pemain negara, Airil Rizman Zahari untuk kembali merampas tampuk sebagai pendahulu pada saingan hari ketiga Kejohanan Golf Jemputan Masters Negeri Sembilan yang berlangsung di Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) semalam.

Chip dari jarak 20 meter di lubang par 5 terakhir terus masuk untuk menghasilkan eagle, sekali gus membolehkan Airil Rizman, bekas juara Terbuka Pakistan 2007 melakukan enam bawah par 66 untuk jumlah keseluruhan 13 bawah par 203.

Walaupun demam ketika beraksi, dia mampu membenam enam birdie di lubang tiga, lima, enam, 11 dan 15 selain dua bogey di lubang dua serta tujuh.

"Saya tidak berapa sihat hari ini (semalam) kerana demam tetapi saya mampu bermain baik berbanding semalam (kelmarin) dan eagle di lubang terakhir adalah yang terbaik," katanya.

Airil Rizman yang sepi tanpa sebarang gelaran sejak empat tahun lalu dan memulakan karier sebagai pemain professional pada 2002 berazam menamatkan badi itu dan memburu kejuaraan Masters Negeri Sembilan yang menawarkan hadiah bernilai RM500,000.

Kelebihan dua pukulan membolehkan Airil Rizman mengatasi saingan terdekatnya, Antonio Lascuna (Filipina), Danny Chia (Malaysia) dan Atthaphon Prathummanee dari Thailand apabila masing-masing terikat dengan 11 bawah par 205.

Ketiga-tiga pemain tersebut kini terikat di tempat kedua.

"Saya berpuas hati walaupun sekadar membuat empat bawah par 68 kerana yang penting saya bermain tanpa sebarang tekanan," ujar Lascuna yang pernah menjuarai Selangor Masters pada 2007.

Bagi pemain No. 1 negara, Danny Chia, dia turut lega dengan catatan empat bawah par 68 untuk jumlah keseluruhan 11 bawah par 205.

"Secara keseluruhannya, saya lega dapat mendekatkan diri dengan pendahulu. Walaupun ketinggalan dua pukulan di belakang Airil, saingan hari terakhir akan menjadi penentu," kata Danny.

Dia yang menjadi pemain negara pertama melepasi cut di Terbuka Britain 2010, berazam untuk tidak melakukan kesilapan pada saingan hari terakhir hari ini.

Seorang lagi pemain negara, Shaaban Hussin turut cemerlang apabila berkongsi kedudukan kelima selepas melakukan tiga bawah par 69. Dia kini mengumpul 10 bawah par 206.

Shaaban berkongsi kedudukan dengan bintang golf dari Bangladesh, Siddikur Rahman yang melakukan tiga bawah par 69.

Bagi pemain veteran negara, Mohd. Rashid Ismail yang bermain baik pada hari kedua apabila melakukan 66 pukulan, gagal meneruskan kecemerlangan apabila menamatkan saingan hari ketiga dengan catatan menyamai par 72.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan