Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kim Swee 'selesa' undian Piala AFC

Posted: 14 Feb 2012 11:47 AM PST

Sukan

UNDIAN kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah-22 boleh dikatakan memihak pasukan negara apabila berjaya mengelak dua pasukan gergasi Asia dalam satu kumpulan, tetapi peluang layak ke kejohanan julung kali itu, tahun depan akan lebih terbuka andai Malaysia mengambil kesempatan menjadi tuan rumah.

"Kita perlu rebut peluang ini, bermain di laman sendiri akan memberi kita banyak kelebihan," kata jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang menarik nafas lega apabila diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina.

"Saingan utama tentunya dari Korea Selatan dan Vietnam, dan saya rasa perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada pusingan kelayakan ini. Jadi jika kita bermain di laman sendiri, tentunya peluang kita semakin cerah.

Saya rasa perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada pusingan kelayakan ini. - Ong Kim Swee, Jurulatih

"Walaupun kejohanan ini diadakan buat pertama kali oleh AFC, ia cukup penting kerana ia menggantikan kelayakan Olimpik yang diadakan sebelum ini. Sekiranya layak beraksi dalam kejohanan itu tahun depan, kita akan diletakkan sebagai pasukan pilihan pada kejohanan 2015 yang menjadi penentu kepada kelayakan Olimpik 2016."

Hari ini Kim Swee akan kembali bersama skuad Olimpik kebangsaan untuk perlawanan kedua terakhir peringkat kumpulan bertemu Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Februari. "Walaupun kita tidak lagi layak ke London, saya harap pemain akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi saingan dan mempertahan maruah negara apabila menentang Jepun nanti," kata Kim Swee.

Hanya tiga pemain – Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal (digantung perlawanan) dan Ahmad Hazwan Bakri (cedera hamstring) – tidak dapat diturunkan pada perlawanan Jepun nanti, manakala Fadhli Shas akan kembali mengisi benteng pertahanan selepas digantung pada perlawanan lalu (menentang Bahrain).

KUMPULAN G (Zon Timur): Korea Selatan, Vietnam, MALAYSIA, Myanmar, Taiwan, Filipina

'Kami sedia hadapi Malaysia, Korea'

Posted: 14 Feb 2012 11:43 AM PST

Sukan

INDONESIA, pasukan yang sudah pasti mahu dielak Malaysia dan Korea Selatan di suku akhir pusingan kelayakan Piala Thomas esok menegaskan sudah bersedia menentang kedua-dua lawan itu.

"Kami bersedia bertemu kedua-duanya (Malaysia atau Korea Selatan). Namun, situasi sekarang bukan kami yang tentukan siapa lawan kami, sebaliknya ia terletak di tangan Malaysia dan Korea Selatan.

"Namun, kami percaya kedua-dua pasukan sudah tentu berusaha mahu mengelak bertemu kami di suku akhir dan akan berjuang berhabis-habisan esok (hari ini) untuk muncul juara Kumpulan D," kata pengurus pasukan Indonesia Mohamad Faryansyah. Indonesia yang mempunyai barisan seimbang dalam perseorangan dan beregu dijangka tidak berdepan masalah mengungguli Kumpulan B yang turut dianggotai India, Singapura dan tuan rumah Macau.

Sehubungan itu, Malaysia dan Korea Selatan yang membuat perhitungan dalam perlawanan terakhir Kumpulan D hari ini pasti berentap dan berjuang untuk muncul juara kumpulan bagi mengelak bertemu Indonesia di suku akhir.

Sebaliknya, kedua-duanya pasti mahu memilih bertemu India yang dijangka muncul naib juara di belakang Indonesia kerana pasukan itu dianggap lawan yang lebih mudah.

"Sebenarnya, Malaysia dan Korea Selatan memiliki kekuatan hampir sama cuma kekuatan mereka berbeza dengan Korea lebih kuat dalam beregu, manakala Malaysia dalam perseorangan," kata Faryansyah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen