Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Tiada gangguan'

Posted: 04 Nov 2011 04:24 PM PDT

Sukan

GABENOR Jakarta, Fauzi Bowo memperaga obor Sukan SEA ketika perasmian acara berkenaan di kota metropolitan itu,  semalam.

GABENOR Jakarta, Fauzi Bowo memperaga obor Sukan SEA ketika perasmian acara berkenaan di kota metropolitan itu, semalam.

Kim Swee lega skuad negara tidak berdepan 'igauan 2010'

DALAM tempoh 48 jam lagi, skuad bola sepak Malaysia akan turun ke gelanggang mempertahankan pingat emas Sukan SEA menentang Singapura dan suasana kali ini di Jakarta jelas jauh berbeza dengan 'igauan 2010'.

Masih segar dalam ingatan peminat tempatan betapa skuad Harimau Malaya mendapat ejekan dan provokasi penyokong Indonesia ketika saingan Piala AFF Suzuki, tahun lalu dan jangkaan bahawa gelagat sama berulang ke atas skuad Harimau Muda sudah meleset. Skuad kendalian Ong Kim Swee tiba ke Jakarta dan mengharungi sesi latihan pertama, semalam tanpa sebarang gangguan atau provokasi daripada penyokong tempatan.

"Sebaik sampai ke Jakarta semalam (kelmarin), semuanya berjalan lancar dan tidak ada sebarang gangguan pada sesi latihan hari ini (semalam)," kata Kim Swee ketika dihubungi semalam. "Saya lihat moral dan semangat pemain cukup tinggi dan ini satu petanda positif.

"Saya harap keadaan ini berterusan dalam usaha kita mempertahankan pingat emas Sukan SEA."

Sebelum final kedua Piala AFF Suzuki di Gelora Bung Karno akhir tahun lalu, skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal berdepan pelbagai rintangan sebaik tiba ke Jakarta, termasuk terpaksa menaiki kereta kebal Baracuda ke dalam stadium sebagai langkah keselamatan pada hari berkenaan.
Antaranya lokasi padang latihan yang terletak agak jauh dari hotel penginapanmenyebabkan Malaysia yang mempunyai kelebihan tiga gol hasil kemenangan 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, tidak dapat menjalani latihan sehari sebelum perlawanan.

Sebaliknya Rajagobal dan anak buahnya sekadar menjalani latihan ringan di kawasan hotel yang turut menyaksikan sekumpulan penyokong tempatan mengejek dan mencerca skuad kebangsaan sepanjang sesi berkenaan.

"Padang latihan hanya 30 minit perjalanan dari hotel penginapan kami, tetapi dalam perjalanan pulang ke hotel mungkin ia mengambil masa lebih panjang akibat kesesakan lalu lintas," kata Kim Swee selepas sesi latihan di Stadium Kuningan semalam.

Skuad B-23 bakal berdepan Singapura Isnin ini sebelum bertemu Thailand (9 November) dan Kemboja (13 November) dan Indonesia (17 November).

Full content generated by Get Full RSS.

Che Mat Jusoh jadi sasaran

Posted: 04 Nov 2011 04:21 PM PDT

Sukan

SEBAHAGIAN penyokong yang ‘panas hati’ berhimpun di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

SEBAHAGIAN penyokong yang 'panas hati' berhimpun di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

BOLA sepak terus kecoh di Terengganu selepas Irfan Bakti Abu Salim berundur selaku ketua jurulatih, baru-baru ini.

Semalam, lebih 1,000 penyokong tegar skuad Peteh itu mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan.

Mereka berhimpun secara aman di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu bermula jam 4.30 petang sebelum berarak ke Kediaman Seri Iman menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said campur tangan dan memecat pengurus pasukan berkenaan. Kumpulan itu membawa sepanduk antaranya tertulis, "Menteri Besar, kami sayangkan pasukan bola sepak Terengganu, tolonglah kami buat perubahan".

"Kerana mung Che Mat Jusoh bola sepak Terengganu bermasalah dari dulu hingga lening," "Tiba doh masanya PBSNT berubah, tahun baru pimpinan baru dan berwajah baru."

Bagaimanapun, usaha kumpulan penyokong itu gagal kerana Ahmad dan pegawainya berada di Kemaman.

Mereka mengugut untuk terus mengadakan demostrasi mendesak Che Mat melepaskan jawatan dipegang sejak 16 tahun lalu kerana kegagalan skuad Penyu menjuarai Piala Malaysia, 29 Oktober lalu.
Jurucakap kumpulan itu, Kairul Amri Salleh Fikri Al-Taranljani, 23, mendakwa kegagalan menjuarai Piala Malaysia menjadi punca Irfan Bakti berundur berikutan kegagalan Che Mat dan pengurusan pasukan menjaga kebajikan pemain.

"Adakah patut kesebelasan utama pemain yang diturunkan malam itu ke Kuala Lumpur menaiki kapal terbang, manakala pemain simpanan diarahkan ke Stadium Shah Alam menaiki kereta sendiri dan Che Mat memberi alasan pemain berkenaan terpaksa diasingkan.

"Pemain juga harus diberi tiket secara percuma untuk ahli keluarga mereka menyaksikan perlawanan akhir, tetapi mereka hanya menyaksikan perlawanan melalui kaca televisyen dan ada yang terpaksa membeli tiket sendiri di pintu masuk Stadium Shah Alam," dakwanya ketika ditemui selepas mengetuai demonstrasi berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan