Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Kuasa Piya'

Posted: 05 Jan 2012 03:06 PM PST

Sukan

Mohd Badhri Radhzi

Mohd Badhri Radhzi

Kapten Red Warriors tekad bantu pertahan gelaran lagi

APA yang berkocak dalam minda Mohd Badhri Radhzi ketika ini adalah memastikan Kelantan dapat mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah dengan apa cara sekalipun apabila menentang Negeri Sembilan, malam esok.

Fokus ketua pasukan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti untuk menang dan menjaga reputasi mereka selaku juara bertahan walaupun akur lawan mereka yang bergelar juara baru Piala Malaysia itu turut ada muslihat menafikan impian besar mereka itu. "Kami tidak akan ambil mudah perlawanan Sabtu ini (malam esok). Selepas segala persiapan awal misi kami sudah pasti mempertahankan gelaran," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Piya.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu menambah: "Negeri Sembilan masih pasukan kuat.

Walaupun ada beberapa tonggak utama mereka berpindah ke pasukan lain musim ini tapi mereka masih ada ramai pemain muda berkualiti dan berpengalaman. Kami perlu berwaspada."

Bagi Negeri Sembilan kunjungan ke gelanggang harus dengan misi sama.
Ini adalah penampilan ketiga mereka da lam perlawanan Sumbangsih selepas menempuh detik kecewa gagal pada 2004 dan 2010.

The Red Warriors yang juga juara Liga Super, musim lalu berusaha untuk mengekalkan trofi itu buat kali kedua berturut-turut selepas berjaya melakukannya kali pertama, tahun lalu selepas mengetepikan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam.

Ketika disentuh mengenai masalah komunikasi dihadapi bersama pemain import sebelum ini, Piya menjelaskan perkara itu semakin berkurangan malah ia bertambah baik dan berharap mampu dipertingkatkan sebelum aksi sebenar.

"Buat masa sekarang, masalah komunikasi dengan pemain import sekarang sudah semakin baik berbanding sebelum ini. Sebelum perlawanan esok, kami perlu terus memperbaiki aspek ini untuk menjamin keputusan yang lebih baik dan apa yang diharapkan kami mampu mengatasinya sebelum perlawanan itu nanti," katanya.

Walaupun trofi yang dipertaruhkan malam esok bukan lagi dianggap sebagai rebutan utama pasukan bertanding namun kemenangan dalam aksi pertama liga begitu penting sebagai momentum sebelum meneruskan perlawanan seterusnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Misteri Sabahawks

Posted: 05 Jan 2012 03:03 PM PST

Sukan

SESI latihan skuad Sabah di Kampus Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Kota Kinabalu, petang semalam.

SESI latihan skuad Sabah di Kampus Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Kota Kinabalu, petang semalam.

Hanya dua aksi persahabatan kelas satu menjelang liga

KEKUATAN sebenar skuad Sabah terus menjadi tanda tanya buat pasukan di Semenanjung menjelang sepak mula Liga Super 2012, Selasa ini.

Tidak seperti pasukan lain, skuad bergelar Sabahawks itu hanya mengadakan dua perlawanan pramusim menentang pasukan Liga-M iaitu Sarawak di Kuching pada 20 Disember (kalah 0-1) dan 22 Disember lalu (seri 0-0). Selebihnya Sabah dilihat begitu mudah membelasah kelab tempatan di negeri itu dan terbaru membenam skuad B-23 Brunei 4-0, petang kelmarin hasil jaringan Bobby Gonzales, Shahrudin Yakup, Jufery Omopor dan Razlan Oto.

Menurut Jurulatih Sabah, Justin Ganai, ia bukan jaminan mereka mendabik dada kerana prestasi pada dua aksi sulung Liga Super bertemu FELDA United di Stadium Hang Jebat, Melaka, Selasa ini dan Sarawak di Stadium Likas, Sabtu depan adalah lebih penting.

"Persiapan pra musim kami memang awal iaitu sejak November lalu dan dua pemain import dari Australia (Brendan Gan dan Michael Baird) juga sudah bersama kami lebih sebulan. Cuma kami tak dapat menguji pasukan Liga Super atau Liga Perdana yang lain sewaktu aksi pramusim.

"Jadi dua aksi sulung Liga Super itu bakal menjadi penanda aras sebenar. Sasaran musim ini adalah untuk menamatkan saingan lebih baik daripada tempat ke-10, musim lalu," kata Justin.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan