Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Bisa Persie, Suarez

Posted: 16 Apr 2011 02:12 PM PDT

Sukan

ROBIN Van Persie (kiri) dan Lussuarez

ROBIN Van Persie (kiri) dan Lussuarez

Wenger bimbang Liverpool kian garang

LONDON: Arsenal ada peluang mencabar genggaman kuat Manchester United ke atas buruan mahkota kejuaraan untuk seminggu lagi tetapi mereka terlebih dahulu perlu berdepan Liverpool yang sudah kembali berse­lera bagi pertemuan getir di Stadium Emirates, hari ini.

Dua bulan lalu barisan didik Arsene Wenger berdepan prospek memburu empat gelaran dan kekalahan kepada The Reds pimpinan Kenny Dalglish akan mengesahkan penantian lama Gunners masuk musim ketujuh. Arsenal pasti akan memikirkan kehebatan Liverpool menewaskan Manchester City, Isnin lalu dengan dua bintang baru - Andy Carroll dan Luis Suarez tampak sudah membantu gan­dingan berbisa menggegar gawang.

"Tiada sebab Liverpool tak mampu menang di sana. Kami semua yakin dapat menewaskan Arsenal," kata Carroll yang makin panas selepas menjaringkan dua gol menewaskan City.

Wenger turut akur akan hakikat itu ketika mereka dicengkam buruan mata penuh di halaman sendiri.

"Liverpool memiliki jentera sera­ngan baik dengan Carroll dan Suarez. Kami juga pasukan yang menyerang dan ini akan membuat perlawanan ini menarik," katanya. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Rahsia' Misbun

Posted: 16 Apr 2011 02:11 PM PDT

Sukan

pix_gal0
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM), semalam mendedahkan 'rahsia' kontrak baru ditawarkan kepada Datuk Misbun Sidek - jurulatih yang memiliki sentuhan emas itu tidak lagi membimbing Lee Chong Wei, sebaliknya akan mengendalikan skuad pelapis.

Begitupun, badan induk itu menegaskan keputusan dibuat bukan dipengaruhi atau desakan pemain nombor satu dunia itu, sebaliknya selepas mengambil kira pendapat semua pihak termasuk penaja dan Majlis Sukan Negara (MSN).

"Keputusan ini bukan disebabkan 'faktor Chong Wei', tetapi demi kepentingan negara kerana selepas Chong Wei bersara selepas Sukan Olimpik 2012 kita tidak mempunyai pelapis menggantikannya dan sentuhan emas Misbun amat ditagih. "Jadi, tugas membimbing Chong Wei bagi menghadapi London 2012 akan digalas ketua jurulatih Rashid Sidek dan Tey Seu Bock," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) BAM di Bukit Kiara, semalam.

Chin Chai berkata, bagaimanapun Misbun belum memberi jawapan terhadap tawaran kontrak baru itu dan dia diberi masa sehingga sebelum 28 April sebelum dibincang dan disahkan dalam mesyuarat Exco.

"Ketika ini terdapat sembilan pemain dalam skuad pelapis yang dibimbing Hendrawan dan kita akan berbincang membahagikan skuad itu kepada dua kumpulan untuk dibimbing oleh Misbun dan Hendrawan," katanya.

Ketika ditanya sama ada Misbun akan membimbing anaknya Mohd Ramdan yang menjadi antara sembilan pemain dalam skuad berkenaan, Chin Chai menjawab ringkas: "ada kemungkinan."
Sementara itu, Chin Chai berkata, pihaknya melantik jurulatih Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Chi Shan Rong mengisi tempat Wong Tat Meng melatih skuad wanita negara dan Wong Mew Choo pula mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.

"Mesyuarat juga sudah menyenaraikan enam pemain lelaki dan enam pemain wanita diketuai Chong Wei bagi mengibarkan cabaran negara dalam pertandingan berpasukan campuran Piala Sudirman dari 22 hingga 29 Mei di Qing Dao China," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen