Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Rasuah cetus semangat

Posted: 17 Jun 2011 10:59 AM PDT

Sukan

Mohd Safiq Rahim

Mohd Safiq Rahim

Safiq dan Harimau Malaya mahu bukti dakwaan itu tidak benar malam ini

DAKWAAN rasuah dilontar ke atas skuad Harimau Malaya hanya akan menguatkan lagi semangat sepasukan untuk membuktikan tanggapan itu salah.

Firasat itu diluahkan kapten pasukan, Mohd Safiq Rahim yang bertekad memimpin pasukan merakamkan kemenangan ke atas Myanmar dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini. Penyerang skuad Selangor itu menyuarakan rasa sedih kenyataan tempoh hari yang ditakrif olehnya sebagai 'menghina pengorbanan pemain' selama ini.

"Saya dan rakan sepasukan sedih kerana kami sudah mengerah tenaga di padang untuk negara yang kami sanjung dan sayangi ini," katanya sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang menyebut pemain Harimau Malaya dan skuad Olimpik sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegiatan rasuah dan mengatur perlawanan.

Dia juga kecewa dengan dakwaan tidak benar itu yang dibuat tanpa sebarang bukti.

Apapun, Safiq menyuarakan betapa dia dan rakan sudah bersedia menggalas tanggungjawab diberi ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal memastikan Malaysia mencipta kemenangan, malam ini dan berjanji memberi aksi terbaik untuk menidakkan segala tanggapan negatif terhadap skuad negara.
"Saya sedia memikul harapan rakyat Malaysia memastikan pasukan negara tidak dikecewakan malam ini," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

syed azwan

tidak patut menuduh skuad Harimau Malaya dalam terlibat dalam rasuah.jangan hncurkan bolasepak yang sedang di kemuncak.

azri

Buktikan anda bebas rasuah

syah

Buktikan pada mereka malam ini...kuatkan semangat ..kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong

Gri Margono Selamat

selamat berjuang harumkan nama negara, saya sentiasa menyokong skuad kebangsaan sejak dulu lagi, jangan pandang belakang lagi, ayuh kita tempur segala halangan dan cabaran sehingga ke titisan keringat terakhir..selamat berjuang

Suhaimi

GO Malaysia!!! Malaysia Boleh!!!

wwe

"Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya"(HR Ahmad)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saya pentingkan pasukan: Kim Swee

Posted: 17 Jun 2011 10:58 AM PDT

Sukan

"SAYA tidak bimbang status saya ketika ini," kata Ong Kim Swee menjelang pertemuan getir skuad Olimpik menentang Lubnan pada pusingan kedua kelayakan di Beirut, esok.

Ketua jurulatih itu sebaliknya menyerahkan kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat penilaian sama ada dia akan dikekalkan atau pun sebaliknya.

"Bagi saya perkara itu tidak penting sekarang kerana kita belum pun lagi mengharungi kedua-dua perlawanan peringkat pusingan kedua ini. "Apa yang menjadi kepentingan bagi saya adalah menyediakan pasukan yang mampu memberi saingan sengit kepada lawan yang jauh lebih kuat," kata Kim Swee yang tiba bersama skuad 21 pemain di Beirut, malam tadi.

Sebelum ini, skuad Harimau Muda A itu tewas 0-1 kepada Kemboja dan 0-4 kepada Qatar dalam siri persahabatan antarabangsa.

Kim Swee yang sebelum ini mengakui saingan peringkat Liga Super saja tidak mencukupi untuk menyediakan pemain muda mengharungi saingan peringkat antarabangsa, tidak terkejut dengan beberapa keputusan perlawanan persahabatan membabitkan skuadnya.

"Memang jika diberi pilihan, saya memilih mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan antarabangsa," kata Kim Swee. "Hanya perlawanan begini akan memberi pendedahan sebenar kepada pemain membentuk pasukan mantap.
"Memang keputusan menentang Qatar mengecewakan. Pertemuan dengan Lubnan adalah masa sesuai untuk pemain membuktikan kekuatan sebenar." Pencapaian Kim Swee membawa skuad Olimpik negara ke pusingan kedua kelayakan dianggap membanggakan dan jika dapat mengatasi halangan Lubnan, ia adalah satu bonus.

Selepas ini, Kim Swee berdepan satu lagi ujian getir - mempertahankan pingat emas di Sukan Sea Palembang November ini. Selain misi negara, jurulatih berusia 40 tahun itu turut memastikan skuad Harimau Muda A menduduki tangga keenam daripada 14 pasukan dalam penampilan pertama Liga Super.

Apapun selepas dua kemenangan di peringkat Asia Tenggara, peminat bola sepak negara mula memasang angan-angan melihat skuad negara beraksi di Sukan Olimpik 2012 dan Piala Dunia 2014.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen