Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


FAM tak bagi peluang

Posted:

FAM tak bagi peluang

FAM tak bagi peluang

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menunjukkan ehsan kepada semua rayuan yang diterima, sebaliknya kekal dengan keputusan pendaftaran pemain import yang diluluskanJawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan pada 22 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, selepas menilai semua aspek yang ditetapkan, beliau mendapati, pendaftaran semua 26 pemain sebelum ini adalah adalah tepat dan menolak sebarang tambahan pemain import.

''Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) telah menyemak balik keputusan yang telah dibuat mengenai pendaftaran pemain import yang diputuskan baru-baru ini.

''Setelah meneliti semua peraturan yang disyaratkan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan FAM, kami mengekalkan keputusan yang dibuat sebelum ini.

''Ini bermakna semua pasukan yang mungkin gagal mendaftar seorang atau kedua-dua pemain import sebelum ini berpeluang mencari pemain baru hanya apabila pintu perpindahan dibuka buat kali kedua pada 2 hingga 16 April ini," kata Hamidin pada sidang media Jawatankuasa Pertandingan Tempatan di Wisma FAM, semalam.

Keputusan JKPT semalam memusnahkan harapan beberapa persatuan negeri yang sebelum ini berharap FAM dapat menimbangi rayuan pendaftaran pemain import.

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) antara yang mengemukakan rayuan selepas pemain dari Brazil, Marquen Gonçalves Ferreira tidak layak beraksi kerana didapati bermain dalam Divisyen Tiga Brazil.

Pahang juga berharap Sergey Ivanov dari Rusia dapat didaftarkan dan menegaskan, pemain itu sebenarnya bermain dalam Divisyen Dua Rusia tetapi dipinjamkan ke kelab Divisyen Tiga dan PKNS yang gagal membawa masuk Helmi Loussaief dari Perancis.

Full content generated by Get Full RSS.

Ada cerita pada hujung tahun 2011

Posted:

Ada cerita pada hujung tahun 2011

Ada cerita pada hujung tahun 2011

KITA akan melangkah ke tahun 2012 dalam beberapa hari lagi dan dalam tempoh itu banyak cerita didengar mengenai sukan negara biarpun kadangkala amat menyedihkan.

Hampir setahun selepas Datuk Misbun Sidek meninggalkan BAM, nama beliau kembali menjadi sebutan selepas khidmatnya dikatakan diperlukan oleh Datuk Lee Chong Wei untuk membantu beliau memperkemaskan diri menghadapi Sukan Olimpik 2012 London.

Kita pun telah tahu bahawa Misbun tidak bercadang untuk kembali membantu pemain yang setahun dulu mengatakan boleh membawa diri sekalipun tanpa Misbun. Kalau saya jadi Misbun, saya pun akan membuat keputusan yang sama.

Di pihak BAM terdapat dua pendirian yang bercanggah iaitu keputusan tidak akan menambah bilangan jurulatih yang ada dan pendapat Presiden BAM yang mengatakan khidmat Misbun boleh dipertimbangkan kalau Chong Wei benar-benar memerlukan beliau.

Apa pun terserahlah kepada semua pihak yang selama ini rasa yakin bahawa Chong Wei berada di kedudukan terbaik bagi menghadapi Sukan Olimpik 2012. Pada saya perkara yang patut didahulukan ialah memastikan beliau berjaya mempertahankan pingat perak yang dimenangi di Beijing 2008 sebelum memikirkan untuk mencari emas.

Bola sepak negara akan diwarnai oleh pemain-pemain import pada musim akan datang. Walaupun terdapat sedikit masalah mengenai pemilihan pemain import tetapi yang lebih menarik perhatian saya ialah mengenai keadaan lampu limpah di stadium-stadium yang menjadi gelanggang pertandingan.

Terdapat sebilangan daripada stadium ini tidak menepati standard lampu limpah yang diperlukan untuk membolehkan perlawanan diadakan pada waktu malam.

Isu lampu limpah ini amat menarik kerana ia akan menguji banyak perkara - ketegasan FAM, kedudukan pasukan yang terpaksa bermain di siang hari dan mungkin terjejas pendapatan tiketnya, selain peranan pentadbiran negeri atau pihak berkuasa tempatan yang memiliki dan menguruskan stadium yang tidak memenuhi syarat yang diletakkan oleh FAM. Kita lihat apa kesudahannya.

Begitu juga keadaannya dengan padang hoki yang didapati tidak sesuai untuk menjadi gelanggang Liga Remaja Hoki Kebangsaan.

Padang-padang hoki ini juga kepunyaan pentadbiran kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan yang sudah tentu tidak menyelenggara atau menggantikannya dengan yang baru apabila sampai waktunya.

Kemudahan sukan adalah faktor penting dalam memajukan sukan negara. Keadaan padang hoki dan lampu limpah memerlukan satu tindakan yang lebih baik dari yang ada sekarang.

Pernah pada satu ketika dicadangkan agar ditubuhkan satu perbadanan kemudahan sukan peringkat kebangsaan yang bertanggungjawab ke atas semua kemudahan sukan yang penting di negara ini supaya masalah yang dihadapi sukan bola sepak dan hoki dapat diatasi. Mungkin ini boleh dijadikan resolusi tahun 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen