Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Capello puji Wilshere

Posted:

Capello puji Wilshere

Capello puji Wilshere


WILSHERE (kanan) dicabar pemain Wales, Aaron Ramsey pada aksi Kelayakan Euro 2012 di Stadium Millennium, Cardiff kelmarin.


LONDON - Jurulatih England, Fabio Capello memberi pujian melangit terhadap Jack Wilshere setelah pemain tengah muda berbakat itu menjadi nadi utama ketika mereka menewaskan Wales 2-0 pada aksi Kelayakan Euro 2012 malam kelmarin.

Pemain Arsenal itu hanya beraksi 52 minit bersama England sebelum ini dan prestasi terbaiknya pada aksi menentang Wales membolehkan England kini kembali ke landasan untuk layak ke pusingan akhir Euro 2012.

Biarpun dua jaringan England pada perlawanan itu dibuat oleh Frank Lampard dan Darren Bent, Wilshere yang baru berusia 19 tahun lebih mendapat pujian Capello.

"Persembahan Wilshere sepanjang musim ini cukup menakjubkan. Dia telah mempamerkan peningkatan dalam tempoh yang singkat," kata Capello.

Wilshere kini sedang dalam landasan terbaik untuk menjadi pilihan utama di jentera tengah bersama-sama Lampard di hadapan Scott Parker yang beraksi sebagai pemain tengah bertahan pada aksi malam kelmarin.

"Saya telah berbicara dengan Arsene Wenger (pengurus Arsenal) dan beliau turut bercakap perkara yang sama iaitu luar biasa. Wilshere beraksi seperti pemain berusia 28 tahun dengan 35 hingga 40 caps antarabangsa," jelas Capello.

Sementara itu, Wilshere sendiri enggan hanyut dengan pujian melambung terhadapnya.

"Memang ia perkara yang mahu saya dengar tetapi pada usia baru 19 tahun ini, masih terdapat pemain-pemain hebat lain seperti Steven Gerrard yang akan kembali ke dalam pasukan.

"Cuma saya perlu terus berkerja keras bersama pasukan kelab dan melihat sama ada Capello akan terus memanggil saya untuk tugasan antarabangsa atau sebaliknya," kata Wilshere.

Namun Capello sedikit kecewa apabila Wayne Rooney dilayangkan kad kuning pada minit ke-37, sekali gus menyebabkan penyerang Manchester United itu terlepas aksi seterusnya bertemu Switzerland di Wembley pada Jun depan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Vettel juara pembuka tirai 2011

Posted:

Vettel juara pembuka tirai 2011

Vettel juara pembuka tirai 2011


VETTEL (tengah) menjulang trofi selepas menjuarai perlumbaan GP Australia di Litar Albert Park semalam. Hamilton (kiri) dan Petrov masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.


MELBOURNE - Pemandu sensasi Red Bull, Sebastian Vettel memulakan musim baru perlumbaan Formula Satu (F1) dengan bergaya apabila menjuarai Grand Prix (GP) Australia semalam.

Vettel menamatkan perlumbaan di Litar Albert Park itu dengan catatan masa 1 jam 29 minit 30.259 saat.

Kemenangan itu juga sekali gus memberi gambaran awal betapa dia seakan-akan berpotensi besar untuk mempertahankan gelaran juara dunia yang dimenangi musim lalu.

Pemandu muda dari Jerman berusia 23 tahun itu yang memulakan perlumbaan di petak depan langsung tidak menoleh ke belakang untuk mendahului sehingga tamat dan meraih kejuaraan ke-11 dalam kariernya.

Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut diraih Vettel jika diambil kira pencapaian dalam dua perlumbaan terakhir musim lalu.

Tempat kedua menjadi milik pemandu McLaren, Lewis Hamilton yang ketinggalan 22.2s di belakang Vettel.

"Terima kasih krew, perlumbaan yang hebat. Segalanya terkawal, kereta mantap, hentian pit cemerlang. Kita banyak belajar hari ini (semalam)," katanya menerusi radio pasukan sebaik melintasi garisan penamat.

Vettel bagaimanapun menegaskan, kejayaan itu tidak dicapai dengan mudah terutama ketika permulaan yang genting sebelum berjaya terlepas daripada asakan lawan.

"Mujur juga di pertengahan perlumbaan Lewis tercicir sedikit dan ia membolehkan saya mengawal perlumbaan dengan lebih baik.

"Ini kali pertama saya berjaya menamatkan perlumbaan di GP Australia. Jadi tentulah saya cukup gembira," kata Vettel.

Hamilton pula memberi pujian kepada pasukannya, McLaren kerana berjaya memulihkan jentera sehingga menjadi kompetitif pada saat akhir.

"Saya hanya perlu mengawal keadaan kereta ini untuk memungut mata penting di sini kerana musim masih panjang. Saya fikir kami cukup bagus dalam memberikan saingan," kata juara dunia 2008 itu.

Pencapaian mengejutkan pula dicatat pasukan Lotus Renault semalam apabila pelumba mereka, Vitaly Petrov berjaya menduduki tempat ketiga.

Selain menghadiahkan podium pertama buat pelumba yang datang dari Rusia, kejayaan itu juga satu kemenangan moral buat dua jenama kereta yang baru bergabung tenaga musim ini dalam kancah F1.

"Saya sendiri tidak percaya dapat duduk dengan Vettel dan Hamilton. Pasukan kami pasti bangga," kata Petrov.

Pemandu harapan Ferrari, Fernando Alonso sekadar menduduki tempat keempat manakala Felipe Massa bernasib baik apabila naik dari tangga kesembilan ke tangga ketujuh.

Ia gara-gara pembatalan keputusan dua pemandu Sauber, Sergio Perez dan Kamui Kobayashi yang pada awalnya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan kelapan.

Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber pula gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di negara sendiri apabila hanya mampu menduduki tempat kelima.

Kegagalan nama-nama besar ini dikaitkan dengan strategi mereka yang melakukan tiga hentian pit berbanding tiga pelumba teratas yang hanya melakukan dua hentian pit sepanjang perlumbaan. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ribery, Evra berdebar

Posted:

Ribery, Evra berdebar

Ribery, Evra berdebar


RIBERY (kiri) dan Evra menjalani latihan menjelang aksi menentang Croatia pada aksi persahabatan di Stade de France awal pagi Rabu ini.


PARIS - Franck Ribery dan Patrice Evra menjangkakan mereka akan diejek penyokong sendiri apabila buat pertama kali turun beraksi untuk skuad Perancis di laman sendiri pada awal pagi Rabu ini.

Kedua-dua pemain itu sebelum ini digantung berikutan penglibatan mereka dalam pemberontakan pemain ketika kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Akibatnya, Evra digantung lima perlawanan manakala Ribery digantung tiga perlawanan setelah mereka meninggalkan sesi latihan sebagai tanda protes terhadap rakan mereka, Nicolas Anelka yang disingkirkan daripada pasukan.

Kedua-dua pemain itu kembali buat kali pertama ketika Perancis menewaskan Luxembourg 2-0 pada saingan Kelayakan Euro 2012 di tempat lawan pada awal pagi kelmarin.

Evra dan Ribery dijangka terus diturunkan apabila Perancis melayan kunjungan Croatia pada aksi persahabatan di Stade de France awal pagi Rabu ini.

"Saya rasa pasti akan terdapat bunyi siulan daripada penonton. Ia mungkin daripada sebahagian kecil penonton. Tapi dengan jangkaan 80,000 penyokong berada di stadium, kita lihatlah apa yang akan berlaku nanti.

"Apa yang pasti kami berdua perlu menerimanya saja. Biarkan perkara yang lalu pergi dan kami perlu pandang ke hadapan," kata Ribery.

Evra pula berkata, dia yakin ejekan terhadap mereka nanti sama sekali tidak akan menjejaskan rentak skuad kendalian Laurent Blanc itu.

"Saya juga jangkakan akan berlaku ejekan. Tapi saya boleh jamin, orang pertama yang akan bersiul nanti akan menjadi orang pertama yang mahukan jersi saya pada penghujung perlawanan nanti," kata Evra. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan