Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Masih ada sinar

Posted: 29 Jul 2011 12:35 PM PDT

IBARAT hempedu, kekalahan me­­mang sukar ditelan. Apatah lagi jika tewas di tangan musuh tradisi, Singapura yang selama ini menjadi ukuran kemajuan pembangunan sukan bola sepak di kedua-dua negara.

Skuad ke­­bang­­­­­­­saan ken­­dalian Datuk K Rajagobal yang turun dengan reputasi sebagai juara Asia Tenggara apabila menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010, tersingkir di tangan Singapura de­ngan agregat 4-6, selepas tewas 5-3 dan seri 1-1 pada pu­singan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.

Namun di sebalik kegagalan itu, ada sinar baru buat bola sepak negara kerana rata-rata pemain kebangsaan yang beraksi pada perlawanan itu masih muda dan boleh beraksi untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun lagi, sedangkan Singapura hanya berharap kepada lima tonggak import yang mungkin mampu bertahan sehingga tamat pusingan kelayakan ini.

"Kita perlu lihat perkembangan ini sebagai langkah positif untuk bola sepak negara," kata Rajagobal. "Selepas menjuarai dua kejohanan peringkat Asia Tenggara, sasaran seterusnya tentulah peringkat Asia.

"Sebab itu saya sering tekankan, sasaran utama ialah melayakkan diri untuk beraksi di Piala Asia 2015, sambil mengekalkan kejuaraan di peringkat Asia Tenggara - itu sasaran paling rea­listik selepas berjaya menamatkan kemarau kejuaraan di rantau ini.

"Sebagai jurulatih, saya berbangga melihat perkembangan pemain muda ini di mana saya sudah lama bersama mereka. Kegagalan layak ke pusingan ketiga Piala Dunia adalah satu pengalaman baru buat mereka, dan ini adalah proses pembelajaran yang baik.
"Sekiranya saya tidak menjadi jurulatih lagi, saya harap kumpulan pemain ini tidak dipisahkan."

Menurut Rajagobal, walaupun saingan kelayakan Piala Dunia kali ini bukan sasaran utamanya, peluang yang ada tetap digunakan sebaik mungkin oleh anak buahnya.

"Mereka sudah berusaha sedaya upaya, tetapi apabila kita melakukan kesilapan, kita terpaksa menanggung akibatnya," kata Rajagobal merujuk kepada kesilapan yang dilakukan benteng pertahanan dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar dan gol penyamaan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apa yang mengharukan Rajagobal adalah perubahan dalam senario bola sepak negara terutama pertambahan jumlah pemain berpotensi untuk mewakili negara serta kepulangan puluhan ribu penyokong ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan.

"Ini titik tolak yang bagus untuk bola sepak negara. Semakin ramai pemain diberi pendedahan di peringkat antarabangsa, semakin berkualiti pasukan kebangsaan kita. Sokongan terhadap mereka juga tidak boleh berhenti setakat ini," kata Rajagobal.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Rakemm Makarove

come on malaysian...cukup2...x payah layan comment provoke sume tu..buat diam sudaaaa...yang nyatanye,mmg kita dh kalah..n mmg singapore perform well...very well...team kita belum cukup perform lagi especially defend...striker dh ngam,midfield kena kasik creative lagi....x kisahla player dieorang import ke,local ke,yang penting kalo kita nk jadik hebat,kita kena yakin dengan kemampuan kita sndiri..jangan salahkn org lain bila kita kalah....kita kena bina kekuatan kita sndiri

Ivan Giggis

saya bangga dengan pemain negara kita, semangat rakyat Malaysia terpancar daripada kesungguhan pemain-pemain ini.Ayoh Malaysia,terus bangkit, jangan berputus asa.

len kali player pngalaman simpan

Ivan Giggis

saya bangga dengan pemain negara kita, semangat rakyat Malaysia terpancar daripada kesungguhan pemain-pemain ini.Ayoh Malaysia,terus bangkit, jangan berputus asa.

zabidi

Sepatutnya masa perlawanan di Singapura, pada ketika kedudukan jaringan gol bolos 3-1 ,penjaga gol patut ditukar kerana akhirnya 5 gol dilepaskan. Harimau
Malaya main dalam keadaan tekanan untuk dapat dua gol.Kecewa sebab tidak dapat jaring dua gol.Sokong Busts, sepatutnya Ashari samsudin dimasukkan dan bukannya Gurusamy pada ketika 1-0.

Shaiful

pada pandangan saya, kekalahan ada hikmahnya. pasal pemain import singapura, itu cuma satu alasan kekalahan. pasal pemain yang tak sepatutnya bermain untuk malaysia, coach lebih tahu, tapi namanja vidic juga pernah melakukan kesilapan. ibarat pancaran laser, mungkin warga asing buat dicelahan 90000 penonton malaysia, tapi kita tetap disalahkan. sedih juga tetapi kita harus positif. biar pure ambil pemain tempatan kerana itu lebih berharga. pendedahan penting, masa depan disarankan selit pemain berpotensi di bawah usia 16 tahun kedalam skuad kebangsaan.pemainan dalam pasukan yang dianggotai 11 pemain dlm padang...jadi kalau sebatang lidi mudah dipatahkan,..tak perlu rekrut pemain naturalisasi sebab kekuat tuah bukan di tenaganya tapi di hurufnya....syabas malaysia...usaha buktikan kekalahan ini adalah petanda kemenangan di masa depan..kita bleh sampai olimpik, asia, atau dunia 2018...

sepatu burukku

Perjuangan belum selesai... piala asia 2015 masih ada... apa2 pun, kelayakan piala dunia ini dijadikan pengalaman berharga untuk menempuhi halangan seterusnya...

Anak Watan..

Jangan salahkan pemain mahu jurulatih.. kita mesti teruskan sokongan kepada pemain bola sepak kita agar terus maju kehadapan bukanya mundur kebelakang.. ayuh Harimau Melaya.. kami sentiasa bersama mu..

azam

Kalah atau menang adalah biasa dlm perlawanan..kekalahan adalah satu proses yang bagus utk menang..cuma kekalahan dgn spura sudah terlewat utk kita memperbaiki pasukan..sebaiknya kekalahan kita dgn arsenal dan liverpool mengganggu tahap psikologi pemain pertahanan kita kerana terasa telah diperkotak-katikkan..seharusnya sebelum kita menemui spura kita melalui satu perlawanan yg kita boleh menang supaya tahap psikologi kita meninhkat bukan menurun..apapun masa utk bola sepak malaysia masih panjang..ramai anak2 muda yg semakin ghairah utk mewakili negara buat 10 atau 20 tahun akan datang...syabas malaysia..

theo erodoeht dore

harimau malaya teruskaan usaha...
satu hari nanti harimau malaya pasti akan mengaum di stadium antarabangsa...

hazerof ali kuntau

alah, malam tue singapore ramai jadi pelakon tambahan terbaik kot.. terjatuh sikit macam kena langgar motor..

hamdan

sekali sekala tewas tidak mengapa.....kita dah jadi juara Asean ...sekarang kita memburu ke piala asia pulak insyaallah 2018 kita ke piala dunia pulak..... sokongan rakyat malysia boleh di banggakan..... kalau dulu stadium x cukup 5 ribu yg dtg skg kita tengok smpai luar stadium pun sanggup dtg...huhu malaysian is the best....jiwa anak malaysia

Redgiant_fc

harimau malaya lupa kn kekalahan tempoh hari.. Kita buktikn pada kelayakn piala asia nty pulak.. Sy minta dato' rajagobal cari seorang pemain senior utk mengemudi barisan pertahan dan pemain yg boleh bermain seperti syafiq rahim dan safee sali..

mohd naqiuddin naqib

malaysia blh menang

nadhirah

sungguh positif. inilah yang kita mahukan. :) go Harimau Malaya!

syuk

walaupun kite kalah tidak bermana kita akan kalah selamanya...ayuh pasukan HARIMAU MALAYA!!kita mantapkan dan perbaiki lagi kelemahan kita dimasa hadapan...HARIMAU MALAYA TANAH TUMPAH DARAHKU....

Jamal Zainal Abidin

Pertama saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Rajagopal. Kedua ingin sarankan kepada beliau bahawa kita memerlukan lebih daripada 3 pemain disetiap posisi. Contoh Penjaga gol Khairul,Ahmad dan masukan semula Faisal yg bermain cemerlang dengan Chesea,Pertahan masukan Siva Subramaniam,Norhafis,midfield tambah 2 pemain yg bolih control game diperhatian juga dari Liga Premier,Striker nadi semua jika tak jaring gol macam mana main baik sekalipun contoh Argentina terkeluar juga jadi tambah 3 pemain baru yang berani mencuba untuk menjaringkan gol,Wing Kunalan, Zainal tetapi cari 3 pemain lagi yg berani menggelecek dan membuat hantaran tepat dan selalu buat perlawanan persahabatan dengan pasukan Eropah supaya jati diri pemain meningkat. Minta maaf kenapa Datuk Rajagopal taidak memasukan Badrol/Ashari keran strategi kita jaringkan gol seberapa banyak.Pemain seperti Marzuki perlu pendedahan dan belum layak dalam pasukan utama.Untuk FAM jangan terlalu gairah untuk menukar Jurulatih/pENGURUS PASUKAN KEKALKAN MEREKA dan JANGAN PISAHKAN HARIMAU MALAYA TETAPI MENCARI PEMAIN BERKUALITI DAN SERAP KE PASUKAN INI SEPERTI SARAN DIATAS. TANIAH HARIMAU MALAYA /JURULATIH/PENGURUS PASUKAN.INI BARU PASUKAN KEBANGSAAN YANG SEJATI.

mohd zailani

Memang kita semua peminat skuad negara akur dgn kekalahan serta semangat juang yg tinggi semua pemain, tetapi kita juga harus berdiri dibumi nyata, kita sebagai peminat juga perlu memaklumkan kepada pengurusan pasukan bolasepak negara termasuk semua pemain bahawa ada kepincangan yg perlu dibaiki..jika kita terus berkata..tak apa itu tak apa ini, bererti kita terus menerus mengiyakan kepincangan. Jelas dari 4 perlawanan persahabatan sebelum bertemu singapura away & home..jurulatih sendiri mengesahkan bahawa bhg pertahanan skuad negara tidak mantap..tetapi masih menurunkan pemain2 yg sama..natijahnya, semua peminat kecewa..apatah lagi dgn pemain. Barisan hadapan bersungguh2 mencari gol tetapi pertahanan senang2 lepaskan gol. Penyerang singapura berusia 41 thn & 38 thn..kita masih tidak mampu menyekat kemaraan kedua2 pemain ini. FIKIR2KAN LAH..

Hisyam

kalau 20 tahun pun asik turunkan player KESAYANGAN yg sama setiap game. Sampai bila2 pun tak maju! sepatutjya Badrol bakhtiar dan ashaari shamsudin bermain pada perlawana genting seperti itu. Nak jugak Faruqi dan seperti biasa Fakrani jd pilihan. Takpelaa.. dapat hadiah 2 kad kuning kat daddy gopal! patut kita ambik iktibar sejak kalah di Taiwan. 5 game yg lepas bolos sampai 19 gol. kalah 4 game berturut2. Raja masih lagi dgn sikap angkuhnya!

hafizley

harimau melaya tetap di hati ku...pasti selepas ni ngaummman..muu.muncul kembali..i love malaysia...

kuku rimau

salam..sy brpndpt..Datuk K.Rajagopal prlu menggugurkan beberapa pemain prthnan yg jelas x befungsi dgn baik.sy tidak mhu sebut name mreka kerana sy yakin datuk lebih thu sape.datuk prlu mncri bakat2 bru tp yg sudah matang utk beraksi.Barisan tngah perlu dicari yg berkualiti.Penyerang yg sudah trbukti x menonjol jgn kesiankn mreka.bg kpd yg betul2 berkelayakan.Fakri dn Fazli shas misalnye,msih x memberi ape2 smbngn kpd psukn negara.lebih baik masukkn yg betul2 berkelayakan.syg harimau malaya..

mohd zaki

yap! be realistik la, kene la kuasai peringkat demi peringkat ye Dato`..asia tenggara, kemudian asia, baru lah world cup. tak kan lah terus nak julang piala dunia beb!..pemain muda pun ada potensi jgk kalau latih. tgk world-cup yg lalu pemain Jerman sume rata2 umo 21thn..apa2 pun idup HARIMAU MALAYA!

zulhaziman

cadangan saya untuk skuad kebangsaan ialah meletakkan lebih ramai lg teknikal supporter dalam membantu dari segi teknik....dan mana2 posisi......bukan sahaja bergantung pada satu posisi sahaja.seperti contoh kita ambil daripada negara eropah.......apa-apapun MALAYSIA BOLEH.........

syah

bola sepak msia perlukan perubahan besar-besar dr fam hingga ke akar umbi,bolasepak msia diketuai oleh orang yg x mahir dgn bolasepak blh cakap je,jurulatih dan pemain tempatan dihantar ke luar negeri,dlm sukan bolasepak cuma berjaya atau gagal,pengurusan yg gagal x kira atasan atau bawahan kita letak jawatan bg peluang kat org lain,kelemahan ketara msia lawan singapura adalah bahagian tengah x hidup langsung x kan jurulatih x nampak masih kekalkan pemain yg utk terus bermain,gantikan ismail faruqi dgn amiruladi,asaari samsudin ganti tempat amirul dan badrul ganti adi yahya

azri

aku tetap sokong Pasukan Malaysia..teruskan usaha!!

taj

...FAM patut serap pemain warga asing yang punya skill bolasepak yang berkualiti macam Singapura dan Indonesia...

cik sal

walaupun sedih..tetap bangga..adat la ade klh ade menang kalau asyik menang je lalai plak nanti..belajar dri kekalahan..tahniah harimau malaya n rajagobal!harap harimau malaya terus mengaum!teruskan menyokong harimau malaya jgn bila menang dipuji bila klh dikeji!

zue

go tiger! jgn mengalah!

Areef

Ganti jurulatih baru, cari dan tambahkan lagi pemain2 yg berpotensi menjadi pemain kebangsaan yg bertaraf dunia di Malaysia untuk menghidupkan dan memperkuatkan HARIMAU MALAYA di perlawanan2 mendatang

airliners

kalah dan mng adat mainan.kite semua kena terima hakikat ini.biasalah.jurulatih yang hebat juga selalu buat kesilapan percaturan dan tektikal permaianan.dan saya rase datuk k.rajagopal ada membuat kesilapan sedikit mengenai percaturan permaianan.kenapa dimasukan k.gurusamy sedang beliau adalah difensive midfielder.masih ade ashaari dan badrol di bangku simpanan.kenapa memasukkan fakri dan mengeluarkan hadi.tactical game tidak berubah.seharusnya masukkan ashaari atau badrul yang sememanye mempunyai rekod jaringan yang lebih baik untuk menambah sengat serangan.ape apepon game da abis,namun perjuangan harimau malaya masih panjang..chaiyok malaysia.

greenlove

sya rasa kalo nk berjaya kita kena lbh baek dr pemain import..isu mcm tu xleh timbul kelak ok...sya rase nk bentuk biar r dr kanak2..tagged masuk world cup bawah 17thn br kite leh pergi jauh..yg sekarang ni pon dah tua..ape2 pon sy sokong m'sia..sy harap pasni m'sia lbh maju...sekian

chenta

tahniah kpda pskn harimau malaya,,wlupn twas,xbeerti tewas slmenye,,trskn usaha,,HIDUP HARIMAU MALAYA,,!!!!!!

EIMA

sepatutnya rajagobal pangil pemain senior yg lagi pengalaman. seimbangkan dgn pemain muda.jangan la mengharapkan safee saja sebagai penyerang..rasanya pertahanan dari piala aff lemah..sepatutnya dah ubah

keropoklekor

sebenarnya pemain2 malaysia msh d tahap kampung hanya safee je yg boleh d banggakan...

haziqikhsan

harap bola sepak Malaysia akan terus maju dengan pelbagai program yang mantap

mohd shafiz

kami bangga dengan pasukan negara kita..kekalkan semangat perjuangan anda semua..kami para penyokong sentiasa ada di belakang anda HARIMAU MALAYA..TANAH TUMPAH DARAH KU...

ady

kadang kadang kalau mengharapkan semua pemain muda pun tidak boleh juga..contohnya pasukan Arsenal.Apapun tahniah kpd Skuad Rajagopal.

EE

tahniah buat skuad harimau malaya..cuba lagi di masa hadapan dengan lebih bantuan dari pemain luar kelahiran/wargenagara malaysia seperti Brendan Gan bagi mantap kan lagi jentera tengah

Amirah sofiya

Malaysia boleh. Malaysia tak menyerah kalah terhadap Singapore

leweng

kekalahan adalah satu proses pembelajaran yang amat berguna...jd kan ini sebagai satu pelajaran berguna..caiyookkk harimau malaya.

spender pakai buang

kte soh FAM beli aguero,nyemar,pique ngan neuer..kasi kerakyatan...pastu main utk Malaysia...drpd duit berbilion perhabis utk rasuah...at least satu mesia suke klu kita layak world cup...tol?

morra

sebab kita kalah kerana.merberi goll lebih ditempat lawan.kita ketika itu seumpama tiada penjaga goll.lain kali nak jadi jurulatih otaktu kena bijak.kalau tak manpu tugastu bagilah kepada orang muda macam chelsea.orang muda paham keadaan pemain.

Rul

Adat permainan,ada kalah ada menang. Usah patah semangat.Ada hikmah setiap yg ditentukan.

Suhairi Messi

Saya setuju dgn coach, perkembangan bolasepak negara perlulah secara natural dan realistik iaitu, kekal juara Asia Tenggara dahulu, kemudian jadi antara yang terbaik di Asia, last sekali masuk Piala dunia! Matlamat serta visi mesti jelas dan tepat. Diikuti dgn usaha yang menyeluruh, dan tidak terburu-buru buat rombakan, saya pasti dgn team yang ada kita tak akan kempunan utk melihat Harimau Malaya beraksi di Piala Dunia....

insan

pemain malaysia perlu tingkatkan persefahaman terutama dibarisan pertahanan.bagaimanapun peningkatan pasukan malaysia sekarang begitu bagus.syabas...

John Doe

Antara isu yg sy nmpk dlm smua matches Harimau Malaya:

1. Bek kiri & kanan menjadi lubuk utk pihak lawan tembus. mereka cpt lost focus.
2. Kdua2 bek tengah gagal to play their role.
3. Tiada midfielder yg boleh jadi playmaker & control the ball.

From my POV, corak pmainan team Harimau Malaya diibaratkan seperti Tenis or Ping Pong. Tiada kawalan & penguasaan bola.

anuar

kalah sekali tidak bermakna tidak akan kalah lg...train hard die hard

shah

bagi saya pemain defend tidak berapa mantap.memang la masih muda, tapi jangan la asyik terlepas bola.letih golkeeper tu.pemain defend lemah.itu fakta.

wan r

kita kena kembangkan liga yg kita ada skrg, ikut mcm liga jepun dan liga2 eropah bagi pasukan2 daerah bertanding sekali dlm sistem liga kebangsaan. bg bakat2 kat daerah peluang yg lg terus utk buktikan bakat kat level kebangsaan. kurang2 bila ada pemain skuad skrg yg cedera atau loss form, akan ada 5 hingga 10 org pemain boleh ganti tempat tanpa jejaskan kualiti pasukan.

Jerman sendiri x boleh bersaing secara kompetitif kat level antarabangsa waktu tahun 50-an dulu kerana liga mereka x kompetitif, dan hanya lepas mereka bentuk bundesliga tahun 60-an mereka jd sgt kuat sehingga skrg.

akutryje

rasanya lebih puas dan bangga walaupun kalah kerana kita bermain dgn 100% anak malaysia.cuma kena lah usaha mencari pemain yg berfizikal besar utk lebih bersaing dgn negara lain.lg satu rasanya x salah klu squad kim swee meminjam beberapa org pemain squad rajagobal seperti safee sali dan sharul idlan talaha memandangkan squad olimpik itu agak tumpul dgn penyudah.

man 79

pendapat peribadi saye,tidak bersetuju dengan pemain import.kerana ini boleh membunuh karier dan bakat pemain2 tempatan.biarlah kalah tetapi semagat dan perjuangan itu tetap ada,kalau kita biarkan import mengimport tidak mustahil pasukan beruniform kita pun akan ada tenaga import selepas ini.mahukah kita menerimanya..saya juga berasa sedih melihat pemain2simpanan tempatan singapura yg seolah2 hanya mencukupkan kuaota pemain kerana coachnya lebih mnegutamakan pemain import.

rudy

jika perjuangan belum selesai sabarlah.kami bersimpati kapadumu khairul fahmi.safee sali.safip rahim.idlan talaha.memang kamu menangis kegalan pasukan pendekar harimau malaya.pihak kami menangis lagi lebih.kebolehanmu kami simpan dihati.kami harap kamu persiapan baik 2 perlawan apapun akan di uji nanti.

jieha

x setuju ngan wwe..kenapa perlu pemain import??? sekarang ni pn dah cukup ramai warga asing kar msia, nape nak ditambah lagi siap bagi kewarganegaraan lagi.. msia bleh maju mcm negara lain gak wlaupun x guna pemain import, just perlu tingkatkan lagi je latihan pertahanan n serangan. 100% buatan malaysia OK..

jamy

saya rasa tidak perlu lah kita mengambil pemain import utk mewakili negara.. biarlah rakyat negara kita sendiri yang mjadi tonggak bola sepak kebangsaan. saya lebih puas hati melihat ank tempatan yg bermain untuk negara kita berbanding pemain luar..

Abe liey

Kita x patut menyalahkan sesiapa terhadap kekalahan kelayakan piala dunia 2014.. gunakan kekalahan itu sebagai postmotem.. untuk meningkatkan lagi kualiti pemain kita.. jgn bersikap bila mena g di puja bila kalah di cemuh... barisan pemain kita perlukan sokongan seluruh rakyat MALAYSIA... HIDUP HARIMAU MELAYA... AYUH KITA BAGI SOKONGAN UNTUK PASUKAN OLIMPIK PULA....

azri

xpe..kalah sekali x bermakna kalah selama nya...harap tgkatkn usaha dan perbaiki prestasi k...hidup HARIMAU!!!

Marcelo Denzy

kekalahan membuatkan setiap pasukan mengenal pasti kelemahan.perbaiki kelemahan yang ada untuk kejohanan yang akan datang.ayuh bangkit skuad harimau malaya.setiap usaha pasti akan mendatangkan hasil.kami akan menyokong anda sepenuhnye.hidup harimau malaya.

azzar

Berfikiran positif dan jgn mengalah....penyokong yg datang ke stadium membuktikan yg mereka yakin dan percaya kpd anda...buktinya jutaan rakyat Malaysia memakai jersi HARIMAU MALAYA....berusaha lg...

Muhamad Afham

sye sebgai rakyat Malaysia bangga dgn pencaturan Dato' Rajagobal yg berani menaruhkan harapan kpd pemain muda..... Kalau dilihat sudut positif, Malaysia mempunyai pemain pelapis berkualiti.....

Busths

Setelah mendahului 1-0, kenapakah jurulatih tidak memasukkan backup striker terutamanya Badrol Bakhtiar dan Ashari Samsudin untuk membedil gol Singapura......apakah sumbangan Gurusamy........

SOFIAN OSMAN

walaupun tewas tidak bermakna kita tewas selamanya. Pasukan negara masih muda. namun jangan leka dan jangan terlalu mengejar populariti sehingga lupa dan tidak sedar bahawa bola sepak negara kita masih jauh kebelakang. pasukan negara yang ada kini perlu dikekalkan sehingga beberapa tahun lagi. barulah kita boleh melihat kesannya.

Nora

bumi mana tak ditimpa hujan,lautan mana tak bergelora..ayuh HARIMAU MALAYA jgn dibiar kecewa menguasai diri, tewas sekali, bukan beerti penamat segalanya.Jadikan kekalahan ini sbg iktibar utk kejayaan yg lbh besar!!!

M.Ravi

masih ada ruang untuk belajar,jangan berputus asa.kita percaya pada local bukan import.

KTEM

Syabas ucapkan kepada pemain kita telah bersungguh bermain. Kita perlu kuatkan lagi pada kawasan pertahanan kita yang mudah sanggat di bolosi. Kita kena mencari pemain berbadan besar di bahagian pertahanan kalau untuk bersaing dengan permain antarabangsa.Syabas juga kepada penjaga gol kita yang menunjukan permainan yang cemerlang. Syabas buat semua 1 Malaysia.

adam

saya juga menyokong pendapat untuk memasukkan pemain asing, jangan kita lupa kita juga ada pemain keturunan Malaysia yang berbakat di luar negara seperti Brendan Gan dan lain-lain. Kita di zaman bolasepak moden tidak salah mencuba. Perlu diingatkan pasukan seperti Vietnam, Timor leste dan juga Brunei sudah mula menyerapkan pemain asing dalam pasukan mereka seperti apa yg dilakukan Singapore, Indonesia dan Thailand. Takot kita akan menjadi pasukan belasahan di Asia tenggara ini kelak. Jangan sombong dan sentiasalah berfikiran terbuka.

syed fais

kami tetap berdiri bersama harimau malaya....agi idup agi ngelaban....berjuang hingga MATI...

aku

Kemajuan Singapura hanyalah berlandaskan wang ringgit membeli pemain import sahaja...Kemajuan Malaysia pula berjaya membentuk pasukan muda bermain dengan penuh cemerlang diperingkat yang tertinggi...

Saiful S'asad

Sekalung tahniah dan penghargaan buat Team bola sepak kebangsaan.Walaupun dikecewakan jiran tetangga Singapura. Kami sebagai rakyat Malaysia berbangga kerna barisan pemain negara dibarisi oleh belia muda negara yang prolifik setanding kelas dunia,jika dibandingkan Singapura yang diwakili pemain import. Semangat yang ditunjukan pemain dan pengurusan pasukan haruslah dipuji. Tahniah FAM. Majulah terus maju buat kualiti Sukan 1 Malaysia.

dino dyl

tahniah skuad malaysia.anda sememamagnya hebat & semangat juang yang harus diberi pujian..usaha lg & perbaiki kesilapan..tahniah jga utk coach dan seluruh penyokong team M'sia..Berjuang utk 1 M'sia.

Muhammad

Jangan terlalu ghairah memburu dunia.
Peliharalah solat dan bertaqwalah kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan menggantikan kekalahan dengan kejayaan. Kejayaan diakhirat itulah kemenangan yang sebenar.

moment

No pain no gain.Biarpun kita gagal diaksi pusingan ke2 kelayakan Piala Dunia 2014 bukan bermakna pasukan kita tidak hebat.Anak2 buah beliau @ Rajagobal telah bermain bermati - matian namun nasib tidak menyebelahi kita.Ketika kita menjulang 2 piala di Asia Tenggara, dunia mula melihat perkembangan bola sepak di Malaysia begitu memberangsangkan.Pasukan dari luar begitu berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kita. Inilah yang kita inginkan kerana pendedahan mutu permainan bolasepak dari negara luar secara tidak langsung akan membawa mutu bolasepak negara kita ke peringkat yang lebih tinggi lagi.Sasaran kita untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2015 akan tercapai selagi kita tetap memberi sokongan padu kepada pasukan kita.Buat FAM ,nilaikan apa yang disarankan saudara wwe.Perbanyakkan lagi pemain seperti Safie Sali dan "Apek".Buat Harimau Malaya dan Rajagobal,TAHNIAH ! Kerana anda sekalian, stadium bolasepak kita kembali bergema dengan kepulangan puluhan ribu penyokong.Ayuh Malaysia, teruskan usaha kita dalam meningkatkan lagi mutu sukan di negara kita.

SHIBAH

walau se sedih mana pun di atas kekalahan harimau malaya..namun saya tetap mengatakan harimau malaya menang perlawanan malam itu...harimau malaya tetap dalam hati...peace yooooo

dino dyl

tahniah skuad malaysia.anda sememamagnya hebat & semangat juang yang harus diberi pujian..usaha lg & perbaiki kesilapan..tahniah jga utk coach dan seluruh penyokong team 'sia..Berjuang utk 1 M'sia.

FAIRUS

Syabas dan Tahniah skuad Harimau Malaya. Sasaran seterusnya adalah layak ke Piala Asia. Gunakan tempoh beberapa tahun ini untuk tingkatkan kesefahaman dan kurangkan kelemahan. Jangan import pemain seperti skuad Singapura. Guna sepenuhnya warga tempatan.

suhaime bin mohamed

itu adalah alasan yang lapuk.ramai pemain malaysia yang berpengalaman tetapi tidak dipanggil untuk skuad kebangsaan.bila berlaku kekalahan kita menunding jari kepada pasukan lawan .saya nak habar disini semua pasukan dunia yang menjuarai piala dunia dan semua pasukan asiayang menjuarai piala asia pemainya adalah berpengalaman bukan dibarisi pemain yang muda

dolfinmalaya

kepada wwe, memberi peluang warga asing bermain mewakili malaysia tidak akan membantu. sebagai contoh terbaik, kami di UIA kaya dengan pemain2 bola sepak yang dari seluruh pelusuk dunia. Ada juga yang pernah bermain dgn pasukan negara masing2, sebagai contoh, penjaga gol fakulti ekonomi yang pernah mewakili pasukan bosnia. pernah juga UIA menggunakan khidmat semua pemain luar negara untuk mewakili UIA di pertandingan bolasepak MASUM, akhirnya kalah teruk juga. Jadi tiada beza nya meletakkan RONALDINHO atau MESSI di dalam pasukan kebangsaan, mereka tidak bermain sepenuh hati. apa yang FAM perlu laku kan ialah memberi peluang atau biasiswa kepada kesebelasan utama kita utk bermain di liga Luar Negara seperti EROPAH, tak kisah lah divisyen berapa skali pun,yang penting mereka dapat bersaing dgn orang yang mempunyai fizikal,kelajuan dan taktikal yang berbeza.

SHAHAR B ARIFIN

Tahniah Harimau Malaya.Walaupun tewas tapi memaparkan semangat yang jitu.Baiki mana-mana bahagian yang lemah.Anda masih muda mempunyai masa depan yang cerah.

lanundarat

Tahniah..kepada Harimau Malaya kerana memberi tentangan yang cukup hebat keatas Singapura...Kekalkan prestasi yang ditunjukan..Moga kejayaan akan berpihak kepada kita..Insyallah..

rumima

pasukan ini masih muda.teruskn prjuangan.bangga tanpa pemain import.100% tulen

azri

xpe..kalah sekali x bermakna kalah selama nya...harap tgkatkn usaha dan perbaiki prestasi k...hidup HARIMAU!!!

fadzly

saya senada dengan Dato' K. Rajagopal " TOLONG...JANGAN PISAH-PISAHKAN LAGI PEMAIN YANG ADA KINI....TAMBAH MANA YANG KURANG SAHAJA....."...

Mypren d bawa bayu

Main bola kan....Ada memang ada kalah....apa2pun tahniah

fliz888

Apa2 pun kita semua kena ikhlas... ada sebab kita kalah... ada hikmahnya... FAM jawab.... Hidup Harimau Malaya...

anak kelate

belajar lah dari kekalahan dgn singapura dan perlu jg hari pernonton yg memenuhi stadium nasional.pasukan malaysia perlu tingkatkan pertahanan yg kental dlm menghadapi game akan dtg.tahniah buat pasukan malaysia walaupun kalah tapi bermaruah.

ju

malaysia kalah sbb ada pemain yg xlayak wakili negarapun diturunkan

sorrow reen

Yang perlu diberi perhatian bukan sekadar aspek teknikal.. Malaysia menghantar pemain sendiri tanpa tonggak pemain import, ini bermakna pemain Malaysia bermain dgn Semangat Berjuang untuk Negara.. tp spark tu x cukup utk bakar semangat pemain. rata2 pemain masih muda, semangat patriotik yg kurg dlm diri perlu dibakar. Mcm pemain2 import Singapura, kita asyik mengatakan bahawa mereka pemain import, pemain naturalisasi, jadi tuduhan kita menjadi pembakar semangat utk mereka membuktikan semangat juang mereka walau hanya sbg pemain import.. yg perlu diberi perhatian juga adalah dari aspek minda dan psikologi..

Ramlan

Kami tetap berpuashati walaupun Malaysia tersingkir kerana skuad kita adalah pure Malaysian jika dibandingkan Singapura yg mengharapkan pemain asing yg diberikan kerakyatan tersebut.

bikash

jangan putus asa belajarla sampai 2018.cakap besar hati kecil susahla.

shahar

Bibit - bibt kekalahan Malaysia telah menjelma kerana kekecohan semasa proses penjualan tiket. Sama seperti Indonesia kalah semasa Piala AFF dulu. Apa-apapun tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang berjuang dengan gigih. teruskan sokongan padumu wahai rakyat Malaysia.

wwe

Warkah terbuka kpd FAM: Bolasepak singapura hebat kerana mereka rekrut pemain import. Bahkan banyak negara 'bermasalah' mengamalkan cara sama contoh dalam sukan-sukan badminton, renang, pingpong, dll. APA SIFIRNYA kita tidak boleh memberikan pemastautin tetap seterusnya kewarganegaraan kpd dua tiga warga asing yang besar saiz fizikal, benar-benar mahir/yg pantas khusus dalam bolasepak agar mereka boleh mewakili negara? Sedar tak sedar kita telah banyak memberi taraf yg dimaksudkan kpd RATUSAN RIBU WARGA ASING YG TIDAK MAHIR/ PROFESSIONAL. Apa salahnya dua atau tiga orang pemain import dalam bolasepak? Yang penting menang, ia boleh memberi kepuasan dan kegembiraan kpd rakyat yang keseluruhannya minat dan gila bola. Bolasepak Negara tak akan ke mana di peringkat antarabangsa tanpa pemain-pemain yg pantas.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Maafkan saya: Khairul

Posted: 29 Jul 2011 12:15 PM PDT

Sukan

'Gol itu menyentap semangat pasukan'

AKSI Khairul Fahmi Che Mat yang tersandar di tiang gol sejurus wisel penamat ditiupkan membuktikan betapa kecewanya penjaga gol itu.

Selepas tangkas menafikan pelbagai ancaman dari setiap sudut, akhirnya pemain naturalisasi Singapura, Shi Jiayi membolosi gawangnya pada minit ke-71, sekali gus menyaksikan harapan Harimau Malaya yang pada mulanya kembali menyala selepas gol Safee Sali pada minit ke-57, mula padam. "Saya minta maaf kerana gagal menghalang jaringan itu, apalagi tugas menghalang bola daripada memasuki gawang sukar kerana hanya berdepan satu dengan satu pemain lawan itu. Saya akui jaringan itu menyentap terus semangat pasukan yang sedang ghairah memburu gol kedua," katanya.

Sebelum jaringan itu, Safee yang mengambil alih tugas kapten daripada Safiq Rahim yang digantung perlawanan, menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil apabila melepaskan rembatan padu untuk meletakkan Malaysia di depan, sekali gus hanya perlu memburu satu gol lagi untuk menyamakan kedudukan agregat.

Namun semuanya musnah selepas gawang Khairul yang lebih mesra dengan panggilan 'Apek' dibocori lawan yang mengikat kedudukan 1-1 dan agregat 4-6.

"Saya tidak mahu menyalahkan benteng pertahanan kerana semua pemain sudah bekerja keras dan bersemangat untuk menewaskan lawan. Apalagi, kami mahu membalas semula sokongan penyokong yang memenuhi setiap tempat duduk.
"Nampaknya tuah tidak bersama kami," katanya yang diturunkan semula selepas tidak beraksi dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar ketika skuad negara tewas 3-5.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan