Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Dugaan pertama Safee

Posted:

Dugaan pertama Safee

Dugaan pertama Safee

Safee Sali


BELUM lagi memulakan ujian pemilihan bersama pasukan Cardiff City, penyerang kebangsaan, Safee Sali sudah mengharungi dugaan pertama semalam.

Selain berkelana seorang diri tanpa ditemani keluarga, Safee juga difahamkan mengalami masalah penerbangan dan hanya dijangka tiba di Cardiff dari Doha, Qatar lewat petang semalam.

Pengurus Safee, Zakaria Ab. Rahim yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata, masalah tersebut di jangka tidak menjejaskan konsentrasi dan prestasi Safee dalam usaha memikat pihak pengurusan Cardiff City.

Menurutnya, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan sehingga menyebabkan penerbangan Safee tergendala dan berlepas lewat dari waktu yang sepatutnya pukul 3.35 pagi semalam.

Selain itu katanya, Safee juga akan menjalani ujian pemilihan seorang diri tanpa ditemani isteri, Sabarina Yusof dan anak mereka, Syaza Syaqina kerana mahu memberikan komitmen 100 peratus sepanjang berada di Cardiff kelak.

"Malah, saya juga hanya akan mengiringi Safee ke Cardiff pada minggu depan kerana masih mempunyai beberapa urusan penting di tanah air.

"Inilah pengorbanan yang terpaksa dilakukan Safee dalam usaha memberikan yang terbaik supaya dapat menyarung jersi Cardiff City," katanya kepada Kosmo! semalam.

Safee semalam telah berlepas ke Cardiff dalam usaha menjadi pemain pertama negara dapat beraksi bersama kelab England.

Begitupun kata Zakaria, Safee dijangka tidak kesunyian kerana bakal bertemu peminat-peminat bola sepak negara di Cardiff sempena sambutan Hari Malaysia yang dijangka diadakan di situ pada 25 September depan.

"Selain itu, Safee juga akan menginap di sebuah hotel yang jaraknya tidak sampai lima kilometer dari tempat latihan dan dibiayai sepenuhnya oleh Cardiff City.

"Saya percaya Safee tabah dan kuat ketika merantau di tempat orang memandangkan dia telah biasa dengan situasi itu sebaik menyarung jersi kelab Indonesia, Pelita Jaya sebelum ini," katanya.

Kebangkitan wira bola sepak

Posted:

Kebangkitan wira bola sepak

Kebangkitan wira bola sepak

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my


RAZALI menganggap pemilihan Safee dan Safiq untuk menjalani latihan dengan Cardiff City sebagai permulaan kebangkitan bola sepak negara.


SETELAH dunia bola sepak ketandusan sekian lama pemain yang mampu diangkat sebagai wira, Mohd. Safee Mohd. Sali dan Safiq Rahim kini boleh dilabelkan dengan gelaran tersebut.

Biarpun hanya diberi peluang menjalani latihan pemilihan bersama kelab di England, Cardiff City, kedua-dua pemain skuad Harimau Malaya itu membuka lembaran baru dalam lapangan bola sepak negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan penggempur berbisa dan kapten skuad Harimau Malaya itu adalah batu loncatan dalam perkembangan bola sepak negara yang sekian lama sepi daripada pencapaian gemilang.

Sebelum ini ujarnya, kancah bola sepak tempatan ketandusan pemain yang boleh diangkat sebagai legenda selepas pemergian Mokhtar Dahari yang disanjung tinggi oleh peminat tanah air.

"Kejayaan yang dicapai tersebut mampu menyemarakkan semangat anak-anak muda di negara ini untuk mencebur diri dalam sukan tersebut yang mempunyai masa depan yang cerah.

"Saya bukan nak bebankan Safee dan Safiq dalam hal ini tetapi mereka berdua memang fenomena baharu anak muda sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Eksekutif Penjawat Awam Muda – Saya Yang Menurut Perintah di Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur semalam.

Kelmarin, Safee berlepas ke bumi England untuk menjalani latihan pemilihan selama dua minggu bersama Cardiff City selepas mendapat pelepasan daripada kelabnya di Indonesia, Pelita Jaya

Selain Safee, rakan sepasukannya dalam Harimau Malaya, Safiq juga akan bersama dalam sesi pemilihan itu pada penghujung bulan depan.

Beliau mengakui kesukaran pada bola sepak negara untuk mencari pengganti Mokhtar, namun untuk anak muda, mereka memerlukan rol model yang boleh diangkat sebagai wira.

Memberi contoh pemain Korea Selatan, Park Ji-sung yang mencipta nama di Manchester United, beliau berkata, sokongan anak muda akan terus subur dan bertambah dalam memastikan keghairahan dunia bola sepak tanah air tidak akan terhenti.

"Saya percaya mereka mampu memikul tugas berat ini."

T-Team mahu ratah 'anggota polis'

Posted:

T-Team mahu ratah 'anggota polis'

T-Team mahu ratah 'anggota polis'

PASUKAN berstatus kelab, T-Team menjanjikan permainan agresif apabila mereka melayan kunjungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi Kumpulan D kempen Piala Malaysia malam ini.

Keyakinan itu disuarakan pengendalinya, Yunus Alif selepas anak-anak buahnya dimalukan Kuala Lumpur apabila tewas 1-2 pada aksi di Stadium Selayang, Sabtu lalu.

Menurut Yunus, skuad kendaliannya bersedia menampilkan corak permainan menyerang apabila menentang PDRM di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini dalam misi memburu jaringan besar.

"Saingan dalam Kumpulan D masih terbuka kepada semua pasukan dan mungkin jumlah jaringan akan menjadi penentu kepada pasukan yang akan layak ke suku akhir.

"Jadi, kami perlu memanfaatkan peluang menentang PDRM malam esok (malam ini) dengan cuba mendapatkan kemenangan menerusi jaringan besar," katanya kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, T-Team yang membuat penampilan kedua dalam kempen Piala Malaysia musim ini kini menduduki tangga ketiga kumpulan dengan tiga mata, mana- kala PDRM di tangga tercorot tanpa seba- rang mata.

Selangor pula yang tewas mengejut kepada T-Team pada aksi sulung minggu lalu berada di tangga kedua, juga dengan tiga mata, manakala Kuala Lumpur selesa mengungguli kedudukan teratas dengan enam mata.

Mengulas mengenai permainan malam ini, Yunus memberitahu, pasukannya bakal mendapatkan semula khidmat pemain tengah, Tengku Hasbullah Raja Hassan, sekali gus memberi kekuatan di bahagian se- rangan.

"Saya yakin kehadiran semula Tengku Hasbullah akan membuka lebih banyak ruang kepada kami untuk menyerang dan mendapatkan gol.

"Apa yang penting, pemain tidak hilang fokus dan menggunakan segala peluang beraksi di gelanggang sendiri selain mendapat sokongan moral penyokong," tegasnya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan