Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


3 kunci Jang

Posted: 30 Oct 2011 03:51 PM PDT

Sukan

MENTERI Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, pegawai dan pemain Negeri Sembilan meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2011 di Seremban, semalam.

MENTERI Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, pegawai dan pemain Negeri Sembilan meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2011 di Seremban, semalam.

Skuad Hobin bijak serap tekanan untuk pastikan trofi milik NS

TIGA individu - jurulatih Azraai Khor Abdullah, kapten Shukor Adan dan penyerang Hairuddin Omar menjadi kunci kejayaan skuad Hobin Jang Hobin menjulang Piala Malaysia selepas menewaskanTerengganu 2-1, kelmarin.

Azraai yang berpengalaman memacu kegemilangan Kedah muncul juara trebel 2007 dan 2008, bijak mengatur strategi kebangkitan selepas ketinggalan kepada jaringan awal Terengganu. Shukor tetap dengan kerajinan dan suara lantang ketika menggerak jentera tengah sambil sesekali mengintai peluang jaringan hingga menyuntik motivasi enggan menyerah di kalangan rakan sepasukan.

Hairuddin pula yang sentiasa dibayangi kekangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof, bijak mencari ruang terbuka untuk melibas cantik gol kemenangan NS.

NS berhak juara

TIRAI saingan Liga Malaysia 2011 berlabuh malam kelmarin dengan Negeri Sembilan membuktikan status jagoan 'kalah mati' apabila muncul juara Piala Malaysia edisi ke-85 selepas menundukkan Terengganu 2-1 di Stadium Shah Alam.
Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri tampil dalam lima daripada 12 pentas final Piala Malaysia era milenium iaitu pada 2000, 2006, 2009, 2010 dan 2011 dengan memenangi dua daripadanya (2009 dan 2011). Satu lagi kejuaraan diraih pada 1948.

Tiga individu di sebalik kejayaan Negeri Sembilan turut melakar sejarah peribadi iaitu jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah yang meraih kejuaraan ketiga pada final keempat; kaptennya, Shukor Adan yang menjulang trofi keempat pada final ketujuh; serta penyerangnya, Hairuddin Omar yang menang semua empat final serta meledak gol pada tiga aksi final terakhirnya.

"Alhamdulillah, pemain dapat beraksi mengikut percaturan dan strategi yang dirancang. Kejuaraan ini juga secara peribadi membuktikan saya mampu membawa pasukan menjuarai Piala Malaysia tanpa pemain import," kata Azraai yang membimbing Kedah menjuarai treble 2007 dan 2008.

Hairuddin, 32, pula berkata, sikap tidak berputus asa dan tak sanggup membayangkan perasaan andai tewas di final itu, membuatkan dia terus berusaha memburu gol kemenangan.

"Dari awal permainan, kami memiliki banyak peluang tetapi Terengganu lebih dulu mendapat gol. Kami tetap yakin dan tak jemu mencuba hingga minit terakhir," kata pemain kelahiran Setiu, Terengganu itu.

Dengan Hairuddin masih belum membuat keputusan untuk menyambung kontrak musim depan, Azraai pantas berkata: "Makin tua kelapa, makin banyak santannya. Hairuddin masih antara penyerang terbaik. Kami sudah kemuka tawaran, terpulang kepadanya. Kami profesional, tapi harap dia akan kekal."

Saingan musim 2012 dengan kehadiran semula pemain import bakal bermula dengan aksi Piala Sumbangsih, Kelantan bertemu Negeri Sembilan di Kota Bharu pada 7 Januari, diikuti aksi sulung Liga Super pada 10 Januari.

Pengajaran berguna Peteh

PEMAIN Terengganu yang terlepas peluang bergelar juara berganda musim ini selepas menjuarai Piala FA dan pencapaian baik naib juara Liga Super, harus mengambil pengajaran daripada kekalahan pada pentas final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam, kelmarin.

"Memang jentera serangan kami kurang menjadi pada babak pertama dan kami lambat panas.

"Tetapi kami akan belajar daripada kesilapan ini," kata penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat.

Jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim pula menyifatkan gol penyamaan Negeri Sembilan yang dijaringkan S Kunanlan daripada gerakan yang tidak berbahaya, terus menjejaskan tumpuan anak buahnya.

"Gol penyamaan membunuh segala-galanya. Kami tak patut hilang tumpuan kerana boleh mengheret perlawanan ke masa tambahan. Tapi akibat leka dan alpa, kami melepaskan gol kedua."

Pada aksi kelmarin, Ashari Samsudin meletakkan Terengganu di depan pada minit ke-58 tetapi kecuaian penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli menangkap kemas sepakan Kunanlan membenarkan Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-80.

Negeri Sembilan memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan libas Hairuddin Omar, lima minit sebelum tamat.

SENARAI JUARA LIGA MALAYSIA 2011

Piala Malaysia: Negeri Sembilan
Piala FA: Terengganu
Liga Super: Kelantan
Liga Perdana: PKNS
Liga FAM: NS Betaria
Piala Sumbangsih: Kelantan
Piala Presiden: Kelantan

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

riezman yusof

Tahniah N9...dlm kegembiraan anda jangan lupa kepada Jurulatih anda sebelum ini iaitu Wan Jamak yg telah membina struktur Team yg konsisten dan Azrai Khor bg saya ada kesinambungan kunci kecemerlangan yg diwujudkan oleh Wan Jamak. Syabas juga kepada Wan Jamak kerana telah membentuk satu pasukan yg dpt beraksi selama 3 tahun berturut2 di aksi final piala malaysia.Hobeng Jang Hobeng....

azhar

tranung ckap beso sgt...ambik ko..apepun 2011 tahun utk kelantan...

badrul hisham

tahniah buat n9. memang patut pun menang... satu team yang merendah diri... tganu tersungkur mungkin coachnya terlalu gah menyebut, "tahun ini piala malaysia terengganu punye...." selepas kalahkan kelantan ari tu...

isabujang

Tahniah buat semua warga N9 dari pengurusan, jurulatih,pemain dan penyokong N9 juara piala malaysia 2011

jaga gol terengganu igat belalang, bukan igat bola

shah

sarbinee tu hebat sangat kerr???tangkap bola pun boleh terlepas,sengal betol..ni ker yg dikatakan penjaga gol kebangsaan??tu lah,lain kali jangan cakap berlagak atau riak sangat..

aidi

walau apa pun KELATE tetap terbaik...go...go TRW 4 NEXT YEAR......

Udin

Tahniah kek pasukan NS terutama kepada Jurulatih dan semua pemain serta penyokong NS FC. Eden raso semuo pemain memainkan peranan ponting ateh kejayooan NS malam kermarin. bukan sajo pado Azrai, Shukor dan Hairuddin, Pujian kek semuo.. Baru Adill. Karang ado yang kocik hati pulak.. sobab monang eaa pasukan NS bukan steh tigo ompek orang ni ajo.. Kunanlan pun baguih yo, keeper pun cemerlang jugo, defence pun gagah dan mantop juo

aidi

walau apa pun KELATE tetap terbaik...go...go TRW 4 NEXT YEAR......

Pak Syed

Tahniah atas kejuaraan Negeri Sembilan yang berjaya merangkul Piala Malaysia 2011. Apa yang kurang pada pandangan saya ialah
1)sikap beberapa penyokong yang tidak elok seperti membawa masuk barang yang tidak sepatutnya dibawa masuk (laser,mercun dan lain-lain)
2)Paling ketara keadaan padang yang teruk macam padang kampung berbanding dgn harga tiket rm50, tidak berbaloi
Apa pun saya tak kisah dengan semua tu, asalkan jangan mencemarkan maruah bola sepak negara.

rashid

mulo2 ese nk ucapkan tahniah pado smuo player N9 kerano monang PIALO MALAYSIA 2011 dan berjayo tundukkan ego Sang ponyu ( biarkan ponyu nenangih ).Truskan kogemilangan HOBIN JANG HOBIN.Hobin Jang Hobin 4 ever.

orang ghombau

TAHNIAH N9!! TAHUN DEPAN BOLOT SEMUA GAME. HARAP2 KEPUTUSAN MASUKKAN PEMAIN IMPORT XKAN MENJEJASKAN PELUANG ANAK MALAYSIA. TERLALU BERGANTUNG PD PEMAIN IMPORT X BAGUS GAK.. KPD FAM, SILA ROMBAK JAWATANKUASA SBB KEPINCANGAN DLM FAM AMATLAH KETARA.. ALASAN TIKET NAIK SBB MUTU BOLASEPAK M'SIA DAH MENINGKTA SGT X RELEVAN!! RANKING M'SIA JATUH KOT!!

shah

kalo kat EPL,piala FA tu yg jd buruan..kat M'sia,piala Malaysia.pe2 pon majulah bola utk sukan M'sia

Yop Man

Rajagopal kena bukak mata....walopon udah kira veteran,tapi game deme memang kelas Hai-o dan Syukur Adan yop memang tabik kat deme ni...Sarbini ...Yop memang pelik dan musykil pasal apa boleh lucut bola gol pertama tu?Player Ganu memang over confident bila dah lead main ngada-ngada padan muka....tahhniah Jang..Presiden PBNS memang berani,jgn bior isu tiket mati terus...ekonomi peminat bukan semuanya ok..

abe ngoh

mcmana ganu rasa, mcm tu la kelate rasa masa final piala fa 2011.arini ari kita, esok hari demo plak. jauhila sifat riak.

Farz's Hama

tahniah3 N9, tahniah gak Tgganu. Semangat permainan & bkn smgt musuh. Dua2 keeper cedera sblum gawang di bolosi. Buat Sarbinee..Kmi yg memahani Qada & Qdar tidak sesekali menyalahkan anda. U're still the best keeper. Penonton & peminat..jgn judge seseorang hnya krna 1 kesilapan. Siapa yg ign buat kesilapan yg tdk pernah kta jangka kan terjadi pd Sharbinee. Wlupun sya org S'gor tpi ttp sokong N9 & Tggnu di mlm itu & trut rasa happy for N9 & sad for Tgganu. Psaan kesal Sharbinee ttp kmi rasa gak. Semoga mutu pemain pasukan2 dlm M'sia akan lbh maju.

iwan anggerik senawang

assalamualaikum? hobin jang2 hobin!
pialo malaysia milik kito...fam mmg tak berhati perut...pulak tu budak n9 kono belasah depan tesco dopan mato den,polis nengok jo mcm tggul.....fru pulak lombab nk smpai...shah alam bukan vanue final!

Muhd Shatar

Terengganu terkena nasib pasukan Kelantan yang mendahului akhirnya lalai di saat akhir, padahnya terasa sama dengan team Kelantan

abdullah bin ghazali

Tahniah pada yang menang pasukan negeri sembilan dan cuba lagi Terengganu. Pada Persatuan Bola Sepak Terengganu,jangan segan untuk menyingkir mana-mana pemain yang sambil lewa terutama pada saat-saat genting kerana sikap yang begitu bukan saja tidak profesional malah memalukan, juga akan membunuh semangat perjuangan rakan sepasukan.

nordinms

tahniah buat pasukan hobin jang hobin dan syabas buat hai-o dan farizal

Fazwan

Baik Sarbinee bersara saja dan jadi jurulatih penjaga gol atau jadi pengadil bolasepak. Jasamu dikenang

Fazwan

Baik Sarbinee bersara saja dan jadi jurulatih penjaga gol atau jadi pengadil bolasepak. Jasamu dikenang

firdaus

padan muka tengganu klh ngan negeri 9,tu lah belagak sangat

b0tak 4477

semangat kesukanan mmg terbaik...tp permainan msh 'LOW' dari jauh kami dtg utk bg skongn n dgn hrpan corak prmainan akn brubah...tp sme jew x ubah cm game bdk skolah...upgrade r stail p'mainan sket...pape pun thniah utk N9...!

uya

tahniah pada pasukan negeri sembilan kerana mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan final..kepada pasukan terengganu cuba lagi pada tahun hadapan.

anak pilah n9

Tahniah buat N9 atas kejasama semua yg terlibat terutama pemain2 ( hobin jang hobin ) buat Sharbinee banyakkan bersabar. bagi penyokong terengganu setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan sama ada disengaja atau x. kita juga harus ingat tidak semestinya apa yg kita mahu baik untuk kita begitu juag sebaliknya...ada hikmah yang tersembunyi...anak pilah n9

cengko

Banyak tu kejuaraan Klate... GKG...

Hadi

Mula2 saya sokong Terengganu.. tetapi apabila Terengganu nampak macam orang kaya mengalah awal dalam isu tiket.. sedangkan NS memprotes dan akhirnya terpaksa menggunakan bayaran dari kutipan tiket untuk potongan tiket penyokongnya..Sokongan saya beralih kepada NS dan saya dapat rasakan dari awal kali ini penyu akan menangis..

khairul

NS memang layak untuk menang berdasarkan prestasi semasa dan barisan pemain yang berpengalaman di bahagian tengah dan serangan.ditmbah dengan adanya kapten yang dedikasi seperti shukor adan dan penyerang terbaik negara ketika ini hairuddin Omar.

zul

Tahniah N9 memenangi Piala Malaysia 2011..walaubagaimanapun tahun 2011 KELANTAN team terbaik merangkul 3 piala..jumpa 7hb januari 2012 utk piala sumbangsih kelate vs N9..GOMO KELATE GOMO!!

wsgolok

padan muka ifan & macam ni ke penjaga gol bertaraf kebangsaan.main macam budak,bola macam ni tak boleh tangkap

luqman

Tahniah NS, apa-apa pun kalau kita tengok perlawanan akhir tersebut memang menyeronokan, tapi apa bila saya tengok padang tempat perlawanan itu berlangsung, saya dapat simpulkan bahawa bola sepak di Malaysia tak lah sebaik mana, tengok saja padang perlawanan akhir tersebut, malu saya nak tengok, tiada kah padang yang lebih baik di Malaysia selain dari bukit jalil atau shah alam. Itu kah padang dengan harga tiket RM50 ooooo tidak, tak layak??? buruk!!!

ANUAR ZAIN

Tahniah kepada Pengurusan, Pemain dan Penyokong (3P) NS kerana telah berjaya menjulang Piala Malaysia.Tanpa kerjasama 3P Skuad HOBEN JANG HOBEN tak kan pergi mana. Kepada pasukan negeri lain yang berasa GAH sebelum ni.. bangunlah dari tidur.. HAYATILAH makna Profesional sepenuhnya..Kepada FAM tahniah dan cubalah mengikut arus kerajaan 1 MALAYSIA 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".. MALAYSIA BOLEH!


Full content generated by Get Full RSS.

'Pemain amal sikap sambil lewa'

Posted: 30 Oct 2011 03:45 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]JURULATIH skuad Bawah 23 negara, Ong Kim Swee menggesa anak buahnya segera menghakis sikap gemar ambil mudah kemampuan lawan, terutama menjelang perlawanan pertama saingan Sukan SEA 2011 di Jakarta bertemu Singapura, Isnin depan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan