Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Fergie mula sindir 'jiran yang bising'

Posted: 27 Dec 2011 12:09 PM PST

Sukan

ALEX Ferguson kini mula yakin Manchester United berada di landasan tepat mempertahankan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) andai mereka dapat menghuni tangga teratas bersama pasukan tetangga, Manchester City pada Tahun Baru.

Pengendali berbangsa Scotland itu yang bakal menyambut hari jadi ke-70, Sabtu ini pada hari sama barisan didiknya menentang Blackburn ceria melihat The Red Devils menyamai kutipan mata dengan 'jiran yang bising' itu selepas membaham Wigan 50 pada Boxing Day di Old Trafford, kelmarin.

"Musim ini masih panjang. Jika kami dapat merebut tangga teratas liga pada Tahun Baru atau terikat dengan City saya pasti gembira," katanya. Sementara itu, pengurus City, Roberto Mancini pula menyalahkan jadual perlawanan punca pasukannya berkongsi mata dengan United dan tampak mula gelisah pada saat ini.

Lagi laporan MU, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Full content generated by Get Full RSS.

'Jangan letak harapan tinggi'

Posted: 27 Dec 2011 12:00 PM PST

Sukan

  NORSHAHRUDDIN   (tengah)  seorang daripada   enam  pemain yang dikekalkan bersama skuad kebangsaan untuk  galas cabaran negara di Siri Super 2  ISTAF  di Palembang,   Februari ini.

NORSHAHRUDDIN (tengah) seorang daripada enam pemain yang dikekalkan bersama skuad kebangsaan untuk galas cabaran negara di Siri Super 2 ISTAF di Palembang, Februari ini.

Cabaran sepak takraw Siri Super 2 ISTAF di Palembang

JANGAN letak harapan tinggi. Itulah firasat jurulatih skuad sepak takraw kebangsaan, Jamaluddin Hassan yang enggan peminat tempatan meletakkan penanda aras tinggi mengenai barisan pemainnya yang bakal menggalas cabaran di Siri Super 2 Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Palembang, akhir Februari ini.

Walaupun mungkin ada perubahan berlaku daripada sudut barisan pemain baru namun baginya saingan itu boleh disifatkan sebagai medan ujian menilai kemampuan mereka selain memberi pendedahan bermakna. "Memang kita mengharapkan mereka ini akan memberi yang terbaik. Walaupun begitu saya tidak mahu mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi. Pada saya cukuplah sekadar memberi sasaran mereka ini akan melakukan yang terbaik saja.

"Ia juga bergantung kepada undian nanti. Kalau kita menerima laluan yang mudah kita dapat mara dengan lebih jauh. Pada saya ia satu percubaan dan pentas ujian," katanya.

Hanya enam daripada 16 pemain dikekalkan bersama skuad kebangsaan menghadapi saingan itu yang terdiri daripada Norshahruddin Mad Ghani, Farhan Adam, Faizul Hairy Osman, Fazil Mohd Asri, Tunku Noor Azwari Tunku Ishak dan Hanafiah Dolah seperti mana yang dipilih Majlis Tertinggi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), 17 Disember lalu.

Pada Siri ISTAF di Bangkok, Thailand September lalu, pasukan negara menamatkan saingan di peringkat suku akhir dengan ditewaskan Indonesia, 3-2 sehingga menyebabkan skuad kebangsaan sekali lagi menerima kritikan pedas selepas beraksi hambar tumbang kepada Thailand 3-0 di final Piala Dunia ISTAF Julai lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan