Harian Metro: Arena |
Posted: 17 Aug 2011 08:52 AM PDT "SIAPAKAH punca kehancuran kuartet 4x100 meter ini." Itu persoalan yang ditimbulkan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim berhubung kehancuran skuad 4x100m wanita negara. Tidak mahu menamakan siapakah individu itu, Karim berkata, kehancuran kuartet itu timbul kerana adanya individu yang mempunyai agenda menghancurkan barisan pelumba itu.
"Sehingga kini skuad 4x100m negara dilaporkan tidak lagi berlatih bersama. Saya menerima laporan daripada ketua jurulatih, Harun Rasheed yang kini berada di Shenzhen, China sempena Sukan Universiti Dunia, bahawa ada atlet yang datang berlatih dan ada yang datang sekejap dan kemudian balik," kata Karim.
Bagaimanapun demi pembangunan sukan olahraga negara, satu perjumpaan akan diadakan membabitkan semua atlet terbabit sejurus pulang ke tanah air dari Shenzhen.
Ketika kuartet itu di ambang kejayaan, isu dadah yang melanda barisan pelari itu menjadi titik tolak kepada perpecahan kuartet yang sebelum ini dikatakan berpeluang cerah menghadiahkan emas di Sukan Sea Palembang. Kelima-lima atlet wanita serta Mohd Noor Imran A Hadi sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas enggan memberikan sampel air kencing apabila diminta berbuat demikian pada Jun lalu sekali gus mengundang pelbagai tanggapan negatif terhadap kemungkinan mereka menggunakan bahan terlarang. Hasil ujian bagaimanapun didapati negatif.
|
Posted: 17 Aug 2011 08:48 AM PDT DI SEBALIK kegembiraan menyaksikan anak buahnya melakar kemenangan ke atas kelab Liga Satu Slovakia, MFK Dolny Kubin 2-0 kelmarin, jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee masih lagi dilanda kebimbangan. Ini kerana beliau berpendapat, persiapan lebih sebulan di Vion, Slovakia masih belum cukup bagi mengharungi pusingan ketiga kelayakan Sukan Olimpik London 2012 terutama berdepan Jepun pada aksi pertama Kumpulan C bulan depan.
"Saya merancang untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan kelab liga utama di China sepanjang berada di sana nanti tapi sehingga kini perkara ini masih belum pasti.
Sementara itu, skuad Olimpik negara bangkit selepas aksi mengecewakan ketika tumpas kepada Budapest Honved FC 1-4 minggu lalu dengan merekod kemenangan ke atas Dolny Kubin menerusi jaringan pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit kesembilan dan penyerang Ahmad Hazwan Bakri (m-37).
Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya tidak dibuai dengan kemenangan yang dicapai dalam siri perlawanan persahabatan di Slovakia kerana ia tidak akan bermakna jika gagal memberikan aksi terbaik pada pusingan kelayakan Olimpik.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan