Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Impian menyala

Posted: 29 Jun 2011 10:02 AM PDT

KEPUTUSAN ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi harus menerbitkan sedikit perasaan gelisah buat skuad Harimau Malaya walaupun bermula dengan langkah kanan menewaskan Taiwan.

Kemenangan 2-1 dalam perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia mencipta rasa bangga tetapi anak didik Datuk K Rajagobal perlu menyajikan kelibat lebih garang dalam pertemuan timbal balik di Taiwan, Ahad ini andai memasang impian mahu layak ke pusingan kedua.

Apa pun, dua gol jaringan jaringan kapten, Safiq Rahim dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak pada setiap babak permainan menepati sasaran awal jurulatih dan keputusan seri dalam perlawanan kedua nanti sudah memadai untuk mengharungi halangan berikut menentang pasukan tetangga, Singapura.

Tuan rumah yang bermula agresif membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Safiq yang berpunca daripada gerakan Abdul Hadi Yahya sejurus selepas masuk menggantikan Helmi Remeli.

Hadi tidak menunggu lama memecah bentang pertahanan dari sisi kanan sebelum melorong bola kepada S Kunanlan dan umpanan pemain tengah itu mudah disempurnakan Safiq yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Taiwan, Lin Po-Cheng.

Pada babak kedua, Rajagobal memasukkan Ahmad Fakri Saarani menggantikan Safee Sali yang mengalami kecederaan di akhir babak pertama, dan penyerang muda itu hampir menambah jaringan selepas menerima hantaran leret Baddrol Bakhtiar, tetapi tolakannya tersasar.
Minit ke-55, Aidil yang kembali menyarung jersi kebangsaan tahun ini selepas pulih daripada kecederaan, menceriakan lebih 45,000 penyokong tuan rumah apabila menanduk masuk gol kedua yang bermula daripada sepakan sudut Safiq.

Kelebihan dua gol kem negara bagaimanapun dicemari gerakan pantas jentera serangan Taiwan yang melakukan asakan dari sebelah kanan gawang dan pemain tengah, Chen Po-Liang mudah menewaskan penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee pada minit ke-76.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

MAT@LIE

syabas pemain malaysia...
semoga brjaya dan berjuang untuk negara..

composed mind

Kena berlatih lebih lagi dari segi hantaran pendek & penerimaan bola yang mantap. Secara umumnya, Datuk K Rajagopal telah berjaya membentuk sebuah pasukan yang sangat berdisiplin & akan menjadi lebih matang dalam sedikit masa lagi. SYABAS!

Messi

tahniah kepada pasukan Malaysia... corak permainan short pass yang baik berjaya dipertontonkan... namun cba cetuskan peluang menghasilkan through pass yang mampu memasuki kotak penalti lawan dan cuba jangan lakukan through pass terlalu dalam. jika pihak lawan ubah corak permainan secara bertahan dan lebih kebawah, try je shoot dari jarak jauh. hehe. corak permainan semalam iaitu bawa bola ketepi dan cross ketengah boleh dilakukan tapi rasanya kena kurangkan kot sebab peluang menanduk agak tipis. namun jika cross jauh untuk change side, dan ada pemain datang menyambut n shoot, lebih berkesan kot... hehe. just my opinion... go Malaysia!!! (Rajagobal, tlg baca ek. tq)

mohd zailani

sejuta tahniah kpd pengurusan dan pemain2 negara..namun jgn leka..perbaiki komitmen dan taktikal..teknik ok dah...melangkah lah sejauh yg mampu..rakyat Malaysia dibelakang anda semua..

matrik slangor student

bgus2..kowg maen mlm td mcm EPL la siot..hahahaha syabas woi..

Ismadiamid

Syabas Pemain Negara..Jagan leka ingat masih ada perlawanan timbal balik di Taiwan nanti. Harapan besar rakyat Malaysia Pasukan Negara dapat ke pusingan kedua dan bertemu Singapura..

mat lc

tahniah tapi berbekal satu gol tidak cukup selese berdepan tuan rumah yang pasti bermain habis2 san,ahad ni.masalh permain kite tidak mampu bertahan lame terutama 15 mint teakhir.terutama bahagian pertahanan

hamdan

Syabas skuad harimau malaysia yang menunjukkan taring nya,,,,, apa yang sy lihat smlm malaysia tampak lebih tersusun strategi walaupun ada serba sedikit kesilapan d benteng pertahanan,,,,,bg sy kita masih mau mengisi bahagian tengah yang hanya skg ini mamapu d galas oleh syafiq dan amar rohidan,,,,, dato rajagopal harus mencari pemain tengah untuk menguatkan komposisi dan kondisi midfilder kita ...jgn harap kpd 1 @ 2 player jak

abdul rahman

tahniah kepada pasukan malaysia diatas kemenangan 2-1 keatas taiwan. saya amat kagum dengan semangat yang ditunjukakan oleh pasukan kita sejak akhir-akhir ini syabas...saya harap kita dapat mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak kita dahulu, dimana pasukan kita dulu mampu membenam arsenal 2-1, seri dengan argentina 2-2, dan pasukan jepun juga adalah pasukan kerdil jika dibanding dengan kita.

ayim

ada perubahan corak permainam mcm Barcelona cara passing...but terlalu leka sehingga kena counter attack...harap mantapkan lagi pertahanan...midfield memang boleh buat kerja...striker lembab skit...Hardi ok tapi Safee tak boleh gerak...kalau mcm ni striker tak boleh jalan harap Datuk Rajagobal gunakan sayap kiri dan kanan...turun kan Chanturu dan Kunalan utk mengucar-kacirkan lawan...tahniah malaysia..byk perubahan berlaku..main ala team Eropah udah kalian....

wan hun tae

ini la persembahan bola sepak yg kita mahukan..main dgn penuh versetyle....

Dan

tahniah kepada pasukan Malaysia. Perlawanan timbal balas kedua, yang perlu ialah pemain sayap perlu menggelecek untuk melepasi pemain pertahanan kiri dan kanan lawan.. Kunalan mampu buat, tetapi Badrul nampaknya takut menggelecek dalam kedudukan satu lawan satu.. harap masa tu Mahali Jasuli bek kanan, Amirul hadi kembali ke posisi sayap kanan

Fazlie

Tahniah! Walaupun laluan nampak sukar selepas ini tapi skuad Harimau Malaya telah melakukan apa yg termampu oleh mereka. Kita memang telah memenangi pingat emas sukan SEA dan piala AFF tetapi meletakkan sasaran utk Harimau Malaya layak ke piala dunia adalah sesuatu yg belum cukup realistik buat masa ini. Saya lebih suka Harimau Malaya bermain sbg 'underdog' utk kelayakan piala dunia drpd memberi tekanan yg tak sepatutnya kpd pemain negara.

dr pro

tahniah,tahniah,tahniah janji menang harimau malaya

asiah ismail

Tahniah pasukan negara...Teruskan perjuangan!!!Malaysia boleh!

Elvin E Jubil

Permainan yang sangat baik untuk pasukan kita semalam terutamanya pada separuh masa pertama. Namun, agak hambar pada separuh masa kedua. Pada pendapat saya, kekurangan hantaran pendek menyebabkan pasukan negara kita kurang garang. Anyway, Malaysia boleh !!!!!!

ABDUL MANAF BOHARI

Tahniah Harimau Msia! walaupun eputusan 2-1 bukanlah sepatutnya, tetapi harap diteruskan kemenangan di Taiwan nanti. Saya menonton semalam dan dapati pasukan ini belum serasi lagi. Perlawanan masa kedua selepas rehat tidak begitu baik kerana pemain tidak banyak bergerak, yang banyak adalah menunggu bola. Pls, ini bola sepak moden. Pemain perlu fit dan cergas. Anyway, goodluck. saya akan tetap menyokong pasukan ini walau apaun terjadi.

shaf

untuk apa lagi d analisis...harimau malaya.. uda menang 2,1...jagnlh buat tekanan pd pemain kita..berilh penghormatan sanjungan pd harimau malaya kita...lubnan,harimau malaya menang,taiwan harimaumalaya menang...so apa lagi...yg pentingnya menang..

DINO

Tahniah Teruskan perjuangan.Halangan dihadapan lebeh mencabar.Well done

Wiranas

Malaysia perlu main lebih serius dan bersemangat sampai minit terakhir bukan main seakan sambil lewa dan tak bertenaga. Jika main macam semalam susah nak pergi jauh.

Saparin Bin Mohd Gustal

Tahniah kepada skuad Harimau Malaya,semoga berjaya pada perlawanan di bumi Taiwan pula

rosi

harap rajagobal tukarkan setengah pemain semalam.kalau macam semalam susahlah nak main piala dunia.

shahrizal

malaysia boleh....terbaik.....4-0 pas ni

wwe

syabas menang! tapi masih banyak boleh diperbaiki. kelebihan satu gol tidak ada jaminan. kelibat mat yo sangat diperlukan di taiwan.

jyjy

harapkan raja gopal turunkan pendekar bola sepak yang bagus 2.sebab perlawanan semalan amat penting.kecewa saya.

ahmad

harap pendekar bola sepakku semua nak pergi jauh guna akal.harap raja gopal turunkan pemain yang bagus 2.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harimau Muda berguru di Vion

Posted: 29 Jun 2011 09:54 AM PDT

Sukan

MOHD Irfan Fazail (kiri) meraikan  jaringannya bersama  rakan sepasukan  selepas meledak gol pertama Malaysia pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

MOHD Irfan Fazail (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas meledak gol pertama Malaysia pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Latihan membabitkan sehingga 12 aksi persahabatan lawan kelab Slovakia

KERINGAT berjaya layak ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik jelas berbaloi buat skuad bola sepak Harimau Muda pimpinan Ong Kim Swee.

Semalam, Kementerian Belia dan Sukan mengesahkan skuad pelapis negara itu akan menjalani latihan selama sebulan di Vion, Slovakia bermula 21 Julai ini yang membabitkan 10 sehingga 12 perlawanan persahabatan menentang kelab divisyen satu liga negara berkenaan. "Ini adalah persediaan mantap untuk menyahut cabaran Sukan Sea di Indonesia, November ini serta kelayakan ke Olimpik 2012 London, tahun depan," kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim kepada wartawan selepas merasmikan Bengkel Penyelarasan dan Pembangunan Bola Sepak Negara di Kompleks Sukan Bukit Jalil, semalam.

Dia menambah, peruntukan ini diberi selepas kerajaan melihat hasrat membawa pasukan Olimpik negara menjalani latihan di luar negara sebagai langkah terbaik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) walaupun kos keseluruhannya agak besar.

"Kita akui kos yang terpaksa ditanggung itu tinggi, namun jika ia adalah langkah baik demi pembangunan bola sepak negara, kerajaan sedia membantu. Kita mempunyai pengalaman sebelum ini menghantar pemain kita menjalani latihan di Slovakia dan keputusan dicapai adalah positif.

Razali menambah, dana berjumlah RM1.7 juta turut diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran untuk pembangunan bola sepak secara menyeluruh di peringkat sekolah.
Peruntukan itu termasuk RM800,000 bagi penganjuran liga Kementerian Pelajaran, RM500,000 bagi peralatan sukan dan RM400,000 untuk penganjuran Karnival Sukan Berprestasi Tinggi.

"Sasaran kita adalah untuk mendapat 2,600 pemain bola sepak di peringkat sekolah, berumur 11 hingga 13 tahun berlatih di bawah 1,700 jurulatih yang terbabit dengan program pembangunan ini dijalankan di seluruh negara," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan