Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Kami tidak akan gadai maruah’

Posted: 09 Jun 2011 03:29 PM PDT

Sukan

PENYOKONG skuad Terengganu, Mazlizawati Mohamed, 19, memerhati logo penyu yang dicukur di kepala penyokong Kelab Peteh, Shaari Abdullah, 39, sempena persiapan perlawanan akhir Piala FA Terengganu menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jali, esok. - Foto Rozainah Zakaria

PENYOKONG skuad Terengganu, Mazlizawati Mohamed, 19, memerhati logo penyu yang dicukur di kepala penyokong Kelab Peteh, Shaari Abdullah, 39, sempena persiapan perlawanan akhir Piala FA Terengganu menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jali, esok. - Foto Rozainah Zakaria

Khabar angin bertiup kencang Red Warriors akan serah mahkota Piala FA kepada Terengganu

"KAMI tidak akan menggadaikan maruah." Itulah tekad dilaungkan skuad Kelantan ketika ada khabar angin bertiup kencang menyebut skuad Red Warriors itu akan menyerahkan mahkota kejuaraan Piala FA kepada pasukan tetangga, Terengganu dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.

Menjelang bahang saingan membabitkan dua finalis dari pantai Timur buat julung kali ada ura-ura bahawa anak didik DatukM Karathu mahu memberi trofi berkenaan kepada lawan dengan sifat yakin gelaran Liga Super akan menjadi milik mereka, musim ini.

Tambah menarik 'seperti ada komplot' untuk berkongsi gelaran secara seimbang bagi mengekalkan kuasa bola sepak di sebelah timur semenanjung. Apa pun, pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata mereka tidak akan mensia-siakan perjuangan selama ini untuk mara ke final sebaliknya mendakwa khabar angin itu dicipta bagi melemahkan semangat Red Warriors merangkul Piala FA buat julung kali.

"Kami tidak akan menggadaikan maruah pasukan. Ini sudah pasti," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, malam semalam.

"Kita dapat lihat semua pemain tiba-tiba bersemangat luar biasa dan menunjukkan komitmen baik ketika sesi latihan. Ini menunjukkan mereka begitu mahukan kemenangan."

Azman berkata, Karathu sedang bekerja keras melatih dan memilih pemain terbaik bakal disenaraikan sebagai kesebelasan utama dan segala usaha ditunjukkan itu adalah mustahil Kelantan akan menyerah dengan mudah.
Katanya, kemenangan ke atas Terengganu Isnin lalu dalam saingan Liga Super memberi keyakinan kepada pemain untuk beraksi di final Piala FA, namun tetap diingatkan tidak memandang mudah kemampuan pihak lawan.

"Semua pihak bekerja keras dalam memastikan usaha yang dilakukan membuahkan hasil pada hari perlawanan dan ini bukti kami tidak main-main untuk mengejar kejayaan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

bb

Jgn main-main pada final, penonton saggup datang memberikan sokongan n jika perlawanan diatur untuk kalah pasti pasukan akan dipulau nanti. Jaga penonton tunjukkan prestasi jgn bermain dengan reputasi.

mat nie

main molek set kelate. jangan cepat panas barang.mesti pihak lawan akan buat gimik untuk panaskan permainan. hindari kad merah dan cas geting.. slmt berjaya

rudhi

aku suka bola sepak malaysia.aku yakin kelate hebat.piala liga super piala fa.aku pasti ada di kelantan .pemain kelate semagat kuat untuk mencipta nama.

fardezy

kemah ngak penyu tu...hehehe

hisyam

Maruah puluhan ribu penyokong kelantan pun kena lihat sama.Mereka ini menaruh harapan tinggi. Biarlah KALAH sebagai lelaki sejati.Kalau nak sedekah pun biarlah pada yang layak.

wwe

red warriors tidak berfikir pendek. janji dunia lot bangalo sudah diberi, mungkin ada lagi dari kerajaan negeri. janji akhirat Allah akan memberi ganjaran kpd orang yg membuat kerja secara bersungguh-sungguh dan terbaik.

Yangretibase

Pada firasat saya, Terengganu akan kecundang 1 - 2 kepada Kelantan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nilai Neymar RM200 juta

Posted: 09 Jun 2011 03:27 PM PDT

Sukan

Neymar

Neymar

LONDON: Chelsea terpaksa membayar £41 juta (RM200 juta) jika mengidamkan khidmat bintang Brazil, Neymar.

Amaran itu hadir daripada ejen penyerang muda itu, Wagner Ribeiro yang mendakwa semua kelab ternama dunia kini hangat memburu mutiara baru itu bagi musim baru.

"Tahun lalu Santos menerima tawaran £32 juta (RM156 juta) daripada Chelsea tapi ia ditolak. Kini dia hanya meninggalkan kelab jika ada tawaran tidak kurang daripada £41 juta.

"Neymar seperti Messi. Dia akan menjadi pemain terbaik dunia tidak lama lagi kerana dia berbeza daripada pemain lain.

"Dia hanya 19 tahun dan kelab besar sudah mahu mengejarnya." Selain Nyemar, Chelsea juga mahu melengkapkan pembelian mendapatkan Romelu Lukaku, 18, yang dikatakan bernilai £20 juta (RM100 juta) minggu ini serta rakan senegaranya dari Belgium, Kevin de Bruyne. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen