Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Inilah barisan kita

Posted: 24 Dec 2010 05:36 PM PST

Sukan

pix_gal0
Malaysia tiada pilihan lain kecuali menang final pertama di Bukit Jalil - Rajagobal

HANYA ada satu matlamat apabila pemain melangkah ke dalam padang Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok - kemenangan!

Mengerti betapa kelebihan bermain di gelanggang sendiri dalam final pertama ini harus dimanfaatkan sepenuhnya, jurulatih K Rajagobal menegaskan anak buahnya yang akan berdepan Indonesia dalam final pusingan pertama Piala AFF Suzuki, turun untuk mencari kemenangan sebelum mengalih tumpuan kepada final kedua di gelanggang lawan. "Selaku jurulatih dan beraksi di gelanggang sendiri, sudah tentu saya tidak mempunyai pilihan lain, selain menundukkan lawan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Rajagobal gembira kerana matlamatnya itu dikongsi barisan pemain muda negara yang berjanji akan turun dengan semangat juang tinggi untuk memburu kemenangan bagi mencari bekalan selesa sebelum pusingan kedua di tempat lawan, Rabu depan.

"Pemain sudah bersedia menyahut cabaran final," katanya. "Lebih menggembirakan saya, mereka menunjukkan semangat luar biasa dan tidak sabar untuk menanti pertembungan itu," katanya.

Ditanya tumpuannya dalam sesi latihan menjelang perlawanan, Rajagobal mengakui memberi fokus kepada beberapa aspek permainan tetapi enggan mengulas lanjut.
"Walaupun lawan nampak kuat di semua bahagian, saya percaya mereka mempunyai kelemahan. Perkara itu yang kita beri tumpuan khusus supaya kelemahan itu dapat dieksploitasi sepenuhnya," katanya.

Mengenai keadaan dua tonggak yang cedera - Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri - Rajagobal berkata, kedua-dua semakin pulih terutama Amirulhadi.

"Masih ada masa dan saya yakin Amirul sempat pulih untuk diturunkan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Fahmi elak pisang berbuah dua kali

Posted: 24 Dec 2010 07:03 AM PST

Sukan

  KHAIRUL Fahmi  gigih menjalani   menjelang perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki  di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

KHAIRUL Fahmi gigih menjalani menjelang perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

'Saya sudah lupakan perlawanan terdahulu kami diaibkan 5-1 di Jakarta'

PENJAGA gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mahu menutup tirai 2010 dengan meraih satu lagi kemenangan pada final Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

"Tahun 2010 adalah tahun bertuah saya dan Piala Suzuki AFF adalah kemuncak kepada karier saya setakat ini. Saya berharap tahun ini akan diakhiri dengan kejayaan skuad negara pada final nanti," kata pemain yang dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dan penjaga gol terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM tahun ini. Pemain kelahiran Kota Bahru, Kelantan berusia 21 tahun itu berkata, dia sudah melupakan perlawanan terdahulu menentang Indonesia apabila pasukan negara tewas 5-1.

"Kalau boleh kami tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana jumlah bolos ketika perlawanan awal itu adalah besar.

"Mengenai tekanan, saya juga manusia biasa dan yang penting saya sudah melakukan persiapan dan kerja keras untuk sampai ke sini. Kini saya mahu fokus untuk perlawanan dan akan mengikut arahan jurulatih bagi mengurangkan kesilapan," kata penjaga gol yang beraksi kali pertama di temasya Sukan Asia Guangzhou 2010.

Kata Khairul Fahmi, dia akan lebih berhati-hati terhadap jentera serangan Indonesia terutama Irfan Haarys Bachdim dan Cristian Gonzáles yang dilihatnya sebagai pemain yang mampu menembusi benteng pertahanan negara.
"Saya juga risau dengan Oktovianus Maniani kerana pemain muda Indonesia itu sangat laju dan sering membuat hantaran silang yang kencang," kata penjaga gol skuad Liga Super Kelantan itu.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen