Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Anuar belum puas

Posted:

Anuar belum puas

Anuar belum puas


ANUAR rampas Jersi Biru untuk bergelar Raja Pecut.


MESKIPUN berjaya merampas Jersi Biru untuk bergelar Raja Pecut daripada Andrea Guardini, pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Anuar Manan tetap tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicatatnya pada saingan peringkat keenam Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011, semalam.

Pada perlumbaan dari Rawang

ke Putrajaya sejauh 106.7 kilometer semalam, Anuar berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Guardini dari pasukan Farnese Vini-Neri Sotttoli.

Begitupun, kejayaan mengutip lima mata di zon pecut pertama di Ulu Klang, Kuala Lumpur membolehkan Raja Pecut 2010 ini merampas Jersi Biru yang disarung pelumba Itali itu sejak dari peringkat pertama lagi.

"Strategi kami (TSG) hari ini (semalam) separuh berjaya," kata Anuar.

"Kami meletakkan sasaran untuk menjadi pemenang peringkat dan memenangi Jersi Biru. Tetapi kami hanya memenangi satu daripada dua sasaran itu. Sudah tentu saya tidak gembira dengan keputusan itu.

"Perlumbaan hari ini sangat laju dan persaingan terutamanya daripada barisan pelumba pecut sangat sengit. Nasib baik rakan sepasukan saya memainkan peranan mereka dengan baik.

"Mereka bekerja keras untuk membantu saya mengutip mata di zon pecut pertama dan pada masa yang sama, mereka juga menghalang Guardini daripada menambah kutipan mata di dua zon pecut seterusnya."

Menurut Anuar, kegagalan untuk menjadi juara peringkat, sekali gus mengulangi pencapai tahun lalu nyata memberi sedikit tekanan untuk dia menghadapi baki empat peringkat pada LTdL 2011 ini.

Dalam pada itu, Anuar mengakui dia bakal berdepan tugas berat pada perlumbaan esok (hari ini) terutamanya bagi memastikan Jersi Biru itu tidak terlepas ke tangan pencabarnya.

Selepas melalui enam peringkat perlumbaan, Anuar berjaya mengumpul 70 mata, hanya satu mata di depan Guardini manakala Boris Shpilevcky (Tabriz Profesional Cycling Team) dan Kenny Van Hummel (Skil Shimano Cycling Team) masing-masing ditempat ketiga dan keempat selepas berkongsi 35 mata.

Sementara itu, jurulatih TSG, Syed Husaini Syed Mazlan berkata, mereka akan merangka strategi baru malam ini (malam tadi) dalam usaha memastikan Anuar mempertahankan Jersi Biru.

"Kami akan mengadakan perbincangan malam ini. Ia penting bagi memastikan Anuar dan rakan sepasukan lain berjaya mencapai sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya satu daripada empat baki perlumbaan tahun ini.

"Setakat ini, saya cukup berpuas hati dengan kerja keras yang ditunjukkan para pelumba. Segala-galanya mengikut perancangan."

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Raja Siri Super ke separuh akhir

Posted:

Raja Siri Super ke separuh akhir

Raja Siri Super ke separuh akhir

PEMAIN perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) dan beregu utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mara ke saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Korea Selatan.

Kejayaan tersebut hadir selepas Chong Wei menewaskan pemain China, Wang Zhengming 21-14, 21-19 pada saingan suku akhir manakala Kien Keat/Boon Heong menundukkan rakan senegara, Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari/Ong Soon Hock 21-17, 12-21, 21-16, semalam.

Pada aksi separuh akhir hari ini, Chong Wei selaku Raja Siri Super yang diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan dilihat berdepan halangan sukar apabila turun menentang pemain China, Du Pengyu.

Sementara itu, bayangan perlawanan akhir di antara Chong Wei dengan musuh tradisinya, Lin Dan semakin hampir menjadi kenyataan apabila pemain China itu turut mara ke peringkat separuh akhir.

Lin Dan yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia 21-13, 8-21, 21-15.

Lin Dan dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengenepikan pemain muda Indonesia Simon Santoso dalam saingan separuh akhir hari ini.

Sementara itu, dalam saingan acara beregu, Kien Keat/Boon Heong diberi tentangan sengit oleh gandingan baru Fairuzizuan/Soon Hock.

Meskipun menang set pertama 21-17, beregu No. 5 dunia itu diheret ke set penentuan setelah tewas pada set kedua 12-21.

Fairuzizuan/Soon Hock bagaimanapun gagal menyaingi kehebatan bekas beregu No. 1 dunia itu apabila Kien Keat/Boon Heong beraksi lebih garang pada set ketiga untuk menamatkan permainan 21-16.

Kien Keat/Boon Heong bakal berdepan beregu No. 7 dunia, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan dalam perlawanan separuh akhir.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir acara beregu lelaki hari ini menyaksikan pertembungan diantara pasangan No. 1 dunia, Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark menentang gandingan Korea Selatan, Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Hajat kapten Amri

Posted:

Hajat kapten Amri

Hajat kapten Amri


AMRI (kanan) tidak rela Piala Sultan Ahmad Shah terlepas ke tangan Kelantan.


KAPTEN Selangor, Amri Yahyah berpeluang melakar sejarah tersendiri menjulang trofi Piala Sultan Ahmad Shah buat kali ketiga berturut-turut apabila berdepan Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini.

Amri yang sudah mencecah usia 30 tahun pada 21 Januari lalu dilantik sebagai kapten Selangor pada 2009 dan trofi pertama berjaya dijulangnya selaku kapten ialah Piala Sultan Ahmad Shah.

Pada ketika itu, Amri cemerlang meledak dua gol ketika Selangor menewaskan Kedah 4-1 pada aksi sumbangsih 2009 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Musim lalu pula, Amri sekali lagi mengetuai Selangor untuk menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi sumbangsih yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Justeru malam ini, Amri bertekad membawa Selangor menjulang trofi tersebut buat kali ketiga dan lebih bermakna, di gelanggang sendiri berbanding dua edisi sebelum ini.

"Saya dan rakan-rakan akan berusaha untuk mempamerkan aksi terbaik kami pada perlawanan esok (malam ini) dan sudah tentu kami mahu menang sekali lagi aksi sumbangsih untuk musim ini.

"Semangat kami kali ini pasti lebih membuak-buak kerana mahu membalas dendam kekalahan 0-3 kepada Kelantan pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia musim lalu.

"Atas alasan itu serta beraksi pula di tempat sendiri, kami semua akan beraksi habis-habisan untuk memastikan kemenangan milik Selangor," kata Amri pada sidang media di Stadium Shah Alam petang semalam.

Perlawanan malam ini turut bakal menyaksikan pertembungan pemain-pemain kebangsaan yang membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 pada 29 Disember lalu.

Selangor memiliki enam pemain kebangsaan iaitu Amri sendiri, Safiq Rahim, Safee Sali, Asraruddin Putra Omar, Amirulhadi Zainal dan Razman Roslan manakala Kelantan memiliki Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talaha.

Aksi malam ini turut penting buat Safee, penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 yang mahu sambutan hari lahirnya yang ke-27 hari ini berakhir dengan kegembiraan menjulang piala.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen