Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ledak gol awal: Apek

Posted: 21 Jun 2011 05:31 PM PDT

Sukan

SKUAD bola sepak Lubnan tiba di KLIA semalam untuk menjalani sesi latihan dan perlawanan kelayakan kedua Olimpik bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

SKUAD bola sepak Lubnan tiba di KLIA semalam untuk menjalani sesi latihan dan perlawanan kelayakan kedua Olimpik bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kapten skuad Olimpik percaya jaringan pantas mampu sentap Lubnan esok

ANDAI gol awal mampu diledak membolosi gawang Lubnan, peluang Malaysia layak ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik adalah cerah.

Itulah firasat diluahkan kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat yang mahu rakan sepasukan, khasnya jentera serangan tampil memburu jaringan awal dalam perlawanan kedua, pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.

"Kami sudah bersedia mengasak kubu lawan cari gol awal dan ketika sama akan mengawal ketat benteng pertahanan," kata penjaga gol utama dari Kelantan itu. "Saya dan semua rakan sepasukan bertekad mahu memburu kejayaan menentang Lubnan di gelanggang sendiri. Kami tidak rela menghampakan semua penyokong negara dan berazam layak ke pusingan ketiga sebagai hadiah kepada seluruh rakyat Malaysia."

Khairul Fahmi atau lebih popular dengan panggilan Apek tidak menafikan misi utama skuad Olimpik negara adalah untuk menang mengerti lawan akan bangkit menghampakan mereka selepas seri 0-0 dalam perlawanan pertama, Ahad lalu.

Dia mengulangi betapa sokongan penyokong tempatan amat diharapkan dapat membanjiri Stadium Nasional malam esok bagi tujuan menyuntik semangat kepada skuad muda negara berjuang dan menghalang kemaraan lawan pimpinan Samir Saad.

Pada pusingan pertama Mac lalu, pasukan kendalian Ong Kim Swee itu menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 untuk memburu laluan ke Sukan Olimpik.
Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Khairul menasihatkan rakan sepasukan sentiasa bersedia khususnya di bahagian serangan bersiap bersedia mengaut peluang depan mata.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

paul ikom

Hidup Malaysia..kami tetap sokong anda sampai bila2.

wan_ganu95

malaysia boleh go malaysia we are the champion

pokjat

harap jgn lepaskan peluang main tempat sendiri,pertahanan jgn leka,kalau boleh masukan awal wan zaharul n shahrul azwari untuk ganti izzat faris,permainan izzat cukup lemah terlalu lambat x sesuai di peringkat tertiggi yg memerlukan kepantasan,harap malam ni shahrul n wan zaharul,wan zack akan mjaringkan gol awal bagi melemahkan semangat pasukan lubnan seterusnya mendapat kemenangan.

pokjat

harap jgn lepaskan peluang main tempat sendiri,pertahanan jgn leka,kalau boleh masukan awal wan zaharul n shahrul azwari untuk ganti izzat faris,permainan izzat cukup lemah terlalu lambat x sesuai di peringkat tertiggi yg memerlukan kepantasan,harap malam ni shahrul n wan zaharul,wan zack akan mjaringkan gol awal bagi melemahkan semangat pasukan lubnan seterusnya mendapat kemenangan.

segala yang dirancang oleh FAM nampaknya semakin banyak membuahkan hasil, insyaallah bolasepak kita akan ke olimpik,tahniah FAM

zan2gt

selamat berjuang..semoga dapat tewas kan lubnan,penyerang perlu lebih kreatif ...hidup harimau malaya

syam KPKK

semoga berjaya Malaysia...Marilah kita memenuhi stadium Bukit Jalil..

pak aja

harap barisan serangan bergerak dgn lbh pantas dn cipta pluang yg bnyk utk jaringan..kalu pluang bnyk mesti ada gol..yes!! harimau mesti garang.. gRRRRR...

Zulhaimee Zubit

Malaysia mampu melakukannya. Kawe caya demo Apek. Malaysia Boleh

Mohd Nazir Bin Sukaimi

Malaysia boleh! Semoga berjaya.

mirsa

Pastikan Pertahanan Tidak Leka, sentiasa berwaspada ,pasti barisan depan lebih bersemangat untuk menjaringkan gol dan berjaya kepusingan ketiga Insaallah!

Angah Cipuddin

Good Luck Team Malaysia...Sokongan Kami Tetap Padu Diiringan Doa Kemenangan....InsyaAllah


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Villas Boas hampiri Chelsea

Posted: 21 Jun 2011 05:26 PM PDT

Sukan

pix_gal0
LISBON: Jurulatih Porto, Andre Villas Boas kini menghampiri jangkaan berpindah ke Chelsea untuk aksi Liga Perdana Inggeris selepas dia meletakkan jawatan, semalam selaku pengurus pasukan kelab berkenaan yang muncul juara Liga Europa, baru-baru ini.

"Porto sudah diberitahu akan hajat jurulatih, Andre Villas Boas dan dia akan dibebaskan sebaik membayar sendiri klausa dalam kontrak kepada kelab itu yang bernilai A$21.52 juta (RM64 juta)," menurut kenyataan kelab Portugal itu.

Bulan lalu, Villas Boas berkata masa depannya terikat dengan Porto. Dia kini muncul jurulatih termuda memenangi kejohanan kelab Eropah apabila Porto menewaskan kelab senegara, Braga untuk menjulang Piala Europa. Pernah bekerja dengan Jose Mourinho, dia kini bakal memegang 'jawatan panas' di Stamford Bridge selepas Carlo Ancelotti dipecat. - Agensi'
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan