Berita Harian: Sukan |
Posted: 13 Nov 2011 03:03 PM PST Sukan Kontinjen negara ceria sumbangan karate, olahraga, pedang dan terjunKONTINJEN negara ceria menikmati titisan 'hujan emas', semalam apabila atlit daripada acara karate, olahraga, lawan pedang dan terjun tampil gah meraih tujuh pingat emas pada hari ketiga temasya. Karate menjadi penyumbang terbesar dengan empat buat mencari penawar duka dengan tuaian emas bermula hasil keringat Shaharudin Jamaludin dalam acara Kumite 75 kilogram sebelum R Loganesha (Kumite 55kg), G Yamini (Kumite 61kg) dan K Teagarajan (Kumite 84kg) mencipta detik gemilang di Jakarta. Bagaimana atlit olahraga, Lo Choon Sieng menjadi penyumbang pertama dengan mengutip emas pada awal pagi di Palembang menerusi acara 20 kilometer jalan kaki lelaki. Joshua Koh menamatkan kemarau 22 tahun memenangi acara lawan pedang, Epee individu manakala pasangan terjun wanita, Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee mengungguli acara 3 meter papan anjal seirama sebelum.Skuad badminton lelaki layak ke final menentang tuan rumah Indonesia, esok selepas menewaskan Singapura 3-0 dalam separuh akhir untuk mengubati duka skuad wanita yang tewas kepada tuan rumah 1-3 dalam peringkat sama. Acara menembak yang menang emas pertama kontinjen, kelmarin menerusi Nur Suryani Taibi gagal menambah koleksi dengan hanya dua perak menerusi Hasli Izwan Amir Hasan dan Muhammad Shahril Sahak di Palembang. |
Malaysia hampiri separuh akhir Posted: 13 Nov 2011 03:01 PM PST TIKET ke separuh akhir kejohanan bola sepak sudah hampir pasti milik Ong Kim Swee dan anak didiknya selepas menumbangkan Kemboja 4-1 dalam saingan Kumpulan A Sukan SEA di Jakarta, semalam. Apapun, kemenangan itu tidak menyusul mudah - bukan kerana cabaran lawan tetapi ejekan dan provokasi penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno yang tampak mahu menghalang skuad bawah 23 negara mengutip tiga mata. "Empat gol pada perlawanan malam ini (semalam) dan corak permainan kemas pemain, adalah satu tanda positif menjelang pertemuan penentuan Indonesia, Khamis ini," kata Kim Swee. Gol pasukan negara disumbang Izzaq Faris Ramlan, minit ke-7, Baddrol Bakhtiar (m-35, 39) dan Wan Zaharul Nizam (m-90). Laluan skuad Harimau Muda ke separuh akhir turut 'mendapat bantuan' tuan rumah yang menewaskan juara 13 kali, Thailand 3-1 dalam saingan kumpulan sama. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenieka thniah skuad harimau muda..trus kn usaha utk merebut gelaran juara bola sukan sea 2011 n dpt lah mlysia mas lg..kikiki2x eino komen2 ni pemain malaysia dpt baca ke??klu boleh!ahhh dgr betul2.cuba main betul2,guna otak klu main,pasing bola tepat,klu kwn dah bagi bola ambik la..jgn mls.jaga lawna betul2..jgn bolos,klu tak, bolos saja dinding itu.cuba tengkok org eropa main nampak slow je main tapi penyudah mantap tu.. tu yg kita nak..ini pemain kita mcm kelangkabut je main..fikir2 la... apa2 hal pun go!! malaysia,ambil emas tu.. mohdnoh suerie Harimau Malaya mau pertahankan pingat emas sukan SEA..??? separuh akhir pun belum tentu lepas...kalau macam tu la Malaysia main...jangan harap la..!!! fastforward syabas dan tahniah kpd pasukan negara ke arah mempertahankan pingat emas sukan sea. Sesungguhnya tugas mempertahankan pingat tersebut lebih sukar berbanding dengan pasukan yg sedang mengejar dan cuba utk menjatuhkan pasukan kita. Namun demikian, pemain-pemain kita harus lebih fokus dan bersemangat dan jgn jadikan perlawanan yang lepas-lepas sbg sandaran kpd kejayaan. Sy ingin mengambil contoh pasukan hoki bawah 21 thn yg telah menjadi juara Piala Sultan Johor baru-baru ini. Mereka sebenarnya mempercayai bahawa diri mereka adalah seorang yang berkemahiran tinggi dan mampu utk 'bermain hoki'. Dalam erti kata lain mampu mengawal bola & permainan. Oleh sebab itu saya melihat pemain hoki kita dengan mudah dpt menggelecek pemain Australia yg berada diranking terbaik dunia. Setiap pemain adalah key-player atau perancang permainan..bukan hanya jadi pemain yg tahu menendang bola..saya yakin pasukan kita akan mampu menumbangkan lawan diperingkat kumpulan, separuh akhir dan diperingkat akhir.... sofian bongok teruk punya penyokong...minta team sendiri kalah...janji menang OK Warga Pantai Malaysia U23 patut mencontohi semangat juang pemain hoki Project 2013..yg x kenal eti putus asa..sampai jadi juara azhar Harimau malaysia bermain macam bukan harimau. Tiada kesungguhan dan semangat juang. Bermain sambil lewa. Tahukah anda kami kecewa dengan mutu persembahan kamu. Kalau bermain, bermainlah sepenuh hati sebab maruah negara dipikul oleh kamu semua. Jangan bermain ala kadar dan sambil lewa. Ayuh harimau.. tunjukkan taringmu. Jangan simpang kuku, kasi cakar sama lawan. fredoline martin jgn melihat atau mengkirtik apa yang telah terjadi.krna pabila kita asyik melihat kelemahan kita akan menjadi takut krna terfikir akan mengulangi kesealahan yag sama.so terus berjuang demi pasukan dan nama negara.buat yang terbaik dan terima segala teguran agar dpt mengubah prestasi.jom kita berjuang bersama demi negara tercinta.go..goo..malaysia..harimau boleh!!!! Aank Malaysia Menang memang menang tapi menang bukan sebab bagus main..sebab lawan bukan lawan sebenar pun..tapi tetap respect dengan semangat juang Kemboja. LAgi respect cara pasukan Thailand main..dengan 9 org pun hanya kalah 3 gol. Kalau M'sia lah yg main 9 org dengan semangat juang yg ditunjukkan semalam, mau sedozen gol kena belasah. Tabib spring cara pasukan Thailand dan Indonesia main..fast, exciting and with full determination. So Hariamau Malaya?? Nak main cam kanak2 riang lagi ke???? Gua pasti lu org kena belasah cow cow dgn pasukan "kuli binaan" kalau terus main macam ni!! Muhammad gheno Kalah menang itu biasa dalam sukan tapi kalah jangan ada dkambing hitamkan. roslan away tahniah kerana menang....tp kecewa sikit sebab semangat masa separuh kedua hilang...sepatut nya byk gol yg blh dapat.... Mohd Nasrul bin Ab Ghani skuad harimau malaya kembali kepada sikap lama iaitu tidak fokus dan sambil lewa apabila mendahului lawan.harap pasukan kebangsaan bermain bersungguh-sungguh apabila menentang pasukan tuan rumah indonesia nanti...pertahankan 'title' juara bertahan sukan sea 2009.GO HARIMAU MALAYA!!! Senawi saya hanya menonton pada separuh masa pertama...saya berpendapat bahawa cara permainan Malaysia amat baik kerana bermain mengikut kaedah Barcelona yang menggunakan kaedah (tiki- taka ) dan serang bila ada peluang...bagi saya itu pendekatan amat baik...selain menguasai kawalan bola..ia juga dapat menguatkan mental semangat berpasukan dan melemahkan semangat lawan.. sham SYABAS H.MUDA, tak sabar nak tengok gandingan yang lagi hebat dari masa m'sia lwn thailand, tapi mungkin simpan utk lwn syria nanti kot. tapi saya tengok kalau team yang lwn thai hari tu pun sudah boleh kalahkan indon. kita kena jaga repotasi sebagai satu2nya wakil asia tenggara utk ke olimpik. dan saya yakin percaturan OKS. setiap perlwnan berbeza susunan pemain pun berbeza utk mengelirukan intipan pihak lwn, tapi jgn sampai memakan diri sudahlah....M'sia boleh go go go............ woodys ..layak untuk menang tetapi biarlah dengan gaya selaku penyandang juara, pamerkan team work yang jitu..bukan nak kondem, cuma terkilan dengan kualiti permainan yang acuh tak acuh. tidak bersemangat.team cambodia lagi bersemangat... roslan away tahniah kerana menang....tp kecewa sikit sebab semangat masa separuh kedua hilang...sepatut nya byk gol yg blh dapat.... novan kemenangan yang kurang memuaskan kerana tahap permainan dan sikap pemain yang memandang rendah lawan. Sepatutnya lawan kemboja patut digunakan pemain utk kemaskan permainan, hantaran, keluarkan kebijaksanaan otak seperti permainan pasukan antarabangsa contoh Brazil, Spain & Argentina. Bila jumpa pasukan kuat mana ada peluang nak perbaiki permainan dan skil pemain. Kita kurang penyerang penyumbat gol perlu cari pelapis safi salee, mokhtar dahari lah. Kalau boleh ada pemain bijak dan laju macam leonel messi baru malaysia ummm dan peluang world class football team. roslan away tahniah kerana menang....tp kecewa sikit sebab semangat masa separuh kedua hilang...sepatut nya byk gol yg blh dapat.... akhi rusdee Tahniah buat Team Malaysia N Ong Kim Swee namun dalam kemenangan tu, kualiti permainan sgt menegecewakan. Sikap mudah selesa N alpha harus dikikis. maszul klu mcm 2 lea prmainan mlysia smlm, alamat x ada hrpan lea nk msuk final, pling teruk game ke 2, smpai x ada mood nk tngok, buat skit hti tngok corak permainan mereka, jgn hrpkn stu pemain sja,mcm x ada prsfhman antra pemain, bgi pluang pda pemain simpnan, contoh trbaik dgn memasukkn thamil. go.go makaysia. jgn dmalukn di indonesia.nmpk sgt pnyokong indon memberi sokongn kuat kpda cambodia smlam, nmpk sgt indin mau mlysia kalah. man apa dah jadi dgn skuad oks mng kerana pskn lwn tak kuat,apa pun tahniah lah juga krg mng dgn thailand tapi awas ancaman tuan rumah,oks jgnlah anda salah provokasi tuan rumah skuad anda dah berlatih smpi eropah tpi main mcm jgh kampung je,oks jgn slh org tpi perbetul skuad anda klu nak dpt gold medal,saya rasa klu lawan team estet tak tentu menang.jawawtan anda ramai lg nak sandang??????????????????? Muhamad Jais Ahmad Malaysia ni bagus main bila lawan bagus... tapi bila lawan yg pasukan lemah, jadi main pun x konsisten. Dah kena gol dengan lawan, baru main baik sikit, kejap2 tolak ke bawah, contohilah semangat juang Thailand, 9 lawan 11 org pun masih seronok tengok diorang melawan.... macam hilang idea nak menyerang.... Walau apa2 pun Tahniah....Main dengan Reputasi Juara Asean OK...
irfan MENTALITI PEMAIN KENA UBAH...JANGAN CEPAT RASA PUAS HATI,NI BARU LAWAN TEAM CAP AYAM BRAND.KALAU LAWAN TEAM POWER MACAM MANA??TAK KISAH LER LAWAN ANDA TU PASUKAN YANG BAGUS ATAU TIDAK TAPI SEKURANG-KURANGNYA MAIN DENGAN PERASAAN BANGGA DAN MENUNJUKKAN KOMITMEN TINGGI SERTA TAHAP PERMAINAN YANG WORLD CLASS..UBAHLAH,TOLONG UBAH...TOLOOOONNNGGGLAH UBAH CARA PERMAINAN DAN MENTALITI ANDA TU.KALAU MACAM NI LAH GAYA PERMAINAN DAN SIKAP PEMAIN SAMPAI BILA-BILA PUN BOLA SEPAK MALAYSIA TAK AKAN MAJU..SEDIH SUNGGUH TENGOK LAWAN KEMBOJA SEMALAM,KESIAN PUN ADA,NAK MENANGIS PUN ADA,GERAM PUN ADA,KECEWA PUN ADA,SAKIT HATI PUN ADA,PENDIK KATA MACAM-MACAM ADA....ANDA (PEMAIN+JURULATIH) LANGSUNG TAK MEMBANGGAKAN KAMI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA. Orang Malaysia Saya ramal Malaysia setakat semi final. mett bluesz kalau tgok malaysia main smlm..sakit hati...tgk nt lwn indon..ape alasan plk. coaches kelas c taktikal kemboja amat mnarik...mereka tahu dmn mahu dhantar bola ktika serangan...serangan pantas...mlysia tdk ad tktikal sbegini Kepada pemain-pemain malaysia, bermainlah bersunguh-sungguh, walaupun pasukan yang menjadi lawan kuat atau pun lemah.Jangan pula bila berhadapan dengan pasukan yang lemah,pasukan Malaysia terikut-ikut dengan kelemahan itu. Sepi Mat Syabas kepada Pasukan Malaysia kerana menang menewaskan Kemboja.Selepas ini Malaysia akan berdepan dgn tuanrumah Indonesia diharapkan Ong Kim Swee mempunyai percaturan yang kemas kerana penyokong Indonesia memperli pemain Malaysia.Malaysia mesti menang menentang Indonesia jika ingin tiket ke final dan seterusnya mempertahankan pingat emas di sukan sea.Ayuh....Malaysia terus perjuangan mu dengan semangat melawan yg tinggi menyerang lah ke kubu lawan sampai ke wisel penamat.SELAMAT BERJUANG,MALAYSIA MESTI MENANG. tidobola,mknbola,kentutpunbola sebenarnya rasa 'gembira' cambodia dpt 1 gol.bkn ape main macam taik! panas je hati tgok.main dgn semangat la.bkn sambil lewa.bengang giler!! walt tahniah buat pasukan bola sepak mlaysia.... diharap pemain lbih fokus dan jangan mudah terpengaruh dgn serangan pskilogi pemain2 indonesia kelak. ini telah terbukti ketika mereka menentang thailand. apa yng penting kita lawan dengan habis2an dan bermain sbagai satu psukan.. Najib skuad harimau muda harus perbaiki sebelum menentang indonesia,contohnya di depan gol pihak lawan ..kita tidak dapat sudah dengan baik... sayang sekali peluang banyak terhidang cuma kita tiada penyundahnya dengan baik... apa2 pon syabas team malaysia... kalau indonesia "indonesia bisa" tapi "malaysia boleh" ahhahahahh tak mustahil harimau akan baham burung garuda itu sekali lagi..ehhehe geng permainan lesu,tak menarik,terlalu banyak passing bola walaupun tak perlu.kalau boleh mainlah macam luar negera punya.penuh agresif,semangat dan memikat penonton. Amad Bari seronoknye diorang penyokong indon boo player kita.takpe,khamis ni kita hentam tuan rumah teruk2! izwan JIKA HARUS MENANG...!! PLEASE JGN LEKA... !! JANGAN PANDANG RENDAH SESUATU TEAM TESEBUT SEPERTI COMBODIA SMLM...!! Warga Pantai Timur menang dalan tangis...gembira menang,tetapi amat kecewa dengan semangat juang yang ditunjukkan pemain2 malaysia,tidak bersungguh-sungguh mengejar bola yang terlepas,hantaran bola kepada pihak lawan,hantar bola tanpa ada arah tujuan,gugup dan x keyakinan depan gol lawan,mudah leka dipertahanan dan lain2,andai sikap ini tidak diubah,rasanya nak pertahankan emas kene harap sesuatu yang luar biasa! tariq harimau malaya,tutup mulut indon.. sofian Aku lagi senang hati bila pasukan Malaysia ini gagal biar mereka merasa dipermalukan dengan kegagalan mereka, aku tengok para pemain ini main sambil lewa saja tidak mempunyai semangat melawan, semangat yang diperlukan Saya melihat bagaimana permainan pasukan Malaysia bermain dalam 3 perlawanan dan merumuskan bahawa para pemain mudah puas dan tidak mempunyai semangat melawan. Sepatutnya mereka bangga apabila mewakili negara dalam apa juga bidang tapi apa yang jelas kelihatan pada pemain bola sepak ini mereka tidak mempunyai semangat patriotik. Saya rasa mereka terlalu dimanjakan kalau boleh saya mencadangkan agar para pemain ini diganti dengan pemain yang lain kerana kita sebenarnya mempunyai ramai pemain yang berkelibar dan mampu cuma tidak pernah di berikan peluang ...nahhhh .... apabila mereka tidak pernah diganti mereka akan jadi besar kepala dan inilah jadinya..... Fareed kalo kita menten rentak permainan macm ni masa lawan Indonesia, saya rasa kemungkinan besar kita akan kalah...bukan nak bersifat negatif, tetapi nampak gaya permainan kita mcm tak terancang dah penyerang kita mmng byk sia2kan peluang...kita perlukan seseorang bermain seperti safie sali/ abdul manaf mamat/ norshahrul idlan talaha di posisis ini suhardi bin ladalle syabas malaysia... luqman Malaysia oooohhh Malaysia main bolasepak mcm2 kampung-kampung, saya kata hebat lagi kampung main, habis duit rakyat dilabur tapi main macam baru belajar main bola, yang bezanya cuma baju Harimau Malaya (Malaysia) dan guna duit rakyat berjuta-juta, menang pun tapi macam kalah rasa hati ini mengapa jadi begini ya? Malu tengok, kalau dengar cakap-cakap macam hebat, sekali tengok macam budak-budak main bola di belakang kampung depan rumah tok mudin, seronok juga tengok tapi tiada rasa bangga, rasa geram lagi ada. Tahnia kerana menang dalam kekalahan. albert Tahniah,teruskan rentak lkemenangan ini.Tapi jangan terlalu yakin nanti memakan diri terutama berdepan tuan rumah. Johan Menang dipuji, Kalah dikeji,
ahmad ape benda la korang nie main bola sambil lewa,pemainan yang teruk dan menyakitkan hati jer tengok.memanglah bole menang sebab main dgn team CAP AYAM tapi macam ni lah kalau main lawan dengan indon nanti compom kalah.baru padan muka!!!kami peminat bukan nak tengok cara pemain bermain macam nie(macam taik jer) tapi biarlah main dgn bersungguh-sungguh,permainan tersusun,hantaran&kawalan bola dengan baik dan menunjukkan kekuatan serta tahap tinggi bola sepak pasukan malaysia.yealah,kata juara bertahan so tunjukkanlah anda tu selaku JUARA BERTAHAN.ni tak,main macam budak yang baru nak main bola..isk,memalukanlah!!malu sungguh anda semua mengecewakan kami......... mie putrajaya Indonesia ni kalau malaysia lawan israel sekalipun dia akan tetap sokong israel. Apa yang sakit hati sangat dengan malaysia. kalau kena bencana adakah kemboja yang mereka sokong semalam dulu yang hantar bantuan. malaysia jugak yang kesian dengan rumpun sebangsa. mrjamplong separuh masa kedua.. permainan malaysia tidak tersusun & terancang,apa dah jadi?? qamarul tahniah...apa ada dngan indon,ada pada kta... malah lbih lgi,,ayuh harimau muda...kita lawan habis2san ANUAR ZAIN Perwatakan yang sumbang... Sepatutnya inilah masanya kita menunjukkan permainan tersusun bukannya macam budak sekolah.. Bayangkan anak saya yang masih kecil boleh komen macam budak sekolah.. Ubahlah minda lebih profesional terutama kepada pemain.. tingkatkan disiplin permainan, banyakkan berkomunikasi antara pemain.. Sebagai kapten Baddrol kena tunjukkan kepimpinan bukannya dia yang lesu dan malas.. Selamat maju jaya. Yakin Malaysia Boleh! omur mudah-mudahan indonesia kalah teruk lepas ni lwn malaysia dan kalah memalukan di semi final. Sulaiman Dali Syabas Harimau Muda kerana layak ke separuh akhir dan mungkin akan bertemu Vietnam. Saya harap HM terus fokus dan gunakan provokasi dari pihak tuan rumah sebagai reverse psychology bagi membangkitkan semangat melawan. Contohi Thailand walaupun bermain 9 orang dipenuhi oleh penyokong indonesia dan pengadil lebih berat kearah tuan rumah tetapi masih bersemangat untuk menyerang dan mengawal perlawanan dengan baik. mohd ishak separuh masa kedua..malaysia main seperti zaman dulu2..bnyk hntr bola tnpa melihat kwn...apa sebnarnya pemain malaysia buat?. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan