Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Masih kabur

Posted: 05 Jan 2011 01:51 PM PST

Sukan

pix_gal0
Kemelut peletakan jawatan Misbun tiada tanda akan selesai

KEMELUT peletakan jawatan jurulatih perseorangan badminton, Datuk Misbun Sidek masih jauh daripada titik penyelesaian apabila dia dan majikannya, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum bersemuka sehingga semalam.

Permasalahan itu segera mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mahu segera ia diselesaikan sebelum berlarutan dan menjejaskan urusan kerja badan induk itu terus dalam situasi porak peranda.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dia menjemput presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh ke pejabatnya pagi semalam bagi membincangkan perkara itu dan untuk berlaku adil, dia juga sedang mengaturkan pertemuan dengan Misbun di sebelah malam (malam tadi) untuk mendapat gambaran yang telus dan sebenar. "Apa juga keputusan sama ada Misbun meneruskan perkhidmatannya atau tidak, kita kena ingat ia dibuat demi kepentingan negara. Taraf badminton kita sudah berada di peringkat dunia dan kita tidak mahu sukan ini malap.

"Mungkin apa yang berlaku ini hanyalah salah faham yang menyebabkan Misbun tidak gembira.

"Sekiranya mereka perlukan bantuan saya, saya akan bantu," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Nadzmi yang ditemani beberapa anggota jawatankuasa eksekutif BAM di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Menjawab pertanyaan pemberita yang musykil apabila Nadzmi tidak turut sama dalam sidang media itu, Ahmad Shabery berkata, presiden BAM itu tidak mahu berdepan dengan media bagi mengelakkan kekeruhan ataupun disalah tafsir mengenai isu yang belum selesai.
"Nadzmi kelihatan tenang tadi dan mereka (BAM) tidak mendapat alasan daripada Misbun mengapa dia meletakkan jawatan. Kenyataan mereka konsisten, sama seperti sebelum ini," katanya yang enggan mengulas lanjut butiran pertemuan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Suresh mengadap CBI

Posted: 05 Jan 2011 01:49 PM PST

Sukan

NEW DELHI: Pegawai tertinggi penganjur Sukan Komanwel Delhi disoal siasat semalam berhubung isu rasuah ketika berlangsung temasya 3-14 Oktober itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Delhi 2010, Suresh Kalmadi tiba di ibu pejabat Biro Siasatan (CBI) di New Delhi untuk disoal siasat berhubung pemberian kontrak yang banyak menimbulkan keraguan.

Temasya Delhi 2010 yang dibelenggu penangguhan persiapan gelanggang dan mutu penganjuran lemah, turut disentak dengan penyelewengan kewangan sehinggakan bajet meningkat secara mendadak kepada AS$6 bilion (RM18.3 bilion). Lewat Disember lalu iaitu dua setengah bulan selepas berakhirnya temasya itu, polis menyerbu beberapa kediaman Kalmadi, selepas CBI dikritik mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan bukti.

Kalmadi, ahli parti pemerintah Kongres, sehingga kini mempertahankan dirinya tidak bersalah.

"Saya bersedia menghadapi sebarang siasatan berhubung apa-apa isu," katanya selepas rumahnya diserbu 24 Disember lalu.

"Saya tidak melarikan diri," katanya. "Saya tidak bersalah sehingga dibuktikan."
Penganjur memecat bendahari M Jayachandran manakala dua pegawai lain juga dikenakan tuduhan rasuah oleh polis. – AFP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan