Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Misi getir Kim Swee

Posted: 20 Jun 2011 04:44 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Baki 90 minit bakal gamit minda pemain tentang Lubnan di Bukit Jalil

ONG Kim Swee harus ceria kerana apa disasar di Lubnan sudah tercapai - iaitu mahu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Namun, ketua jurulatih Harimau Muda itu akur apa dicapai pada 90 minit permainan di Beirut belum cukup sambil mentakrif baki 90 minit saingan dalam perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Olimpik di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini akan menjadi lebih getir.

"Sasaran kita sudah tercapai. Tapi ingat kita perlu teruskan lagi usaha gigih di Kuala Lumpur nanti untuk memastikan kemenangan memihak kita di laman sendiri," katanya yang sudah mula tampak yakin tiket ke pusingan ketiga seperti bakal dimiliki skuad Olimpik negara. Dalam perlawanan pertama di Beirut, pasukan negara seri 0-0 dengan bisa serangan mula terjelma pada babak kedua yang harus dapat disambung di Bukit Jalil nanti.

Sementara itu, jurulatih Lubnan, Samir Saad tetap memuji daya juang tinggi ditonjolkan skuad pimpinan Kim Swee, kelmarin.

"Malaysia mempamerkan sistem permainan baik dan disiplin tinggi dalam pertahanan. Ini menyukarkan kami mencipta peluang," kata Samir. "Tetapi saya harap di Kuala Lumpur nanti permainan mereka lebih terbuka dan kami akan berpeluang menjaring gol."


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Padah kad merah - potong gaji, bonus

Posted: 20 Jun 2011 04:43 PM PDT

Sukan

ANDAI ada pemain Terengganu dan T-Team dilayangkan kad merah dalam perlawanan bola sepak Liga Malaysia nanti, gaji serta bonus mereka akan dipotong tanpa sebarang ihsan.

Ketika gejala mengatur perlawanan didakwa sudah kembali menular, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) amat serius dalam konteks ini tetapi menegaskan hukuman berkenaan hanya akan dibuat selepas mendapati pemain benar-benar sengaja melakukan kesalahan terkutuk itu.

"Bagi menjaga nama baik pasukan negeri, saya mengarahkan PBSNT menjalankan siasatan terhadap pemain yang menerima kad merah untuk memastikan mereka tidak sengaja melakukan kesalahan itu. "Tetapi, jika sengaja mendapatkan kad merah, pemain terbabit boleh dihukum seperti gaji atau bonus dipotong," Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, semalam.

Beliau yang juga Presiden PBSNT berkata langkah drastik itu bagi memastikan setiap pemain memberi komitmen tinggi kepada pasukan dan tidak menjejaskan semangat juang rakan sepasukan dalam sesuatu perlawanan dihadapi.

"Jika kita tengok pemain kelab bola sepak profesional luar negara, mereka takut apabila dapat kad merah, hukumannya adalah bonus dan gaji mereka akan dipotong," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen