Berita Harian: Sukan |
Posted: 26 Mar 2011 12:51 PM PDT Sukan Sebastian Vettel JUARA Formula Satu (F1) dunia Red Bull Racing, Sebastian Vettel mengakui dia tidak perlu menggunakan tenaga pecut tambahan KERS (sistem pemulihan tenaga kinetik) untuk menyambar petak pertama Grand Prix Australia di litar jalanan Albert Park, semalam. Pemandu Jerman berusia 23 tahun itu, turut membuatkan rakan sepasukan Mark Webber menggelengkan kepala selepas mencatat masa sepusingan terpantas satu minit 23.520 saat. Catatan Vettel itu hampir setengah saat lebih pantas berbanding masa yang dilakukannya ketika merebut petak utama di litar sama tahun lalu, dan 0.8s lebih pantas berbanding pencabar terdekat dari pada McLaren, Lewis Hamilton.Namun juara F1 termuda dunia itu dengan nada berwaspada berkata, walaupun jurang tampak agak besar, musim perlumbaan baru bermula dan banyak perkara boleh berlaku. "Ini posisi yang baik dan saya gembira tetapi kami perlu berpijak di bumi nyata," katanya yang gagal menamatkan saingan dalam perlumbaan terakhir musim lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 26 Mar 2011 12:50 PM PDT [unable to retrieve full-text content]DUA gol awal membolehkan England menewaskan Wales 2-0 dalam saingan Kumpulan G kelayakan Euro 2012 di Stadium Millennium, Cardiff malam tadi, di tengah-tengah kritikan pedas terhadap cara pengurusnya, Fabio Capello menangani isu pelantikan semula John Terry sebagai kapten. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan