Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Man City gah

Posted: 24 Sep 2011 02:56 PM PDT

Sukan

2 gol babak kedua Balotelli dan Milner benam Everton di Eastlands

LONDON: Jaringan babak kedua Mario Balotelli dan James Milner melonjakkan Manchester City ke tangga teratas carta Liga Perdana Inggeris, malam tadi hasil kemenangan 2-0 ke atas Everton di Eastlands.

Kemenangan itu menyaksikan City satu mata mengatasi pencabarnya, Manchester United di tangga teratas carta, walaupun Red Devils hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan mereka di Stoke untuk kembali merampas semula status itu.

Pemain gantian dari Itali, Balotelli melakukan satu rembatan yang terkena pemain lawan sebelum menerjah gawang pada minit ke-68 selepas menerima umpanan pemain antarabangsa Argentina, Sergio Aguero untuk akhirnya menewaskan kekentalan benteng pertahanan pasukan Everton. Balotelli yang mengharungi detik tidak menentu Eastlands sejak menyertai kelab itu dari Inter Milan pada Ogos tahun lalu, meraikan jaringannya dengan berlari pantas ke bangku simpanan City untuk memeluk pengurus kelab itu, Roberto Mancini.

Pemain tengah England, Milner memastikan tiga mata penuh pada minit ke-89, menolak masuk hantaran cantik pemain Sepanyol, David Silva sebelum meledakkan rembatan menewaskan penjaga gol Everton, Tim Howard. - AFP


Enam layak suku akhir

Posted: 24 Sep 2011 02:52 PM PDT

Sukan

ENAM pasukan - Kelantan, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, FELDA United dan T-Team mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia tatkala dua lagi slot masih menjadi rebutan empat pasukan - Kedah, Sabah, Kuala Lumpur dan Selangor selepas berakhirnya perlawanan kelima, malam tadi.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Perak muncul juara Kumpulan A dengan 13 mata selepas menewaskan Johor 2-1 hasil jaringan Isma Aliff minit ke-38 dan Failee Ghazali (90) manakala gol tunggal Johor dijaringkan Ashadi Yusof pada masa kecederaan.

Kedah pula menghidupkan peluang ke suku akhir apabila berjaya menewaskan Sabah 1-0 menerusi jaringan Khyril Muhymeen Zambri minit ke-44 di Stadium Darulaman, Alor Setar untuk kedua-dua pasukan kini berkongsi tujuh mata. Kumpulan B menyaksikan Negeri Sembilan dan Terengganu mara ke suku akhir selepas masing-masing menundukkan Sime Darby 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan PKNS 1-0 di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Kedua-dua pasukan kini berkongsi 12 mata dan pertemuan terakhir membabitkan Terengganu dan Negeri Sembilan di Kuala Terengganu, Selasa ini bakal menentukan siapa bergelar juara kumpulan.

Saingan Kumpulan C juga mengesahkan dua pasukan ke suku akhir apabila Johor FC sekadar mengikat Kelantan 1-1 di Stadium Pasir Gudang apabila gol pendahuluan tuan rumah menerusi Mohd Akmal Mohd Noor pada minit kedua disamakan Azammuddin Akil enam minit kemudian.

Di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching, Sarawak mencatatkan kemenangan pertama dengan menewaskan FELDA United 1-0 hasil jaringan Bobby Gonzalez pada minit ke-17 tetapi pasukan pelawat tetap dapat mengesahkan tempat ke suku akhir.
Bagi saingan Kumpulan D, Selangor kembali menghidupkan Misi 33 apabila mudah menewaskan Polis 4-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hasil jaringan Amri Yahyah (31), Safiq Rahim (44), Amirulhadi Zainal (71) dan Rudie Ramli (89) manakala Polis membalas menerusi Fauzi Abd Majid (62).

T-Team biarpun belum sah sebagai juara kumpulan, sudah pun layak ke suku akhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu apabila jaringan Indra Putra Mahayuddin (28) disamakan penyerang Kuala Lumpur, Ahmad Hazwan Bakri (46).

Selangor kini dengan tujuh mata wajib menewaskan Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Selasa ini jika berhajat mengiringi T-Team ke suku akhir.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ardinroy@yahoo.com

baik untuk pegetahuan dan maklumat semasa.

pak ngah alee

NS akan mnjadi juara piala Mlaysia....Hoben Jang Hoben..

yob

harap2 skuad seladang dapat membawa pulang piala malaysia 2011.yob 4ever


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen