Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


‘Saya tidak setuju’

Posted:

'Saya tidak setuju'

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

PEKAN – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah tidak bersetuju dengan tindakan Timbalan Presidennya, Tengku Abdullah yang mahu menjadi orang tengah bagi menangani krisis antara FAM dan Tan Sri Annuar Musa.

Menurut baginda, tawaran sebagai orang tengah itu ekoran hukuman penggantungan dua tahun setengah terhadap Annuar pada 4 April lalu tidak seharusnya berlaku kerana keputusan tersebut telah dilaksanakan.

"Sebagai Presiden, saya mesti menyokong apa sahaja keputusan yang dilaksanakan kerana ia dibuat berdasarkan ketetapan undang-undang dan peraturan.

"Annuar telah dijatuhi hukuman. kita tunggu sahaja dua tahun dan enam bulan itu.

Bagaimanapun, saya tidak campur apa (kenyataan) yang Tengku Abdullah cakap," titah baginda kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Penghijauan Pahang di Pulau Beram di sini semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Zulfahmi lakar pencapaian terbaik

Posted:

Zulfahmi lakar pencapaian terbaik

KUALA LUMPUR - Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin sekali lagi melakar sejarah dalam kariernya apabila menamatkan saingan di kedudukan keenam pada perlumbaan Moto3, Grand Prix (GP) Qatar di Litar Losail, semalam.

Pelumba AirAsia-SIC-Ajo berusia 20 tahun itu yang memulakan aksi di petak ketujuh ketinggalan +19.052 saat di belakang juara GP Qatar, Maverick Vinales dari pasukan Blusens Avintia yang mencatat masa terpantas 38 minit 40.995s.

Anak muda kelahiran Banting Selangor itu mempamerkan prestasi konsisten apabila dia berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok kedua perlumbaan dan ketika saingan berbaki dua pusingan Zulfahmi berjaya menempatkan dirinya di kedudukan keempat.

Namun, kedudukan itu tidak kekal lama apabila dia kembali dipotong Luis Salom dari pasukan RW Racing GP dan Miquel Oliviera (Estrella Galicia 0,0) ketika perlumbaan hampir masuk baki sepusingan lagi.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan