Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Amaran Fergie

Posted: 07 Apr 2012 02:51 PM PDT

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson memberi amaran kepada pemain Manchester United supaya waspada dengan semangat pasukan yang berusaha mengelak daripada tersingkir ke liga bawahan menjelang perlawanan menentang QPR di Old Trafford, malam ini.

Skuad kendalian Ferguson bakal mendahului lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris andai menewaskan QPR sebelum Manchester City berdepan Arsenal.


Pengurus City, Roberto Mancini mendakwa jika United menang dan pasukannya kalah di utara London, gelaran itu bakal kekal di Old Trafford untuk setahun lagi.

Namun, Ferguson enggan terpedaya dengan komen Mancini sebaliknya memberi tumpuan terhadap tiga perlawanan membabitkan pasukan yang berdepan ancaman penyingkiran iaitu QPR, Wigan dan Aston Villa.


Selepas mengambil masa 80 minit untuk menundukkan Blackburn, yang turut bersaing untuk terus kekal di liga utama Isnin lalu, Ferguson sedar ancaman yang dihidang kelab yang berjuang di zon corot liga.


Selepas QPR berjaya menewaskan Liverpool, Arsenal dan Chelsea musim ini, Ferguson sedar tidak boleh memandang rendah keupayaan skuad Mark Hughes.

"Pasukan ini mula bangkit. Tiada siapa menyangka QPR mampu menewaskan Liverpool dan Arsenal dua minggu berturut-turut dan Wigan juga menunjukkan kemampuan sebenar," katanya.


"Kejayaan pasukan bawahan mencuri mata bukan satu perkembangan yang bagus. Apa yang kami alami hujung minggu lalu sungguh luar biasa.

"Secara tiba-tiba Blackburn mula bangkit, begitu juga Aston Villa." Pengurus QPR, Hughes, yang juga bekas penyerang United turut menyokong anak buah Ferguson untuk menjulang gelaran kali ke-20 tapi berharap mencipta kejutan bagi membolehkan mereka terlepas daripada kelompok tiga pasukan tercorot.


"Itulah misi kami dan tidak akan menyerah dan tewas perlawanan itu," katanya. - AFP




Nafas baru Annuar?

Posted: 07 Apr 2012 02:46 PM PDT

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia menjadi orang tengah demi merungkai kemelut yang tercetus berikutan penggantungan Tan Sri Annuar Musa daripada jawatan Timbalan Presiden.

Tengku Abdullah menerusi kenyataan akhbarnya semalam mengaku kesal dan simpati terhadap nasib yang menimpa Annuar, yang turut direhatkan daripada jawatan Pengerusi Malaysia Super League (MSL), Pengerusi Bola Sepak Wanita, Timbalan Pengerusi Skuad Bola Sepak Kebangsaan dan Presiden Kafa.


"Dengan itu saya menawarkan diri saya sebagai pengantara untuk menamatkan kebuntuan ini dan membaiki apa-apa keretakan yang mungkin wujud disebabkan insiden malang ini," katanya.

"Kita mesti akui dan menghargai sumbangan dan usaha yang diberikan oleh Tan Sri Annuar untuk membangunkan sukan bola sepak di Malaysia khususnya bola sepak di Kelantan.


"Kita juga perlu mengkaji adakah keputusan ini akan merosakkan kerja-kerja baik yang dilakukan Tan Sri Annuar demi membangunkan bola sepak di Kelantan dan adakah Persatuan Bola Sepak Kelantan akan mengalami kesan buruk daripadanya," kata beliau yang berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik.


Begitupun beliau yang berada di luar negara ketika hukuman itu diputus 4 April lalu menjelaskan kenyataan yang dibuat beliau pada 4 Februari lalu tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai satu arahan tapi hakikatnya hanya sebagai nasihat kepada semua pegawai di FAM supaya menghormati perlembagaan persatuan.

"Saya pasti Jawatankuasa Disiplin menjalankan siasatan lengkap terhadap tuduhan yang dikenakan dan mengenakan tindakan disiplin yang sesuai dengan cara yang telus mengikut undang-undang FAM," katanya.


Beliau turut menjelaskan kenyataan Annuar yang menurutnya mengikut perasaan mungkin disebabkan minat mendalam terhadap bola sepak dan mungkin sudah tiba masanya untuk menyemak kembali perkara yang tidak penting untuk masa depan bola sepak.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan