Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Chong Wei, Koo-Tan nyala impian

Posted: 10 Aug 2011 12:34 PM PDT

Sukan

DUA wakil negara - Lee Chong Wei dan beregu emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menyalakan impian masing-masing di Arena Wembley, semalam untuk memburu mahkota kejuaraan Kejohanan Dunia edisi kali ini.

Ujian getir menunggu Chong Wei yang bakal berdepan Park Sung-hwan untuk memburu tiket ke suku akhir selepas mudah menewaskan pemain kurang ternama dari Finland, Lang Ville 21-10, 21-10 di pusingan kedua.

Koo-Tan melangkah ke pusingan ketiga selepas berhempas pulas menewaskan pasangan baru China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan 21-6,20-22, 21-15. Pemain Guatemala, Kevin Cordon (gambar kecil) merakamkan satu lagi kemenangan menewaskan lawan dari Sweden, Henri Hurskainen dan mungkin berdepan Chong Wei di suku akhir andai mereka melepasi halangan ma­sing-ma­sing, hari ini.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Nicol mara, Beng Hee gigit jari

Posted: 10 Aug 2011 12:33 PM PDT

Sukan

Nicol David

Nicol David

DUA nasib berbeza buat pemain skuasy negara di kancah skuasy Terbuka Australia, semalam apabila ratu skuasy negara, Nicol David berjaya mara ke suku akhir manakala Ong Beng Hee terpaksa gigit jari pulang awal selepas terkandas di pusingan kedua di Canberra, semalam.

Dalam saingan merebut tiket ke separuh akhir nanti, Nicol dijangka tidak menghadapi masalah menumpaskan Annie Au dari Hong Kong selepas berjaya menewaskan pemain ran­king kesembilan dunia itu pada Terbuka Singapura, bulan lalu.

Dalam suku akhir, Nicol me­ngatasi pemain England, Emily Whitlock 11-9, 11-7, 11-5. "Dia (Whitlock) bermula baik tapi apabila saya ubah sedikit corak permainan dia mula melakukan kesilapan," kata Nicol mengenai pemain yang mendapat tempat ketiga pada Kejohanan Dunia Remaja di Boston, bulan lalu.

Terdahulu, Beng Hee tewas kepada juara bertahan dan pemain nombor satu dunia dari England, Nick Matthew 11-7, 11-8, 11-9.

Perlawanan pusingan kedua bersambung hari ini dengan pemain negara, Delia Arnold bertemu Joelle King dari New Zealand manakala Mohd Nafiizwan Adnan menentang pemain nombor tujuh dunia, Peter Barker dari England.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan