Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bukan salah Khazali seorang - KFA

Posted:

Bukan salah Khazali seorang - KFA

Bukan salah Khazali seorang - KFA

Oleh Mohd. Shariza Abdullah
utusankedah@utusan.com.my


Khazali Din (tengah) diiringi anggota polis keluar dari Stadium Darul Aman selepas Kedah kalah kepada Kelantan dalam perlawanan Liga Super, Sabtu lalu.


ALOR SETAR - Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dikatakan akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat dan dijangka turut membincangkan kedudukan Datuk Khazali Din sebagai pengurus pasukan Hijau Kuning.

Utusan Malaysia difahamkan perbincangan mengenai kedudukan Khazali adalah bagi mengambil kira pandangan dan desakan segelintir peminat yang mahu beliau berundur ekoran aksi longlai skuad Kenari dalam permulaan Liga Super.

Menurut sumber, sebarang keputusan mengenai kedudukan Khazali akan dibuat secara bersama, dengan mengambil kira pelbagai aspek demi kebaikan semua.

Desakan segelintir penyokong mahu Khazali berundur semakin hebat disuarakan kelmarin akibat aksi longlai skuad Kenari yang bukan saja gagal mencipta kemenangan, malah gagal menjaringkan sebarang gol dalam empat perlawanan Liga Super, menyebabkan Kedah menghuni tangga kedua tercorot.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam berkata, isu mengenai kedudukan Khazali diserahkan kepada persatuan itu untuk menentukannya dengan memberi jaminan mempertimbangkan pandangan semua pihak.

Beliau bagaimanapun berkata, situasi yang melanda Hijau Kuning tidak boleh diletakkan ke atas bahu Khazali semata-mata.

Beliau turut meminta penyokong Kedah agar tidak panik dengan prestasi skuad Kenari kerana KFA akan melakukan segala yang terbaik bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak Kedah.

Tindakan itu, katanya termasuk menggantikan pemain import jika perlu tetapi mesti menerusi prosedur yang ditetapkan.

"Persembahan Kedah sebenarnya menunjukkan peningkatan dan masih ada ruang serta peluang untuk memperbaiki kelemahan memandangkan musim liga masih panjang.

"Saya berharap semua pihak tidak panik dan terus berada di belakang menyokong pasukan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Desakan lepas jawatan makin memuncak

Posted:

Desakan lepas jawatan makin memuncak

Desakan lepas jawatan makin memuncak

ALOR SETAR - Desakan supaya Datuk Khazali Din berundur sebagai pengurus skuad Liga Super Kedah semakin memuncak apabila segelintir peminat dan penyokong Sang Kenari turut menggunakan laman sosial Facebook bagi menyuarakan tuntutan mereka.

Sebuah laman 'Dato Khazali Din Sila Berundur' diwujudkan di laman sosial tersebut, yang menjadi pentas bagi mereka meluahkan perasaan kecewa terhadap Khazali, yang didakwa gagal melaksanakan tugas sebaik mungkin sejak mengambil alih jawatan pengurus pasukan pada awal 2009.

Jawatan pengurus skuad Sang Kenari sebelum itu kosong berikutan penyandangnya, Datuk Othman Aziz membuat keputusan menolak jawatan berkenaan.

Semakan Utusan Malaysia mendapati laman 'Dato Khazali Din Sila Berundur' bertambah aktif sejak beberapa hari lalu dan sehingga tengah hari semalam, lebih 1,100 orang menyokong cadangan berkenaan.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan hampir 1,000 penyokong Hijau Kuning berhimpun di luar Stadium Darul Aman sejurus kekalahan 0-3 kepada Kelantan, bagi mendesak Khazali meletak jawatan akibat tidak berpuas hati terhadap prestasi Kedah.

Desakan segelintir penyokong itu bukan perkara baru kerana ia telah disuarakan sejak awal tahun lalu berikutan kemerosotan prestasi Hijau Kuning dalam Liga Super dan tersingkir pada suku akhir Piala FA musim lepas.

Ia juga membawa kepada pertukaran jurulatih Kedah yang kini dipikul Wan Jamak Wan Hassan bagi menggantikan Ahmad Yusof.

Ekoran keadaan tersebut, Khazali pernah menyuarakan hasrat untuk melepaskan jawatan tetapi ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan beliau kekal menjadi pengurus pasukan.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan