Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Impian final ke-3 Hai-O membara

Posted: 19 Oct 2011 03:23 PM PDT

TONGGAK Negeri Sembilan, Hairuddin Omar sudah mula ghairah mahu beraksi dalam final Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut selepas menyumbat dua gol, malam kelmarin.

Pada 2009 dia mewakili Negeri Sembilan manakala pada 2010 mewakili Kelantan dengan memenangi pingat kejuaraan pada kedua-dua edisi berkenaan.

Secara peribadi memang saya memasang impian besar beraksi di final Piala Malaysia kali ketiga berturut-turut. Saya harap mampu mampu merealisasikan cita-cita itu kali ini, katanya yang menyumbang dua gol membantu skuad Rusa mengatasi T-Team 4-2 dalam saingan separuh akhir pertama di Kuala Terengganu.

Lebih manis, dia yang juga dikenali sebagai Hai-O turut menjaringkan gol dalam dua pentas final berkenaan dan andai Negeri Sembilan ditakdirkan layak dia mahu menyumbat gol di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober ini.

Sekarang ini saya tidak mahu terlalu memikirkan untuk ke final tapi memberi fokus 100 peratus untuk perlawanan Sabtu ini di tempat sendiri.

Jika diikutkan, Negeri Sembilan sudah sebelah kaki untuk ke final tapi kita perlu sentiasa berwaspada kerana kita masih ada 90 minit dan bagi saya macam-macam boleh berlaku pada perlawanan kedua nanti, katanya.

Berpandu kepada jumlah jaringan perlawanan separuh akhir pertama, skuad Hoben Jang Hoben mungkin tidak berdepan sebarang masalah mengatasi kelab dari Pantai Timur itu dan mereka kini hampir pasti layak ke final buat kali ketiga berturut-turut.
Kita tidak boleh memandang rendah keupayaan T-Team dan perlu bermain berhabis-habisan bagi mempertahankan agregat jaringan gol pada perlawanan pertama.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

harapan semoga layak ke final piala malaysia 2011

pak ngah alee

..hoben jang hoben....hoben boto2..bia yg kono hoben tu melopong...den jangko ns boleh ke final.....

AnuarZain

Wahai Semua Pemain Muda.. Contohilah Disiplin, Semangat dan Kesungguhan Hai-O dan rakan seangkatan dengannya. Tahniah pasukan NS dan jangan leka dan megah atas kemenangan sebelum ini kerana apa2 boleh berlaku... HOBEN JANG HOBEN...

maia sinar

Hai O orang yg komitmen di atas padang...sememangnye hobin jang hobin MENANG!!!

lee

x kisah pasukan mana pun ke final... tapi padang kat stadium shah alam x sesuai utk final.

zul TTDI

Anyway, kerajaan Malaysia patut beri Negeri Sukan of the Year TERENGGANU DARUL IMAN. Sukma.., Basikal..., Bolasepak (T-Team, Terengganu & Sukma), ada lagi? Negeri mana yang seperti ini. SYABAS GANU KITE.

confuse

Aku mati2 ingatkan Hai-O (mlm) tu yang taja dia.

rashid

ese ghaso HOBIN JANG HOBIN monang bosa kek Paroi Sabtu nie.Jago - jagolah T.Team.

anti MLM

takde ke nama lain...kenapa perlu bg promosi percuma kt kompeni mlm tu??

zdin

pada amatan saya,tahun ini trengganu & n9 akan ke final. juara 50: 50. trengganu performance very constant tahun ini. tapi n9 prestasi amat meningkat pada piala m'sia. dua2 menang juaralah.

mohd afandi bin salleh@ramlee

Pasukan terengganu wajar memancing semula Hai-O utk musim hadapan.

rabiatul

plyer ngori wt y tbik..jgn pmerkn aksi bthan dproi..smbek goal bnyk2..hobin jang hobin....

fauzi berenjut

hai-o bgtu hbat taun ni ia bgai kan harimau khlangan maknan.

idress bin mahdan

utk memperkuatkan lagi jentera serangan ns perlu masukkan idris,zaquan,utk bantu hai-o.

perakFan

HAI-O botak sbb tu terer tanduk bola.haha

smile

hoben jang hoben..-biar kalah berlawan jangan kalah bertahan.
t-team..-usaha berterusan jangan patah semangat..

N9 dalam jiwo den

Hobin jang hobin.

amal

negeri sembilan pasti akan ke final...hobin jang hobin...bantai 5-0 kek paroi....biar dyo balik melopong....hobin jang hobin

Saiful Anwar is playing poker!

HOBEN JANG HOBEN....
HOBEN SAMPAI ABIS....
JANG DEN HARAP EKAU JGN LEKO JANG.....
MAIN SUNGGUH2 JANG YO....
HIDUP NS.....HIDUP NS....HIDUP NS....
INSYAALLAH KITO KE FINAL TAUN NIE....

Ilham najah

Hai-O bunyi macam MLM la pulak....Apapon selamat berjuang

Rynes

Gambatte Kudasai minna...hoben totap hoben

Full content generated by Get Full RSS.

'Debaran 90 minit'

Posted: 19 Oct 2011 03:23 PM PDT

Sukan

Irfan bimbang Selangor mampu bangkit kecewakan Terengganu

BAGI Terengganu dan Negeri Sembilan 'Debaran 90 minit' tetap menakutkan dan tidak mahu situasi selesa dinikmati mereka ketika ini diragut lawan masing-masing menjelang saingan separuh akhir kedua, Sabtu ini.

Irfan Bakti jelas belum mahu berseronok dengan modal dua jaringan Abdul Manaf Mamat sebagai jaminan mereka akan layak ke final Piala Malaysia pada 29 Oktober ini, sebaliknya akur Selangor akan kembali dengan corak taktikal menyerang di Kuala Terengganu.

Kali terakhir Terengganu layak ke final ialah pada 2001. "Masih ada lagi 90 minit di Kuala Terengganu. Kami akan cuba meraih kemenangan di laman sendiri dan layak ke final. Tapi saya masih menghormati Selangor. "Mereka pasti akan hadir dengan corak taktikal menyerang. Untuk itu, kita juga akan terus beraksi secara menyerang kerana menyerang itu adalah cara bertahan terbaik," kata jurulatih Terengganu itu, kelmarin.

Pandangan itu turut disokong jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah yang beranggapan 90 minit lagi bakal menjadi penentuan kemaraan skuad Rusa ke final sambil memberi amaran T Team tidak akan mudah tunduk sekali lagi.

Diminta mengulas prestasi Terengganu pada aksi pertama di Shah Alam, Irfan tanpa berselindung menganggap ia adalah persembahan terbaik mereka di tempat lawan, musim ini.

"Bagi saya, jaringan pertama Manaf seawal minit pertama itu menjadi faktor utama kemenangan kita pada perlawanan itu. Ia turut dibantu dengan kemampuan pemain mengekang setiap asakan Selangor sepanjang baki perlawanan," jelas Irfan.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan