Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Chong Wei mampu ulangi’

Posted: 29 Feb 2012 01:20 PM PST

Sukan

LEE Chong Wei

LEE Chong Wei

Harap dia dapat lakukan hatrik di Seluruh England: Seu Bock

HARAPAN meraih gelaran hatrik menjadi sasaran utama pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei pada Kejohanan Seluruh England di Birmingham pada 6 sehingga 11 Mac ini.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata tahap keyakinan diri dan stamina anak buahnya menghadapi kejohanan berprestij itu dilihat semakin memberangsangkan.

"Saya nampak tahap keyakinan dia (Chong Wei) lebih baik berbanding tahun lalu. Sasaran kami adalah dia dapat cipta hatrik kali ini. "Kita bagaimanapun tidak mahu memberi tekanan supaya dia menang....harap Chong Wei menggunakan peluang ini sebagai pendedahan dan persediaan bagi menghadapi Sukan Olimpik di London Julai nanti," katanya di Stadium Juara, semalam.

Juara edisi 2010 dan 2011 itu berada di laluan mudah apabila diundi menentang juara remaja dunia 2008 dan juara Asia 2010, Wang Zhengming dari China pada pusingan pertama sebelum bertemu perseorangan utama Indonesia Simon Santoso di pusingan kedua.

Lawan pemain Malaysia itu di suku akhir ialah Sho Sasaki dari Jepun. Di peringkat separuh akhir, Chong Wei dijangka bertemu sama ada Peter Hoeg Gade dari Denmark atau Lee Hyun Il dari Korea Selatan.

Tey juga menambah Chong Wei adalah pemain yang sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal apabila menghadapi setiap kejohanan dan perlu dicontohi pemain muda seperti Liew Daren, Mohammad Arif Abdul Latif dan Zulfadli Zulkifli.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Serpa sukar digugat

Posted: 29 Feb 2012 01:14 PM PST

Sukan

RAJA Bukit di Genting Highlands, Jose Serpa mengekori rapat  Corridor sambil diberi sokongan peminat yang memakai pelbagai jenis topeng pada Peringkat 6, semalam. - Foto Yazit Razali

RAJA Bukit di Genting Highlands, Jose Serpa mengekori rapat Corridor sambil diberi sokongan peminat yang memakai pelbagai jenis topeng pada Peringkat 6, semalam. - Foto Yazit Razali

MENGESAHKAN status Raja Bukit di Genting Highlands, Jose Serpa bagai sukar ditumpas apabila sekali lagi menawan puncak peranginan popular negara itu buat kali keempat sepanjang penyertaannya di Le Tour de Langkawi (LTdL).

Juara keseluruhan LTdL 2009 itu yang menakluki peringkat pendakian Genting Highlands pada LTdL 2006, 2007 dan 2009, menakluki Peringkat 6 dari Shah Alam ke Genting Highlands sejauh 108 kilometer semalam, merakamkan 3 jam 9 minit 37 saat.

Pelumba Azad University Cross Team, Victor Nino Corridor tiba dua saat di belakangnya, diikuti rakan sepasukan Androni Giocattoli, Jose Rujano yang tiba 46 saat kemudian. Kemenangan Serpa sememangnya sudah dijangka dan membantu pelumba Colombia itu menyarung jersi kuning pendahulu dan jersi merah (Raja Bukit) pada akhir Peringkat 6.

"Saya tidak jangka akan memenangi jersi kuning kerana mengharapkan Rujano untuk memenanginya. Pada kilometer akhir, saya rasa masih berkemampuan untuk memenangi peringkat ini dan tidak berniat memintas rakan sepasukan (Rujano)," katanya.

Serpa kini mengumpul lapan kemenangan peringkat dalam LTdL, menyamai catatan Raja Pecut, Andrea Guardini daripada Farnese Vini-Selle Italia yang memenangi lapan peringkat peribadi di Muar, dua hari lalu.

"Saya rasa saya mempunyai kelebihan kerana laluan dalam empat peringkat selepas ini memihak kepada saya berbanding Serpa," kata Guardini yang kekal menyarung jersi biru dengan 45 mata.
Selepas mengerah keringat dalam pendakian, perlumbaan hari ini bersambung dengan laluan terpanjang sejauh 205.8km dari Bentong ke Kuantan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen