Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


NS, T-Team mampu

Posted: 08 Oct 2011 07:28 AM PDT

Sukan

Selangor pilihan popular untuk beraksi di final

NAIB juara musim lalu, Negeri Sembilan dan kelab dari Terengganu, T-Team diramal bakal mengatasi lawan masing-masing, FELDA United dan Sabah pada saingan suku akhir Piala Malaysia, malam esok.

Jika itu berlaku, mereka bagaimanapun terpaksa bertembung di separuh akhir dan hanya satu pasukan bakal beraksi di pentas final, 29 Oktober depan menentang sama ada juara bertahan Kelantan, Terengganu, Selangor atau Perak.

Namun itu hanyalah ramalan awal tiga jurulatih yang pasukan mereka sudah pun menamatkan cabaran di tangga ketiga kumpulan masing-masing, Wan Jamak Hassan (Kedah), Abdul Rahman Ibrahim (PKNS) dan Razip Ismail (Kuala Lumpur). Jika FELDA United gagal memanfaat kelebihan laman sendiri pada aksi pertama, saya rasa Negeri Sembilan akan layak berdasarkan pengalaman mereka beraksi di peringkat tertinggi selepas dua kali mara ke final sebelum ini.

Tapi jika T-Team dapat meneruskan rentak selepas hambar pada Liga Super, mereka mampu mara ke final kerana memiliki ramai pemain berpengalaman. Saya mahu lihat pasukan kelab di final, kata Wan Jamak yang memilih Selangor atau Kelantan untuk satu lagi slot di final.

Abdul Rahman pula memilih Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan T-Team ke separuh akhir berdasarkan kemampuan dimiliki setiap pasukan berkenaan.

Jika Selangor nak main dan bawa pulang piala musim ini, mereka perlu atasi Perak. Terengganu dan Kelantan pula, sepatutnya mereka jumpa di final tetapi saya rasa kelebihan sedikit berpihak kepada Terengganu dari segi barisan pemain mereka, ujarnya.
Razip pula berpendapat, Perak dan T-Team mampu melangkah ke separuh akhir tetapi Terengganu dan Negeri Sembilan lebih memiliki barisan berkualiti untuk ke final.

Saya memilih Terengganu dan Negeri Sembilan kerana dari awal mereka menunjukkan aksi konsisten. Kami pernah berdepan T-Team dan Selangor tetapi tidak nampak kekuatan sebenar mereka, kata Razip.


Moral pemain tetap stabil: Azman

Posted: 08 Oct 2011 07:27 AM PDT

Sukan

KEKALAHAN Kelantan kepada kelab Thailand, Songkla FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin, tidak memberi kesan kepada moral pemain The Red Warriors menjelang pertemuan menghadapi Terengganu dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Kuala Terengganu, malam esok.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, kekalahan 1-3 dalam perlawanan itu tidak menjejaskan moral pemain kerana ia hanya sekadar untuk menguji keserasian empat pemain import iaitu Jocip Bonacin (Croatia); Emmanuel Okine dan Denny Antwi (Ghana) serta Chikondi Mpulula (Malawi) dan memberi peluang kepada pemain simpanan mempamerkan kebolehan.

Katanya, keputusan perlawanan itu bukan ukuran kerana latihan harian menjadi faktor utama dalam mengekalkan stamina serta moral pemain khususnya sebelum pertembungan dengan juara Piala FA itu. Kita memang mahu moral pemain sentiasa stabil dan berada di tahap terbaik tetapi kekalahan dalam perlawanan persahabatan ini tidak memberi tekanan kepada pemain. Ia hanya untuk menguji keserasian calon pemain import dan pemain simpanan, katanya sejurus tamat perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu itu.

Kelantan memeranjatkan pelawat dengan mendahului perlawanan seawal minit pertama melalui jaringan Chikondi tetapi pada babak kedua, mereka gagal mendapatkan sebarang gol malah dihukum apabila lawan memperoleh tiga gol dalam perlawanan yang tertangguh beberapa minit kerana hujan lebat.

Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mempunyai hanya sehari untuk menyusun semula percaturan selepas kepulangan tiga tonggak, Norsharul Idlan Talaha, S Chanturu dan Khairul Fahmi Che Mat yang pulang semalam.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen