Sukan

CHONG Wei ketika berdepan Wei Feng, semalam.
JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dipaksa berhempas pulas sehingga tiga set oleh rakan senegara, Chong Wei Feng sebelum mara ke saingan separuh akhir Grand Prix (GP) Emas semalam, dalam pemburuannya mencatat gelaran keempat berturut-turut.
Dalam saingan di Stadium Bandaraya Johor Bahru itu, Chong Wei tidak berdepan kesukaran pada set pertama apabila menang 21-18 ke atas pilihan kelapan itu tetapi dia tewas pada set kedua 15-21 sebelum bangkit 21-8 pada set ketiga.
Pilihan pertama itu akan berdepan pilihan ketiga, Tommy Sugiarto pada separuh akhir hari ini selepas pemain Indonesia itu mengetepikan cabaran Sourabh Varma dari India, 21-17, 21-14. "Saya buat sedikit kesilapan apabila beri ruang kepada Wei Feng untuk menang set kedua malah ketika set pertama juga dia menunjukkan corak permainan agresif. Ini perkembangan positif buat pemain itu yang meningkat mendadak," kata Chong Wei.
Beregu pilihan pertama kejohanan, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong juga tidak menghadapi kesukaran untuk menempah tempat ke separuh akhir apabila mengatasi gandingan Korea Selatan, Kim Dae Eun-Lee Sang Jong 21-14,21-12 dan akan menentang Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari pada separuh akhir hari ini.
Pasangan KLRC itu menewaskan Hoon Thien How-Teo Yi Ee dalam pertarungan tiga set 21-14, 20-22, 21-17.
"Menentang beregu Korea Selatan itu jelas kurang mencabar tetapi saya pasti menentang Mohd Zakry-Mohd Fairuzizuan esok (hari ini) bakal menjanjikan saingan sengit, sekali gus menguji keupayaan sebenar kami dalam persiapan menghadapi Piala Thomas," kata Boon Heong.
Pilihan utama beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga dipaksa bekerja keras sebelum mara ke separuh akhir selepas mengatasi rakan senegara, Ong Jian Guo-Lim Yin Loo dalam tempoh 32 minit sebelum menang 21-14, 23-21 dan akan bertemu pasangan Indonesia, Riky Widianto-Puspita Richi Dili yang menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim Dae Eun-Ko A Ra 21-19, 21-13, semalam.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
wanjeff
Mesej penting utk Dtk sblm ke London.
fik
saingan tak mencabar...byk negara hantar pemain pelapis..
0 ulasan:
Catat Ulasan