Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Saya mahu emas: Jijoe

Posted: 02 Jan 2012 03:05 PM PST

Sukan

MISI ‘membalas dendam’ menjadi agenda utama Azizulhasni pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Melbourne, April ini.

MISI 'membalas dendam' menjadi agenda utama Azizulhasni pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Melbourne, April ini.

Jaguh trek basikal negara akan kecewa jika gagal di Olimpik London 2012

MISI 'membalas dendam' menjadi agenda utama Azizulhasni Awang pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Melbourne, April ini.

Pada kejohanan sama, tahun lalu di Apeldoorn, Belanda, jaguh negara itu terlepas peluang beraksi akibat kecederaan tertusuk di betis kirinya yang memerlukan dia berehat hampir lima bulan.

"Harapan dan sasaran saya untuk 2012 ialah untuk menang emas dalam Sukan Olimpik London dengan apa cara sekalipun. "Tetapi sebelum itu, saya mahu mencipta semula kejayaan di peringkat antarabangsa selepas lama berehat dan salah satu sasaran penting saya tahun ini adalah mempamerkan aksi terbaik pada Kejohanan Dunia (4 hingga 8 April)," katanya.

Azizul atau lebih mesra dengan panggilan Jijoe itu bakal menyambut ulang tahun ke-24, Khamis ini menyumbang satu perak pada Kejohanan Dunia 2009 dan 2010.

Tidak diturunkan beraksi pada siri Piala Dunia di Beijing, minggu depan, Azizul berkata dia bersama Josiah Ng dan Fatehah Mustapa memberi tumpuan bagi siri Piala Dunia terakhir di London bulan depan tambahan saingan bakal diadakan di tempat yang sama perlumbaan Olimpik, Julai ini.

"Saya harap siri Piala Dunia di London atau Kejohanan Dunia nanti akan menjadi puncak prestasi saya sebelum berhabis-habisan di Olimpik nanti.
"Sekarang latihan saya di Melbourne memfokuskan kepada meningkatkan kekuatan individu sebelum jurulatih (John Beasley) akan masuk ke fasa 'power' dan kepantasan selepas Piala Dunia di London," katanya yang menduduki tempat kesembilan kedudukan pelumba keseluruhan dalam acara keirin selepas dua siri Piala Dunia.

Full content generated by Get Full RSS.

Terbuka Korea penentu kebangkitan Chong Wei, gandingan Koo-Tan

Posted: 02 Jan 2012 03:03 PM PST

Sukan

TERBUKA Korea - kejohanan pembuka tirai badminton dunia tahun ini yang bermula esok - harus dirumuskan medan penting kepada Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kerana ia menjadi penentu sama ada mereka mampu bangkit atau tidak daripada prestasi tidak menentu, tahun lalu.

Chong Wei yang mengungguli tujuh kejuaraan sepanjang tahun lalu mengundang kebimbangan ramai apabila mempamerkan aksi longgar di penghujung saingan termasuk tumbang kali ketiga kepada bintang muda China Chen Long di separuh akhir Final Siri Super Dunia, bulan lalu.

Persembahan Kien Keat-Boon Heong sepanjang tahun lalu disifatkan paling buruk dalam kerjaya mereka hingga dikecam ramai dan satu-satunya kejohanan dimenangi gandingan itu ialah Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia yang disifatkan pertandingan kelas tiga. "Saya akui agak keletihan pada hujung tahun lalu selepas mengharungi banyak pertandingan dan ia menjadi faktor persembahan saya menurun. Walaupun saya kini dalam proses pemulihan, tetapi sudah tentu saya mahu memulakan tahun ini dengan kemenangan," kata Chong Wei.

Chong Wei mendapat undian mudah dalam kejohanan bernilai AS$1 juta (RM3 juta) itu apabila tidak perlu berdepan dua pencabar utama, Lin Dan dan Chen Long yang dijangka berentap sesama sendiri di separuh akhir.

Sebaliknya, Chong Wei yang berdepan ancaman kehilangan status pemain nombor satu dunia yang disandangnya sejak 2008 kepada 'Super Dan' dijangka menentang pemain veteran Denmark Peter Gade dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.

Sementara Kien Keat-Boon Heong pula akan memulakan kempen menentang pasangan Belanda, Ruud Bosch-Koen Ridder sebelum dijangka menanti mereka di suku akhir ialah pasangan utama tuan rumah yang menang 12 daripada 14 pertemuan ke atas mereka, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen