Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Chong Wei lakar hatrik

Posted: 09 Jan 2011 08:11 AM PST

DATUK LEE Chong Wei melakar satu lagi sejarah apabila muncul juara hatrik Siri Super Final 2010 selepas menundukkan jaguh Eropah, Peter Gade di perlawanan akhir di Taiwan, semalam.

Kejuaraan ketiga miliknya itu bermakna dia menyapu bersih kejuaraan perseorangan lelaki sejak dipertandingkan pada 2008.


Pada aksi semalam, Chong Wei menang mudah 21-9, 21-14 dalam masa 40 minit untuk melakar kemenangan ke-14 daripada 15 pertemuan dengan pemain itu.

Jumaat lalu, Chong Wei turut mencapai kemenangan straight set di peringkat kumpulan dan kedua-duanya mempamer persembahan bertenaga di separuh akhir untuk bertemu sekali lagi.


"Ini adalah final, langsung tidak sama dengan peringkat kumpulan kerana kami berdua tidak bermain bersungguh-sungguh di peringkat awal, kata Chong Wei.


Kemenangan ini permulaan baik buat Chong Wei pada pembuka tirai 2011 sebagai penyuntik semangat merangkul lebih banyak kejuaraan.

Kemenangan ini juga bermakna Chong Wei buat kali ketiga menang hadiah wang tunai AS$40,000 (RM122,720). Namun bezanya Chong Wei berseorangan tidak lagi meraikan kejuaraan bersama rakan senegara seperti tahun lalu ketika Wong Mew Choo dan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang muncul juara kategori masing-masing.


"Ini adalah persiapan terbaik untuk Terbuka Malaysia minggu depan. Saya dijangka berdepan Lin Dan di separuh akhir, saya tidak mahu fikirkan. Saya akan tempuhi perlawanan satu demi satu," kata Chong Wei dalam laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Siri Super Terbuka Malaysia akan berlangsung 18 hingga 23 Januari ini, namun walau di mana Chong Wei berada dia tetap ditanya mengenai peletakan jawatan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.


"Peletakan jawatan Misbun agak mengganggu fokus saya tapi saya tetap berpegang pada sasaran. Saya harap isu itu berakhir dengan baik," kata Chong Wei.


Dalam pada itu, China mula menguasai Siri Super Final apabila meraih tiga gelaran dalam acara perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran. Wang Shixian menewaskan Bae Youn Joo (Korea), Wang Xiaoli-Yu Yang menundukkan rakan senegara Cheng- Shu-Zhao Yunlei manakala Zhang Nan-Zhao Yunlei mengatasi Sudket Prapakamil-Saralee Thoungthongkam (Thailand).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

>BAM risau penaja jauh diri

Posted: 09 Jan 2011 08:08 AM PST

TANPA kelibat pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mungkin berdepan kesukaran mendapatkan penajaan.

Hal itu diakui sendiri Bendahari Kehormat Datuk Lim Teong Kiat namun beliau berkata itu bukan halangan untuk persatuan mendapatkan tajaan.


"Memang jika Chong Wei tidak lagi bersama BAM, urusan penajaan sedikit sukar kerana syarikat penaja akan mempunyai pandangan berbeza berbanding sekarang," kata Teong Kiat menjawab soalan sekiranya naib juara Olimpik itu mengikut jejak jurulatihnya Datuk Misbun Sidek meninggalkan BAM.

Begitupun, Teong Kiat berkata mencari penajaan sememangnya menjadi tugas persatuan dan ketiadaan Chong Wei tidak boleh dijadikan alasan.


"Kami dalam persatuan perlu bekerja lebih keras jika itu terjadi. Persatuan perlukan dana untuk bangunkan akar umbi." Bagaimanapun Teong Kiat berharap semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai isu peletakan jawatan Misbun dan kemungkinan Chong Wei meninggalkan persatuan selepas pemain itu sendiri menyuarakan hasrat mengikut jejak jurulatihnya.


Namun jika benar perkara itu berlaku, bendahari itu berkata persatuan hanya perlu mencari penaja lain yang mahu menaja.

"Jika dia (Chong Wei) pergi pasti penaja juga ikut, memanglah kantung persatuan sedikit kurang tapi kita perlu segera cari penaja lain, itu bukan masalah," kata Teong Kiat yang dihubungi ketika berada Alor Setar, Kedah.


Beliau menganggap Chong Wei banyak pengalaman selain berada di ranking tertinggi dunia boleh buat pilihan ke mana arah tuju kerana pasti tidak akan melupakan tanggungjawab kepada negara.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen