Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Ujian taktikal

Posted: 08 Aug 2011 09:27 AM PDT

JIKA perlawanan pertama Datuk Lee Chong Wei dijadikan ukuran, ternyata keyakinan pemain itu dilihat menebal dalam pemburuan takhta pertamanya di Kejohanan Dunia.

Selaku pilihan utama kejohanan, Chong Wei jelas hanya menggunakan aksi sulungnya untuk mencuba pelbagai taktikal ketika mudah melangkah ke pusingan kedua dengan kemenangan 21-15, 21-17 ke atas Tanongsak Saensomboonsuk dari Thailand dalam tempoh 31 minit, semalam.


"Saya tahu memang boleh menang, jadi saya membiarkannya mengasak saya untuk melihat sejauh mana dia boleh pergi dengan saya sendiri cuba untuk mempelbagaikan corak permainan saya.

"Sekurang-kurangnya saya dapat beraksi menentang lawan yang boleh memberikan cabaran daripada mereka yang tak mencabar langsung.


"Tapi, yang lebih penting, pertemuan itu memberikan saya keyakinan untuk berdepan dengan mereka yang lebih mencabar," katanya sambil memberitahu yang 21-17, 21-kesakitan belakang tidak lagi mengganggunya.


Jurulatih Tey Seu Bock pula beranggapan Chong Wei bijak menggunakan perlawanan itu untuk mencuba pelbagai taktik, baik dari segi serangan mahupun sewaktu bertahan.

"Dia begitu tenang dan bermotivasi tinggi, begitu selesa dengan corak permainannya sendiri. Saya tidak perlu memberitahu apa yang perlu dilakukannya kerana dia tahu apa yang perlu dilakukannya. Itu yang lebih penting," katanya.


Menurutnya, Chong Wei juga tahu menangani tekanan dan kini mengambil setiap perlawanan satu demi satu tanpa terlalu memikirkan terlalu lalu jauh.

"Tekanan memang sentiasa memihak kepada Chong Wei kerana selaku pemain nombor satu dunia, pemain lain akan memberikan yang terbaik untuk menewaskannya. Tapi, saya percaya Chong Wei tahu apa yang perlu dilakukannya," katanya.


Chong Wei akan berdepan pemain Indonesia, Ayus Rembaka di pusingan kedua, esok.


Sementara itu pasangan kontroversi, Mohd Zakry Latif-Hoon Thien How membuat permulaan meyakinkan apabila menyingkirkan bekas juara dunia 2005, Tony Gunawan-Howard Bach 21-17, 21-14.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Fokus Olimpik

Posted: 08 Aug 2011 09:24 AM PDT

TAUFIK Hidayat tidak mahu terlalu risau memikirkan perjalanan kempennya di Kejohanan Dunia kali ini kerana menetapkan sasaran utamanya hanya untuk menyerlah di Sukan Olimpik tahun depan.

Dia yang memburu emas keduanya selepas memenanginya di Athens 2004, menetapkan matlamat pingat Olimpik itu lebih penting daripada Kejohanan Dunia yang pernah dimenanginya pada 2005 di Anaheim.


"Sebab itu saya tidak kisah sangat mengenai Kejohanan Dunia ini. Jika menang, ok, jika kalah tidak mengapa sebab Olimpik tahun depan lebih penting bagi saya sebagai penutup kerjaya.

"Di Kejohanan Dunia ini, saya hanya mahu menikmati setiap cabaran selain mencuba gelanggang," katanya, selepas menewaskan Rodigo Pancheco Carrilo dari Peru di pusigan pertama semalam.


Namun, Taufik yang menjadi pilihan keempat di kejohanan ini pantas mengaku nasibnya tidak begitu baik setiap kali pertandingan dilangsungkan di England apabila sehingga sekarang takhta Seluruh England kerap terlepas daripada genggamannya.


"Sebenarnya Seluruh England sama saja seperti Siri Super lain, tiada yang istimewa. Tapi, ya, hakikatnya, saya masih lagi belum memenanginya.

"Mungkin selepas ini, segala-galanya berubah. Mungkin perubahan gelanggang ke Arena Wembley akan mengubah nasib saya," katanya.


Acara badminton kini kembali ke Wembley buat kali pertama selepas berpindah dari Birmingham yang menganjurkan setiap pertandingan sukan itu sejak 1993.

Selain muncul juara Kejohanan Dunia dan Olimpik, Taufik juga pernah memenangi emas Sukan Asia 2002 dan 2006 serta pelbagai pertandingan terbuka lain.


Ketika ditanya mengenai Lin Dan, Taufik berkata dia hanya mahu memberi tumpuan terhadap corak permainannya sendiri tanpa terlalu memikirkan mengenai pemain lain, terutama musuh ketatnya dari China itu.


"Lin Dan adalah Lin Dan. Dia tahun lalu dan tahun ini, sama saja. Apa yang penting kepada saya adalah permainan sendiri dan tidak terlalu memikirkan mengenai pemain lain," katanya yang terkenal dengan kualiti pukulan kilas bertenaga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan