Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Misbun terus kunci mulut

Posted:

Misbun terus kunci mulut

Misbun terus kunci mulut

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
sukan@utusan.com.my


Misbun Sidek


KUALA LUMPUR - "Buat masa sekarang saya tidak mahu bercakap kerana ia hanya akan mengikut perasaan,'' ujar Datuk Misbun Sidek ketika menjelaskan mengapa beliau dilihat seperti mahu mengelak daripada masalah yang sedang berlaku.

Sehingga hari ini, jurulatih perseorangan negara itu masih enggan bersemuka dengan pegawai kanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), malah terus 'mengunci mulut' walaupun diasak bertali arus oleh media yang mahu mendapat penjelasan di sebalik tindakannya meletakkan jawatan.

Beliau hanya bersetuju untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kelmarin, yang disifatkan sebagai perjumpaan tidak rasmi dan sekadar sesi bual kosong untuk meluah perasaan.

Bagi Misbun, beliau tidak pernah bermaksud hendak melarikan diri daripada masalah, tetapi hanya memerlukan masa untuk menenangkan fikiran dan keadaan, sebelum bersedia tampil membincangkan masalah dengan pihak yang berkenaan.

"Kami (bersama Menteri) hanya berbual kosong semalam. Saya menjelaskan kepada beliau sebab mengapa saya mahu meletakkan jawatan, itu saja.

"Saya tetap berpegang kepada prinsip bahawa apa yang dibincangkan atau berlaku dalam bilik mesyuarat, sepatutnya kekal di situ dan tidak perlu dibawa keluar. Begitupun saya mengakui, rasa kecewa terhadap persatuan adalah sebab saya mahu berundur.

"Apa pun, ketika ini saya tidak mahu fikir dan berkata apa-apa, kerana saya hanya mahu berehat seketika. Saya harap semua pihak menghormati dan memahaminya,'' ujar Misbun.

Sejak menyerahkan surat perletakan jawatan daripada skuad kebangsaan pada 31 Disember lalu, Misbun hanya memberitahu bahawa beliau kecewa dan tidak gembira di BAM, tetapi tidak pernah mendedahkan secara terperinci apakah yang mengganggu beliau selama ini.

Adiknya, yang juga ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek mengakui, bahawa abangnya itu sering menganggap dirinya tidak dihargai dan dihormati oleh individu dalam BAM, selain tertekan kerana keupayaannya kerap dipertikaikan apabila Datuk Lee Chong Wei gagal meraih kejuaraan utama seperti Sukan Olimpik, dunia atau Sukan Asia.

Rashid tidak menolak, keengganan BAM bertolak ansur membenarkan Misbun melatih anaknya, Misbun Ramdan Misbun antara punca yang mengeruhkan lagi keadaan, namun menegaskan, isu tersebut bukan perkara pokok dalam masalah ini cuma sebahagian daripadanya.

Sementara itu, BAM semalam mengesahkan isu peletakan jawatan Misbun akan dibangkitkan dalam mesyuarat exco badan badminton negara itu pada 12 Januari depan, yang dijangka dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh.

Mesyuarat tersebut mungkin menjadi platform terbaik untuk menyelesaikan isu Misbun, di mana Nadzmi sebelum ini memberi bayangan menerima perletakan jawatan jurulatih senior mereka itu akan menjadi pilihan utama BAM, seandainya ia dipersetujui oleh majoriti exco.

"Sudah tentu kami akan membincangkan isu Misbun dalam mesyuarat exco minggu depan, namun sehingga hari itu, tiada sebarang kenyataan yang boleh kami keluarkan ketika ini,'' kata setiausaha BAM, Ng Chin Chai selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM di Bukit Kiara, semalam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Shabery sudah faham masalah Misbun

Posted:

Shabery sudah faham masalah Misbun

Shabery sudah faham masalah Misbun

Oleh SOPI SAMAILE
sukan@utusan.com.my

KUCHING - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dia telah mendengar semua luahan Datuk Misbun Sidek, yang menyebabkan jurulatih itu meletak jawatan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurutnya, beliau kini memahami mengapa Misbun membuat keputusan meninggalkan BAM, selepas kedua-duanya bertemu ketika malam bersama, kelmarin.

Pertemuan tersebut diadakan tertutup, dengan pihak media tidak dimaklumkan di mana pertemuan tersebut diadakan.

''Menerusi pertemuan tersebut, saya memahami apa yang terkandung di dalam hati jurulatih perseorangan negara itu.

''Alhamdulillah, suasana pertemuan dalam keadaan baik dan Misbun menyatakan beberapa perkara mengenai perbezaan antara beliau dengan pihak BAM.

''Ya memang ada perbezaan di antara Misbun dan BAM. Saya akan sampaikan luahan Misbun kepada BAM. Saya akan mengadakan perjumpaan antara kami bertiga (termasuk Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh) dalam masa terdekat, sebaik sahaja pulang dari lawatan di Sarawak," katanya.

Beliau mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Pusat Kecemerlangan Akuatik dan Menaiktaraf Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, di sini semalam.

Ahmad Shabery bagaimanapun enggan memberitahu butiran terperinci hasil pertemuan beliau dan Misbun, cuma mengakui jurulatih itu hanya menyebut mengenai beberapa perkara mengenai perbezaan antara beliau dan BAM.

Sehubungan itu, Ahmad Shabbery berkata, tidak timbul lagi soal Misbun mahu keluar (BAM) atau sebagainya, tetapi dia telah pun meletak jawatan.

Bagaimanapun katanya, soal peletakan jawatan Misbun adalah disebabkan perbezaan pendapat dengan BAM, bukan disebabkan jurulatih itu mahu menubuhkan satu organisasi tersendiri.

''Kemelut ini hanya perbezaan antara beliau (Misbun) dengan pihak BAM," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan