Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Lunas dendam di Bernabeu

Posted:

Lunas dendam di Bernabeu

Lunas dendam di Bernabeu


penentuan siapa lebih hebat di antara jurulatih Real Madrid Jose Mourinho (kanan) dan rakan sejawatnya di Barcelona, Pep Guardiola akan terjawab hari ini apabila kedua-dua pasukan berentap pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid. - REUTERS


MADRID - Memori pahit terlepas trofi Piala Raja Sepanyol minggu lalu masih segar dalam ingatan. Ini membuatkan Barcelona semakin membara untuk menebus kekalahan ke atas Real Madrid pada pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, hari ini.

Ia merupakan pertemuan kali ketiga kelab gergasi Sepanyol itu selepas harapan Barcelona untuk mengekalkan rekod cemerlang di Bernabeu dileburkan Real dengan keputusan 0-1 pada perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol, lima hari lalu.

Kemenangan Real ke atas Barcelona minggu lalu juga adalah kejuaraan pertama yang diperoleh Jose Mourinho sejak bergelar pengurus pasukan tersebut.

"Kami boleh mengatasi mereka lebih daripada dua perlawanan dan kami telah pun melakukannya.

"Tidak ada sebab kami tidak boleh menewaskan mereka dalam saingan Liga Juara-Juara kerana kami baru sahaja menewaskan mereka,'' kata Mourinho.

Sejarah di Madrid menunjukkan kelebihan memihak kepada Real berbanding Barcelona dalam dua pertemuan separuh akhir iaitu pada Piala Eropah 1960 dan Liga Juara-Juara 2002, yang menyaksikan Real dinobat sebagai juara.

Barcelona telah melalui saingan separuh akhir Liga Juara-Juara sebanyak empat kali dengan cemerlang sejak di bawah bimbingan jurulatih Pep Guardiola dan kini pasukan tersebut berharap mampu untuk meneruskan kejayaan pada perlawanan hari ini.

Dalam saingan La Liga Sabtu lalu, Barcelona mengekalkan kelebihan lapan mata daripada Real selepas menewaskan Osasuna 2-0.

"Kami mahu ke Madrid dengan semangat membara dan kami percaya sepenuhnya dengan keupayaan sendiri.

"Kami akui Madrid akan menjadi pilihan dan kami akan memanfaatkan kelebihan beraksi di Bernabeu untuk melakukan lebih banyak serangan, menjaringkan gol dan berusaha untuk mendapatkan kemenangan,'' kata Guardiola.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi menjaringkan gol ke-50 musim ini sekali gus berupaya menyaingi rekod rekod terbaik iaitu 49 gol semusim yang dilakar legenda Real Madrid, Ferenc Puskas.

Jaringan Messi dan David Villa sewaktu menentang Osasuna menunjukkan prestasi kedua penyerang tersebut berada pada tahap yang terbaik untuk menghadapi perlawanan hari ini.

Bagaimanapun, kecederaan Adriano, yang masih belum pulih membuatkan Guardiola terpaksa mencari pemain yang sesuai untuk mengawasi posisi pertahanan dan pemain yang diramal akan mengalas tugas tersebut ialah Carles Puyol dan Eric Abidal yang baru pulih daripada kecederaan.

Dalam pada itu, Real mempunyai kelebihan apabila penyerang Argentina, Gonzalo Higuain dan pemain perancang Kaka kembali beraksi selepas berehat panjang.

"Dia (Kaka) adalah pemain yang sungguh mengagumkan dan corak permainannya juga sungguh hebat,'' kata Mourinho. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu, Kelantan himpit Selangor

Posted:

Terengganu, Kelantan himpit Selangor

Terengganu, Kelantan himpit Selangor


Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) mengelak asakan pemain pertahanan Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam. - UTUSAN/ Aizzul A.Majid


KUALA LUMPUR - Terengganu merapatkan jurang satu mata dengan Selangor dalam carta bola sepak Liga Super selepas pendahulu liga itu kecundang 1-0 kepada Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam.

Kegagalan Merah Kuning menembusi kubu Wira Merah, turut membantu Si Penyu yang diterajui Irfan Bakti Abu Salim kekal mengekori di tangga kedua dengan 31 mata setelah menumpaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Jaringan tunggal hasil tandukan penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha seawal minit kelima, sudah memadai untuk menghampakan anak buah K. Devan tetapi masih mengekalkan Kelantan di tangga ketiga dengan 30 mata.

Pemain Terbaik Liga-M 2010 itu menanduk menewaskan penjaga gol Saiful Amar Sudar, selepas menyambung tandukan awal ketua pasukan, Badri Radzi di dalam kotak penalti yang berpunca daripada lontaran ke dalam.

Menambah tiga mata dengan menewaskan Kuala Lumpur 5-3 di Stadium Perak, Ipoh, Perak pula melonjak ke tangga keempat liga sambil memintas Kedah, yang kini diterajui bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan.

Gol Seladang dihasilkan oleh Razali Umar Kandasamy, gol sendiri Ahmad Dasila Tajuddin, Fazrul Hazli, Shafiq Jamal dan Nor Hazrul Mustafa manakala pelawat membalas menerusi See Kok Luen, Ahmad Hazwan Bakri dan Khairul Anuar Shafie.

Indra Putra Mahayuddin, Shamsul Kamal Mohamad dan Zairo Anuar Zailani menghampakan Wan Jamak dan Si Kenari 3-1 dengan gol buat T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Sayap kanan, Baddrol Bakhtiar menyumbat gol tunggal Kedah sejurus sebelum tamat babak pertama tetapi belum cukup untuk mengelak kekalahan itu dan kejatuhan Kedah ke tangga kelima liga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan