Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kim Her latih Koo-Tan

Posted:

Kim Her latih Koo-Tan

Kim Her latih Koo-Tan

MULAI minggu depan, sesi latihan untuk beregu lelaki utama negara, Koo Kean Keat-Tan Boon Heong akan dikendalikan oleh Tan Kim Her.

Kim Her dilantik menjadi ketua jurulatih beregu lelaki dalam satu rombakan oleh Jawatankuasa Latihan dan Kejurula- tihan (C&T) Persatuan Badminton Malay- sia (BAM) semalam.

Pengerusinya, Ng Chin Chai berkata, rombakan itu juga menyaksikan bekas jurulatih beregu tersebut, Rexy Mainaky dilantik sebagai ketua jurulatih beregu wanita dan campuran.

"Kim Her yang akan dibantu Pang Cheh Chang dan Rosman Razak, akan bertang- gungjawab menyusun bentuk latihan termasuk menentukan sama ada pasangan Koo-Tan diletakkan di bawah seliaan Cheh Chang seperti yang diminta mereka," katanya semalam.

"Keputusan tersebut diambil bukan atas kehendak pemain semata-mata tetapi setelah kita mendengar pendapat daripada semua pihak termasuk media dan blogger.

"Kami sebenarnya mahu menghantar mesej yang tegas kepada pasangan beregu itu bahawa faktor utama kejayaan adalah diri mereka sendiri.

"Mereka harus bekerja keras dan sedia berkorban jika mahu berjaya, terutamanya pada Sukan Olimpik akan datang."

Chin Chai berkata, rombakan itu dilaku- kan selepas BAM dan Institut Sukan Negara (ISN) membuat 'bedah siasat' sele- pas Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu, selain mengambil kira sasaran utama merangkul emas pada temasya Olimpik di London tahun depan.

Pada kejohanan itu, beregu utama negara itu terkandas di suku akhir setelah tewas kepada beregu Korea Selatan, Ko Sung-hyun/Yoo Yeon-seong.


KIM HER (kanan) akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih beregu negara daripada Rexy Mainaky.


"Dalam rombakan ini kita juga akan meletakkan pemain pelapis untuk berlatih bersama skuad elit.

"Dengan cara ini, harapan utama kita, Datuk Lee Chong Wei, Koo dan Tan mempunyai lebih ramai sparring partner dan pelapis kita juga akan mendapat faedah berlatih bersama mereka," katanya.

Sementara itu, Rexy yang ditemui sejurus tamat mesyuarat itu kelihatan riang dan positif dengan keputusan tersebut.

"Saya masih tidur di Malaysia malam ini," katanya sebagai mengulas perubahan terbaharu dalam barisan kejurulatihan BAM itu

Safee Sali bakal cetus fenomena baharu

Posted:

Safee Sali bakal cetus fenomena baharu

Safee Sali bakal cetus fenomena baharu

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


SAFEE akan menjalani latihan bersama Cardiff City pada 12 September ini.


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menganggap pemergian penyerang prolifik kebangsaan Mohd. Safee Mohd. Sali untuk menjalani ujian dan latihan dengan Cardiff City pada 12 September ini merupakan medan terbaik untuk membuktikan kehebatan anak tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peluang tersebut perlu digunakan untuk menimba seberapa banyak ilmu bagi membantu meningkatkan tahap kemahiran serta melonjakan ranking bola sepak negara seterusnya mendapat permit kerja bagi memboleh mereka beraksi di Liga Perdana England (EPL).

Menurutnya, KBS yakin isu permit kerja akan menjadi pendorong kepada pemain kebangsaan meningkatkan pretasi bagi menaikkan ranking negara ke kedudukan yang lebih baik.

"Syarat bagi seseorang pemain untuk beraksi di EPL ialah pasukan kebangsaannya perlu berada dalam senarai 70 pasukan terbaik dunia mengikut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Anta- rabangsa (FIFA).

"Kalau pemain kita berpotensi, berkemungkinan akan ada usaha untuk mengecualikan syarat permit kerja bagi membolehkan pemain negara beraksi dan jika ini berlaku tidak mustahil suatu hari nanti kita akan mendengar nama pemain Malaysia yang bermain di sana," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Belia Beliawanis dan Pemimpin Masyarakat Siam Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek, Repek Pasir Mas, Kelantan semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin dan pimpinan tertinggi masyarakat siam serta pengerusi Persatuan Wanita Siam Negeri Kelan- tan (PWSNK), Kc Ngiam Eh Khuan.

Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan, Safee akan menjalani sesi ujian dan latihan bersama kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara yang mendapat peluang menimba pengalaman di sana.

Dia akan menjalani sesi ujian dan latihan dengan pasukan utama kelab Bluebirds yang dimiliki warga Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dari 12 hingga 27 September ini di bawah tawaran keemasan dan jarang diperoleh pemain negara.

Ahmad Shabery memberitahu, sukan bola sepak juga kini merupakan satu industri yang mana

Asia dilihat sebagai pasaran yang sangat berkembang dan sebab itu pemain dari rantau Asia kini menjadi pilihan kepada kelab-kelab ternama untuk beraksi dengan mereka.

"Sekiranya ada pemain dari Asia beraksi dengan kelab England, ia merupakan satu lonjakan perniagaan kepada kelab terbabit untuk meluaskan pasaran mereka yang sudah tentu pengikutnya adalah besar.

Ini juga adalah satu strategi pemasaran," katanya.

Semangat Perak tidak luntur

Posted:

Semangat Perak tidak luntur

Semangat Perak tidak luntur


KAPTEN Perak, Shahrulnizam turut terlepas aksi ekoran penggantungan oleh FAM.


KEHILANGAN lima pemain utama yang digantung lima perlawanan tidak akan melunturkan semangat skuad Perak untuk mengharungi saingan Piala Malaysia musim ini.

Demikian tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Padzi Paharuddin semalam.

Katanya, barisan pemain yang ada akan digarap sebaik mungkin oleh jurulatih Norizan Bakar bagi membentuk pasukan terbaik untuk meneruskan saingan selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama menentang Sabah, Selasa lalu.

Perak 'tempang' berikutan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) kelmarin yang menge- kalkan hukuman penggantungan tujuh perlawanan ke atas lima tonggak utama Perak selepas insiden menyerang pegawai pertandingan di Stadium Lumut pada 19 Mei lalu.

Ketua pasukan, Shahrulnizam Mustapa bersama-sama penjaring terbanyak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli; penjaga gol, Mohd. Nasril Nourdin; pemain tengah, Mohd. Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff digantung tujuh perlawanan dan didenda sebanyak RM4,000 pada 18 Julai lalu.

Keputusan yang mengejutkan itu membuatkan khidmat kelima- lima pemain itu tidak dapat digunakan dalam lima perlawanan awal saingan Piala Malaysia.

"Ketiadaan kelima-lima pemain berkenaan meletakkan Perak dalam situasi yang kurang selesa bagi menghadapi perlawa- nan Piala Malaysia akan datang.

"Kita amat kesal dengan keputusan itu dan menyifatkanya sebagai tidak adil tetapi kita tidak mempunyai sebarang pilihan. Kita tetap meneruskan saingan dengan barisan pemain yang ada," kata Zainol Padzi.

Sebelum ini, FAM membenarkan kelima-lima pemain tersebut bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia di Kota Kinabalu dua hari lalu tetapi Norizan hanya menyenaraikan Shahrulnizam, Akmal Rizal dan Mohd. Nasril dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu.

Perak akan turun menentang Johor di Ipoh esok.

Selain Sabah dan Johor, satu lagi pasukan dalam Kumpulan A ialah skuad Hijau Kuning, Kedah.

Jika Perak layak ke perlawanan suku akhir, kelima-lima pemain ini masih tidak boleh beraksi dalam dua perlawanan pusi- ngan pertama dan kedua.

Perak sebelum ini telah meminjam penjaring terbanyak pasukan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd. Failee Mohd. Ghazli bersama-sama pemain Perlis, Mohd. Hafiszuan Salehuddin dan pemain Harimau Muda, Muhammad Rafiuddin Roddin bagi mengharungi Piala Malaysia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen