Harian Metro: Arena |
Posted: 27 Dec 2011 09:12 AM PST KEGAGALAN Datuk Lee Chong Wei memenangi gelaran di penghujung tahun ini langsung tidak menggusarkan Institut Sukan Negara (ISN) kerana badan sains sukan negara itu sememangnya tidak meletakkan sasaran untuk dia mencapai kemuncak prestasi menjelang hujung musim 2011. Sebaliknya, Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr Ramlan Abd Aziz, berkata prestasi Chong Wei sebenarnya masih berada di tahap optimum.
Menurutnya, apa yang berlaku ke atas Chong Wei ketika ini adalah proses perapian (conditioning) dan ini adalah prosedur biasa bagi atlet berprestasi tinggi.
Dalam pada itu, Ramlan mengakui Chong Wei tetap memerlukan seorang pakar psikologi tetapi beliau menganggap keperluan pemain kelahiran Pulau Pinang itu tidak terlalu terdesak sebagaimana gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.
"Kami ada beberapa nama pakar psikologi bagi membantu Chong Wei, tetapi banyak faktor perlu diambil kira baik dari segi peruntukan kewangan mahupun kekangan lain.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 27 Dec 2011 09:09 AM PST "KALAU Makaf (Persekutuan Karate Malaysia) tidak rela jadikan saya sebagai jurulatih lagi, saya sedia undur diri dan terima sebarang kemungkinan." Demikian nada ketua jurulatih karate kumite negara, P Arivalagan yang bagaikan sudah pasrah dengan nasib menimpa dirinya selepas kontraknya dijangka tamat 31 Disember ini.
"Tentulah susah juga untuk saya menjalankan tugas kalau kontrak saya disambung semula tetapi saya tidak dapat bekerjasama dengan mereka (Makaf) yang mungkin memang tidak mahukan khidmat saya lagi.
Keputusan Makaf itu sedikit melegakan, namun selepas kontraknya tamat hujung tahun ini, Makaf bertegas mahu menggunakan khidmat jurulatih asing bagi membimbing skuad negara.
"Saya masih lagi dalam lapangan jurulatih, cuma saya mungkin menjadi jurulatih untuk kelab dan terus berusaha gigih melahirkan bakat baru yang mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. Saya fikir kehidupan seperti ini lebih tenang," katanya.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan