Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Raja tak hirau psikologi Riedl

Posted: 22 Dec 2010 02:01 PM PST

Sukan

IZZAQ Faris  (kiri) dihalang pertahanan Felda United  dalam perlawanan persahabatan  sebagai  persiapan menghadapi perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Wisma FAM, semalam.

IZZAQ Faris (kiri) dihalang pertahanan Felda United dalam perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Wisma FAM, semalam.

Jurulatih Indonesia puji menggunung skuad negara

PUJIAN melambung jurulatih Indonesia, Alfred Riedl, semalam terhadap kemampuan skuad bola sepak negara langsung tidak memikat rakan sejawatannya, K Rajagobal yang bertegas elemen disiplin akan dimantapkan lagi mencari kemenangan dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF, Ahad ini.

Selagi pemain mengekalkan disiplin dalam permainan mereka dan mengikut segala strategi diatur, saya tidak nampak kenapa kita tidak boleh menjuarai kejohanan ini, kata Rajagobal mengulangi kata-kata sama selepas perlawanan separuh akhir kedua di Hanoi, Vietnam tempoh hari.

Apa yang ada dalam diri pemain ini ialah semangat tinggi menebus kekalahan kepada Indonesia pada pertemuan pertama lalu. Berbekalkan semangat ini dan disiplin tinggi sepanjang permainan, kejuaraan pasti milik kita. Semalam, Riedl - pengendali yang juga lebih mirip pendekatan Rajagobal dalam soal penerapan disiplin tinggi beranggapan Malaysia kini lebih stabil dan bakal memberi mereka kesukaran sepanjang tempoh 90 minit di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti.

Harimau Malaya memang dikalahkan 5-1 oleh Firman Utina dan rakan-rakan pada peringkat Kumpulan A, kata Riedl selepas sesi latihan di Jakarta semalam. Tetapi mereka bangkit selepas kekalahan itu sehingga berjaya mara ke final dengan menundukkan Vietnam 2-0.

Saya pasti perlawanan final di Malaysia nanti lebih sukar berbanding aksi di Jakarta sebelum ini.

Kini faktor yang membezakan kekuatan kedua-dua pasukan ini ialah disiplin yang diterapkan Rajagobal serta Riedl kepada anak buah masing-masing.
Pada aksi final ini, Indonesia terpaksa berdepan tiga pemain yang tidak diturunkan pada pertemuan awal dulu - penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, pemain tengah Amar Rohidan dan pertahanan Mahalli Jasuli.

Tiga pemain ini memang sukar ditembusi berdasarkan aksi mereka ketika menentang Vietnam pada kedua-dua aksi separuh akhir, kata Riedl yang akan tiba bersama pasukannya di Kuala Lumpur tengah hari esok.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tugas saya cari gol untuk penyokong

Posted: 22 Dec 2010 02:00 PM PST

Sorry, Readability was unable to parse this page for content.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan