Kosmo Online - Sukan |
Posted: Harimau Malaya optimistikOleh WAN FAKHRUL BAKAR RAJAGOBAL (kanan) berbincang sesuatu dengan jurulatih kecergasan, Rustov Bozik pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini. TANPA mengira pasukan mana yang bakal diundi bertemu Malaysia pada pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014, pengurus skuad kebangsaan, Datuk Subahan Kamal optimis Harimau Malaya akan mara ke pusingan kedua. Petang ini, undian pusingan pertama dan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 serta undian pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 bagi Zon Asia bakal berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil. Menurut Subahan, sasarannya itu bukanlah diletakkan secara 'suka-suka' tetapi keyakinan tersebut dinyatakan berdasarkan prestasi dan kemampuan dimiliki skuad kebangsaan yang dibimbing K. Rajagobal. "Bagi saya, kita sudah lama menanti tarikh 30 Mac (hari ini) dan tak sabar untuk mengetahui siapa yang bakal ditemui pada pusingan pertama dan kedua. "Siapa yang akan diundi bertemu kita tidak menjadi masalah kerana saya yakin Malaysia mampu memberi tentangan dan akan layak ke pusingan kedua," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Bagaimanapun, Subahan tetap realisitik bahawa untuk melangkah jauh dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2014 sesuatu yang sukar sambil terus berpegang kepada sasaran jangka panjang untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015. "Untuk layak ke Piala Dunia 2014 memang terlalu berat tetapi kita akan gunakan perlawanan kelayakan ini sebagai pendedahan dan persiapan untuk mempertahankan kejuaraan pada Sukan SEA 2011 dan Piala Suzuki AFF 2012 serta mara ke Piala Asia 2015. "Mungkin orang kata saya tidak cukup yakin dengan kemampuan pasukan tetapi saya tetap juga berharap kita mampu mencipta kejutan apabila bertemu pasukan handalan pada pusingan kedua nanti," jelasnya. Untuk pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014, skuad kebangsaan bakal menentang sama ada Afghanis- tan, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Vietnam, Mongolia, Pakistan, Palestin, Timor Leste, Macau, Taiwan, Myanmar, Filipina atau Laos. Bagi pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2014 pula, skuad bawah 22 tahun negara yang menyingkirkan Pakistan pada pusingan pertama berkemungkinan bertemu Korea Selatan, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Korea Utara, Syria, Lebanon atau Uzbekistan. Bagi undian Kelayakan Piala Dunia 2014, Subahan yang juga Naib Presi- den Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan hadir untuk mencabut undi. Seorang lagi Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah selaku pengurus skuad Olimpik kebangsaan bimbingan Ong Kim Swee pula akan mencabut undi untuk Kelayakan Olimpik 2012. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ada perkara positif di sebalik kegagalan Posted: Ada perkara positif di sebalik kegagalanOleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH AZIZULHASNI tidak dapat beraksi pada Kejohanan Trek Dunia 2011 di Belanda ekoran kecederaan di betis kiri. BUAT kali pertama dalam masa tiga tahun, Malaysia gagal membawa pulang sebarang kilauan pingat pada Kejohanan Trek Dunia 2011 yang telah melabuhkan tirainya di Apeldoorn, Belanda kelmarin. Ketiadaan jaguh keirin negara, Mohd. Azizulhasni Awang yang cedera di betis kirinya ekoran tertusuk serpihan kayu velo- drom ketika beraksi pada Piala Dunia Klasik di Manchester awal bulan lalu, jelas sekali dirasai barisan pelumba negara yang dibarisi Josiah Ng, Mohd. Rizal Tisin, Muhd. Edrus Yunos, Muhd. Arfy Qhairant Amran dan Fatehah Mustapa. Situasi itu seperti menunjukkan bahawa hanya Azizulhasni sahaja yang menjadi sandaran Malaysia untuk menyerlah di pentas antarabangsa, selain pelumba dari Dungun ini juga diletakkan harapan memenangi pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2012 di London nanti. Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad mengakui akan hakikat itu, namun beliau menegaskan, masih ada perkara positif yang boleh diambil daripada penyertaan pelumba negara di Belanda. "Contohnya kita melihat peningka- tan Fatehah yang menduduki tempat kelima dalam acara kei- rin wanita," kata Naim kepada Kosmo! semalam. "Pencapaiannya pada aksi final menunjukkan bahawa dia adalah pelumba kelima terbaik di dunia buat masa ini, malah dia juga berjaya mengutip mata yang banyak bagi kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 di London. "Begitu juga dengan pendedahan yang kita beri kepada pelumba muda, Arfy yang mana ia sangat penting dalam proses menimba pengalaman di peringkat tertinggi ketika dia masih lagi muda dan hanya layak bertanding di peringkat junior sahaja." Menurut Naim, kegagalan pelumba negara menyerlah adalah berpunca daripada keletihan kerana menyertai banyak kejohanan besar seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun lepas. "Pelumba kita seperti keletihan kerana menyertai banyak kejohanan besar tahun lepas, malah temasya yang tidak perlu kita sertai juga (Sukan Komanwel), kita tetap hantar mereka sedangkan Chris Hoy, Shane Perkins dan Scott Sunderland pun tidak menyertainya," jelas Naim. Justeru beliau menambah: "Selepas ini kita akan mengadakan satu program pencarian bakat baru dalam usaha membentuk pelumba pelapis bagi Sukan Olimpik 2016. "Azizulhasni dan Fatehah telah pun layak ke Sukan Olimpik 2012, jadi kita mahu lebih ramai lagi pelumba yang mampu bersaing di temasya terbesar dunia itu nanti. "Pelumba lain ada masa lebih 16 bulan untuk mengumpul mata ke London, termasuk trio pecut kita yang akan menyertai banyak lagi kejohanan sebelum pusingan kelayakan ditentukan tahun depan." Pada Kejuaraan Dunia 2009 di Poland, Malaysia mencatat sejarah memenangi pingat buat kali pertama menerusi Rizal (gangsa acara 1 kilometer ujian masa) dan Azizulhasni (perak - pecut individu). Edisi tahun lepas di Denmark pula menyaksikan satu pingat perak dikutip menerusi Azizulhasni dalam acara keirin. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Tiga medan jadi taruhanSHAKIRIN menjadi sandaran Malaysia pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan. SKUAD ping pong negara akan menyertai tiga kejohanan antarabangsa sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia dari 11 hingga 25 November depan. Pengarah Eksekutif Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM), Soong Poh Wah berkata, tiga kejohanan tersebut adalah Kejohanan Individu Dunia di Rotterdam, Belanda (8-15 Mei), Kejohanan Antarabangsa Golden Racquet di Ho Chi Minh, Vietnam (14-18 Julai) dan Kejohanan Asia di Beirut, Lubnan dari 12 hingga 18 September. "Ketiga-tiga kejohanan tersebut sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA dengan sasaran kita sekurang-kurangnya meraih satu pingat gangsa pada temasya itu nanti," kata Poh Wah semalam. Beliau berkata, pada kejohanan di Belanda itu, dua pemain wanita, iaitu Beh Lee Wai dan Chiu Soo Jiin dan pemain lelaki, Mohd. Shakirin Ibrahim akan menggalas cabaran negara walaupun sedar peluang untuk meraih pingat adalah tipis. "TTAM tidak meletak sebarang harapan untuk memenangi pingat pada kejohanan itu memandangkan saingan peserta dari negara-negara Asia dan Eropah pasti hebat," jelasnya. Bagaimanapun, beliau berharap ketiga-tiga pemain negara itu dapat melepasi pusingan kelayakan dan beraksi pada pusingan pertama. Poh Wah berkata, sebagai memantapkan persediaan ke Sukan SEA, skuad negara kini dilatih oleh jurulatih baru dari Korea Utara, Kim Jae Su yang menggantikan jurulatih China, Hao Pei Shu. "Jurulatih itu (Jae Su) turut dibantu bekas pemain kebangsaan Korea Utara, Ju Se-il dan Ri Kwang-il untuk memantapkan lagi tahap kemahiran pemain negara," katanya. Beliau berkata, pihaknya masih dalam perancangan untuk menghantar skuad negara berlatih di luar negara seperti tahun lepas di China. Bagaimanapun, TTAM masih perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) yang menanggung segala perbelanjaan atlet mereka. Pada Sukan SEA nanti, TTAM akan menghantar lapan atlet, empat lelaki dan empat wanita. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan