Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


United gelisah

Posted: 07 Jun 2011 03:25 PM PDT

LONDON: Ketika situasi tampak samar-samar, sama ada akan mendapat khidmat perancang Inter Milan, Wesley Sneijder - Manchester United kini 'terjerat' dengan satu lagi situasi terbaru.

Mereka tertekan melihat gelagat Real Madrid yang mahu memancing ayam tambatan mereka, Javier Hernandez sehingga sanggup meningkatkan tiga kali ganda gaji mingguan kepada £75,000 (RM367,500).

Lebih menyakitkan Real meminta United meletakkan harga jualan mereka untuk penyerang lincah bergelar 'Chicharito' atau Little Pea itu yang kini antara pemain paling terendah bayaran iaitu £25,000 (RM122,500) seminggu.

Sebelum ini, United dan Manchester City bersaing untuk menandatangani Sneijder, 27, yang menyatakan hasrat untuk berpindah dari Inter musim panas ini dan menjadikan England tempat barunya beraksi.

Pengurus United Alex Ferguson sudah memburu untuk mendapatkan khidmatnya setiap tahun dan percaya Sneijder adalah calon terbaik dan sempurna untuk menggantikan Paul Scholes di Old Trafford.

Tetapi tuntutan Sneijder yang mahukan gaji £200,000 seminggu (RM980,000) sukar dipenuhi United, sekali gus menyaksikan Chelsea kini pilihan terbaiknya berbanding City.

Ketika Chelsea yakin dapat memikat Guus Hiddink sebagai bos mereka minggu depan, The Blues menyertai persaingan bernilai 30 juta pounds (RM147 juta) untuk mendapatkan Sneijder - atas nasihat jurulatih itu. - Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Jacky chan

Alaaa M.U dah jumpa Barcalona baru padan muka. baru tau langit rendah tau tinggi.Asal kalah jer salah kan mutu pengadilan...apa baranggg

mokhtar nordin

real madrid tumpang tuah MU,mana-mana pemain yang alex pilih itulah juga yang di mahunya.pecat jak jurulatih real madrid tu.apa2pun MU hebat

otai 2

chelsea,macam tin kosong je bendentam dentum tapi satu piala pun xdpt,harap belanja je besar,hahahahaha

duit bukan segala-galanya...Segala companies brmula dgn duit nk buka bisnes..Lu Pikir la Sndiri..assalam

gth

Persaingan membeli pemain tengah rancak... membeli pemain mahal kadang kala atas dasar populariti..walaupun dibeli mahal, mungkin income dalam jualan tiket, jersi dan sebagainya berlipat kali ganda. seperti Becham dahulu, walaupun dibeli dengan harga mahal..tetapi INCOME kelab hasil pembelian lebih banyak diperolehi. Yang tidak faham akan mengatakan rugi..yg melihatnya pada situasi lain ia adalah keuntungan kelab. Komen megikut perasaan memalukan kerana bukan itu semangat kesukanan tetapi itu semangat tahi ayam keatas kelab tertentu saja

Rooney

Team lain semua nak tunggu ada star baru kat dlm team MU baru semua nak beli...Apa jadi dgn C7? Bila dah femes baru semua nak beli. Skrg ni semua nak beli Hernandez pula!! confirm semua team tak tau nak cari player baru yg bagus...Semua nak tunggu MU!!!!!!!

awaladdin

MU x kuat,lawan Barcelona kena ayam...ahahaha

mancis

walaupon tidak mampu berbelanja tinggi, tp masih mampu berada di puncak lagi.. lebih baik dr berbelanja tinggi, tp tak kemana2..

Farid Alma insyirah

MU xde star pn leh mng EPL...xmcm chelsea dgn city yg byk duit tp xkuat mne pn...

jemblock

MU x perlu b'belanja besar. Dgn pemain yg ada pun dh ckup utk jd champion BPL. Yg penting stratergy ketika permainan. Kekalahan kpd barcelona adalah kesilapan stratergy dan kesebelasan utama yg d turunkan. apepun barcelona tetap terbaik.

amer hasin

MU nampak pontensi seseorang pemain muda...dan mengasah bakat seseorang sehingga menjadi seorang pemain yang menjadi rebutan pasukan2 lain..

azulgrana

madrid bnyk membazirkn wang rakyat..patutlah lauk..duit x berkat..hu3

chicharito

biar pun MU tak mampu membeli pemain yang mempunyai harga mahal, tetapi sudah cukup MU membeli pemain murah tetapi berbakat tinggi..seperti Javier 'Chicharito' Hernandez yang berharga sekitar 6juta pound boleh menyumbat 20 gol..apa lah sangat jika dibanding dgn Fernando Torres yang dibeli dengan harga 50juta pound tetapi hanya menyumbat 1 gol..gol itu diraikan seperti Torres telah menjaringkan sebanyak 100 gol..

Bakar

MU tidak perlu membeli pemain bertaraf bintang... kerana MU tempat melahirkan pemain bertaraf bintang... hanya cukup dengan percaturan strategi bijak alex ferguson...

Ronney

man u tak perlukan pemain yg star-star...hanya cari player muda yg berpotensi untuk jadi star je...chealsea langsung tak pernah create new star, tetapi beli star yg sedia ada..kalau selalu beli player yg star2 maka team anda akan jadi mcm man.city, real madrid,liverpool,chelsea...habis juta-juta tetapi satu cup pun tak dpt.. glory united glory

nazri naz

walaupun man utd tidak mampu berbelanja tinggi...tetapi kemenangan yang penting dan sudah di buktikan 19 kali kejuaraan...tengok chelsea beli torres bernilai 50juta,hanya beberapa kali saja menjaringkan gol...chelsea tidak pernah memenangi kejuaraan eropah...hihihi...

MARLIYANATEH

MU MAHUKAN PEMAIN YG BOLEH BERAKSI DENGAN CEMERLANG DENGAN MENGGUNAKAN KOS YG BERPATUTAN. CONTOHNYA HERNANDEZ :) TIDAK SEPERTI KHIDMAT TORRES TERHADAP CHELSEA...HARAP JE MAHAL,APA PON TARAK!!!

yela 2..

2la satu cara pngurusn yg btl,beli player pd hrge rendah,tp stil g juara liga..then kalo kelab lain nk beli player 2,bleh jual pd hrga tgi,untung yg pnting..diaorg smua psl bisnes,psl duit..tp kalo bleh menang liga lg,korg pk r sdiri..cuma nk beat barca liga juara mmg xdpt r..hahaha..

zakari

united tak perlu takut-takut..hernandez tak minat real..

roy0426

memang MU tak mampu berbelanja tinggi tp mmpu mpunyai kualiti yg trsndri brbndg dgn klb yg kaya tp kptsn entah ke mna..glory MU

shamsso

tanpa banyak berbelanja pun MU tetap dapat merangkul kejuaraan berbanding team2 lain yang berbelanja berbilion..

merak

woi otai potai hang jgn sibuk nk kaji team MU

aban dick

go real go!!!!
mU musim depan korg kalah..

Raikoken

Sbb MU mampu melahirkan pemain berstatus bintang.. bukan beli pemain bintang... tp menang gak lawan Chelsea.. Ekekekeke...

peminat mu

MU dapat mencari pemain yang terkenal tetapi akhirnya menjadi bintang bola sepak terkenal dunia

sendoh

buat apa beli pemain mahal2 tp xbleh bg kejayaan..sorry ye chelsea fan huhu

rfish

memang Mu tdk mampu berbelanja besar membeli pemain mahal.. tapi terbukti tanpa kehadiran pemain mahal kelab ini masih mampu konsisten.. tidak seperti chelsea asyik beli pemain mahal tapi hasil tak seberapa.. peace

rashid

Harap2 MU tak menjual CHICHARITO kerana ia adalah aset penting buat MU.

yie

Otai: tak pe MU tak brbelanja tinggi pun.. asalkan jadi juara... belanja besar-besar pun tak jadi juara.. buat ape..abiskan bores aje

nishqal17

Buat apa beli mahal2 klu tak mapu menjulang sebarang piala..MU FOREVER!!!

orangkecil

Harap2 Liga super Malaysia dapat melahirkan lebih ramai lg pemain bola sepak profesional yang berdaya saing dan mempunyai kekuatan mental yg kuat

otai 2

chelsea bukanlah pasukan yang mampu berbelanja tinggi,hanya mampu tukar2 pengurus je,hahahaha

Otai

MU bukanlah pasukan yang mampu berbelanja tinggi. Hanya mampu beli pemain yang pasukan lain tak mahu sahaja.

zaihan mohd haris

terbaik la chelsea....go chelsea...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemboja benam skuad Olimpik

Posted: 07 Jun 2011 03:24 PM PDT

Sukan

SKUAD Olimpik negara menerima tamparan hebat selepas kecundang 0-1 kepada Kemboja dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Olimpik Phnom Penh,semalam - kira-kira 10 hari lagi menjelang perlawanan pra-Olimpik menentang Lubnan.

Jelas sekali kelebihan fizikal, stamina dan pengalaman milik skuad negara bimbingan Ong Kim Swee itu gagal dimanfaatkan sebaliknya tunduk kepada aksi lincah pemain tuan rumah.

Walaupun mengawal hampir keseluruhan permainan yang diiringi hujan lebat pada 20 minit terakhir, kepantasan barisan depan Kemboja melakukan serangan balas menjadi racun buat pelawat. Skuad negara ketinggalan 0-1 pada minit ke-10 hasil permainan pantas tuan rumah yang berpunca daripada gerakan solo Kouch Sokumpheak sebelum dia merembat deras melepasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (kiri).

Selepas rehat, Malaysia memulakan permainan dengan lebih terkawal tetapi beberapa hantaran kurang tepat menyaksikan lawan mudah memintas bola dan melakukan serangan balas.

Namun ketenangan Fadhli Shas dan Muslim Ahmad mempertahankan kubu negara berjaya menafikan beberapa percubaan Kemboja.

Pujian bagaimanapun harus diberikan kepada anak buah Kim Swee yang berjuang hingga ke minit-minit terakhir walaupun terpaksa bermain dengan keadaan padang yang becak dan bertakung.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan