Harian Metro: Arena |
‘Atasi ketumpulan’ Posted: 06 Nov 2012 08:29 AM PST KETUMPULAN jentera serangan negara ketika menentang Vietnam perlu segera diperbaiki apabila menentang Thailand dalam aksi persahabatan malam ini. Teguran pengendali negara, Datuk K Rajagobal wajar dipandang serius ketika saingan sebenar untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF berbaki kurang tiga minggu lagi.
Katanya, mereka kini berazam memburu kemenangan pada aksi malam ini selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Vietnam dalam aksi persahabatan.
"Saya tidak kisah bermain di mana-mana posisi dengan fokus memberikan yang terbaik kerana tidak mahu menjadi penumpang dalam pasukan," katanya yang beraksi di posisi penyerang apabila bersama Pahang dalam saingan liga domestik.
Antara yang berpotensi untuk diturunkan menentang skuad kendalian jurulatih berpengalaman dari Jerman, Winfried Schafer adalah Mohd Faizal Muhammad dan Amirizwan Taj Tajuddin di bahagian pertahanan tengah dan perancang Kelantan, Mohd Shakir Saari berganding bersama Mohd Safiq Rahim.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07 |
United buru tiket pusingan kedua Posted: 06 Nov 2012 08:21 AM PST BRAGA (Portugal): Manchester United boleh memastikan tempat dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara jika meraih mata maksimum menentang kelab Portugal, Braga, awal pagi esok. Bagaimanapun, United perlu mempamerkan aksi terbaik untuk meraih tiga mata kerana Braga pernah menewaskan kelab Inggeris itu di laman sendiri dalam empat perlawanan terakhir.
Tiga kemenangan berturut-turut meletakkan skuad kendalian Alex Ferguson, juara tiga kali dengan kelebihan lima mata di kedudukan teratas Kumpulan H diikuti kelab Romania, CFR Cluj, empat mata. Braga mengumpul tiga mata manakala gergasi Turki, Galatasaray, satu mata selepas tiga perlawanan.
Ferguson turut mendapat semula khidmat pemain antarabangsa Scotland, Darren Fletcher yang tidak dapat bermain walaupun mengambil pelbagai ubatan untuk merawat penyakit usus yang hampir menyebabkan kariernya berakhir.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan