Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Milik City

Posted: 13 May 2012 03:25 PM PDT

MANCHESTER City akhirnya bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menanti 44 tahun, itupun memastikan kejuaraan dengan penuh dramatik apabila Sergio Aguero menjaringkan gol kemenangan beberapa saat sebelum tamat, untuk menewaskan Queen's Park Rangers, 3-2 di Stadium Etihad, malam tadi.

Dengan tiga mata terakhir itu, City mengumpul 89 mata, mengatasi tetangga yang juga juara bertahan, Manchester United - menerusi perbezaan 8 gol - selepas juara bertahan itu turut menang 1-0 menewaskan Sunderland.

Begitupun, episod duka skuad Roberto Mancini hampir berlarutan apabila QPR mendahului saingan 2-1 pada baki 20 minit sebelum Edin Dzeko mengikat kedudukan dan Aguero muncul dengan rembatan emas beberapa saat sebelum ditamatkan untuk memulakan pesta kejayaan. - Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Lan

Saya MC hari ini.. hahahaha

shariff

klau dlhat dri segi prsmbahan diats pdang,klihatan ad konspirasi yg brlaku..sgale2nye sdah drncang oleh phak atsan utk mlriskan produk mreka..

Mohd Farid

Rezeki MC......MU kna usaha keras lg.....

fuyo

Congratulate MC...jaringan dramatic...tengok penyokong MC mula menangis dan marah pada diri...ebelum mereka menari kesukaan setelah 2 jaringan dalam masa singkat...

edie

buat fan MU.xde yg nak di sedihkan...MC menang sebab berani buat pelaburan, MU kalah sebab sikap 'cukup ler' player yg ada tidak lagi sepertidulu yg agresif cari player

farizan

Tahniah MC !!!!!Yahoooo

yurzie

Biasala 2,nama pun main bola,msti ad menang kalah,yg penting tahun depan MU berusaha dgn gigih lagi,sbb MC dh jd gergasi EPL yg baru...tahniah MC

Mero

kalah menang adat bertanding..tahun depan kita lihat siapa yg menang.

alfredt

Perlawanan yg mendebarkan..tahniah MC

rammohd

Giliran MC pula di tangga atas jemu tegok asyik2 MU jer.

yushail

Tahniah kpd MC rasanya adil lah Juara kpd MC walaupun MU sama mata dengan MC sebab mereka dah berusaha selama 44 tahun. Tahun depan ada lagi MU...

hairul anuwar badri

cayo lh ,hebat mc

Skuad Piala Thomas celaru

Posted: 13 May 2012 03:21 PM PDT

Sukan

Chong Wei demam sejak Isnin lalu

SEMUANYA bagai serba tidak kena dengan skuad Piala Thomas negara tatkala saingan piala keagungan badminton dunia itu akan disingkap tirainya enam hari lagi di Wuhan, China.

Semalam, skuad negara terbang ke Guangzhou untuk menjalani latihan pusat fasa terakhir tanpa kelibat jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei gara-gara demam sejak Isnin lalu.

Sebaliknya, Chong Wei yang juga kapten pasukan, hanya akan menyertai rakan sepasukan di Guangzhou, Rabu ini. Turut tidak menyertai penerbangan ialah pengurus pasukan, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah yang terpaksa bergegas pulang ke Kuala Terengganu selepas dimaklumkan saudaranya meninggal dunia.

Tidak cukup dengan itu, pemain perseorangan kedua, Liew Daren juga masih demam, begitu juga penolong kapten, Koo Kien Keat yang menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.

Pemain profesional KLRC, Hafiz Hashim yang menggalas perseorangan ketiga pula mengakui kecederaan pergelangan kaki kanan yang dialami ketika Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia baru-baru ini, masih terasa sakit.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai bagaimanapun tidak bimbang dengan kekalutan itu dan yakin semuanya mampu diatasi menjelang perlawanan pembukaan menentang Afrika Selatan, Isnin depan.
"Jika boleh memang kita mahu semua pemain berkumpul dan berlatih bersama dalam fasa terakhir tetapi Chong Wei masih demam dan perlu bertemu doktor esok (hari ini). Jadi, kita putuskan lebih baik dia berehat dulu. Apa yang penting keadaannya tidak membimbangkan.

"Kita juga akan memastikan beberapa pemain yang tidak sihat mampu pulih sebelum menentang Afrika Selatan, 21 Mei nanti," katanya selepas menghantar pasukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

azmi

inilah petanda skuad piala thomas akan mengalami kekalahan yang memalukan.

abg long

ini lah dia skuad cacar-merba.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen