Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tekad Kijang

Posted: 05 Jul 2011 11:08 AM PDT

KELANTAN tidak lagi rela berputih mata sebaliknya mahu memastikan trofi Liga Super menjadi milik mereka buat kali pertama kali ini.

Selepas sekadar menamatkan saingan musim lalu di tangga kedua dan melihat penuh cemburu Selangor menjulang trofi buat kali kedua berturut-turut, peluang kini terbentang luas buat Kelantan mengambil alih gelaran juara jika berjaya melunaskan misi terakhir, menewaskan Sabah di Stadium Likas malam ini.


Skuad The Red Warriors kini menguasai takhta liga dengan 53 mata hasil 16 kemenangan selepas 25 perlawanan manakala pencabar terdekat Selangor ketinggalan dua mata dan Terengganu di tempat ketiga, tiga mata di belakang.

Walaupun hanya memerlukan satu mata saja dalam perlawanan terakhir itu, skuad kendalian Datuk M Karathu itu tetap memburu kemenangan bagi mengesahkan mereka selaku juara mutlak yang tidak pernah dikecapinya sejak 1979 lagi.


"Kami bukan bermain untuk seri tapi mencari kemenangan, kalau seri nanti minit-minit akhir Sabah dapat jaringkan gol, susahlah," katanya sambil merujuk kegagalan Kelantan di final Piala FA apabila dibolosi gol saat akhir untuk Terengganu menang 2-1.


Karathu berkata, semangat pemainnya yang amat dahagakan kejayaan semakin memuncak malah kehadiran semula penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha yang bakal menambah sengat barisan utama Kelantan.

"Pemain sedar mereka kini berpeluang mencipta sejarah sebagai pasukan yang menjulang trofi Liga Super pertama untuk Kelantan, ini akan menjadi motivasi tambahan buat mereka.


"Selain Nurul (Azwan Roya) yang digantung perlawanan, saya tidak berdepan masalah menurunkan barisan terbaik esok (malam ini) termasuk pemain kebangsaan yang baru menjalani latihan bersama hari ini (semalam). "Norshahrul boleh bermain esok (hari ini), saya juga tidak bimbang mengenai Khairul Fahmi (Che Mat) kerana saya masih mempunyai seorang lagi penjaga gol, Mohd Shahrizan (Ismail) yang beraksi cemerlang sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun, Karathu tetap berwaspada kerana tidak mahu diaibkan Sabah di saat akhir memandangkan pasukan lawan itu memiliki rekod baik di laman sendiri musim ini.


Ketika Kelantan bertandang ke Kota Kinabalu, dua lagi pasukan yang berpeluang muncul juara Liga Super musim ini, Selangor dan Terengganu turut berkunjung ke gelanggang lawan. Selangor akan menentang Perak di Stadium Perak di Ipoh manakala Terengganu berdepan Felda United di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Modric akan kekal bersama Spurs

Posted: 05 Jul 2011 11:07 AM PDT

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp memberi isyarat tetap mahu mengekalkan Luka Modric di White Hart Lane dengan menganggap tawaran Chelsea sebanyak 22 juta (RM106.6 juta) untuk membeli bintang utamanya itu sebagai "tidak masuk akal".

Pemain tengah Croatia berusia 25 tahun itu berhasrat untuk ke seberang London dan meninggalkan Spurs yang tidak layak beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.


Tottenham menolak bidaan Chelsea dan Redknapp dalam kenyataannya kepada Sky Sports berkata semalam: "Saya terkejut dengan nilai tawaran itu. Ia tawaran yang tidak masuk akal.

"Jika mereka mahu membuat tawaran, buatlah tawaran yang munasabah tapi nilai 22 juta untuk mendapatkan Luka Modric adalah mengarut." Namun Redknapp tidak menyatakan berapa jumlah tawaran yang boleh menarik minat Spurs yang hanya layak ke suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu sebelum kalah kepada gergasi Sepanyol, Real Madrid.


"Kami tidak meletakkan sebarang harga buatnya," katanya. "Dia pemain yang hebat, kami tidak mahu menjualnya. Dia membuktikan kemampuan dirinya sebagai pemain terbaik di Liga Perdana dan saya fikir dia boleh bermain bersama mana-mana pasukan di dunia.


"Namun kami tidak mahu kehilangannya. Kami mahu mengekalkan pemain terbaik kami, kami perlu meningkat sebagai satu pasukan, bukan memusnahkannya dengan menjual pemain terbaik." - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan