Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Sukar terima alasan lapuk

Posted: 25 May 2012 10:47 AM PDT

"BUKAN tak ada pemain berbakat boleh diketengahkan tapi orang di dalam BAM (Persatuan Badminton Malaysia) sendiri yang 'sayang' sangat mahu menggugurkan pemain meskipun mereka gagal beraksi dengan baik."

Demikian pandangan bekas ketua jurulatih kebangsaan, Razif Sidek menafikan alasan Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh yang mendakwa negara hanya mempunyai 'pool' pemain yang amat kecil sekali gus sukar untuk diketengahkan pada saingan lebih tinggi.


Kenyataan Mohd Nadzmi itu hadir selepas skuad Piala Thomas negara sekali lagi mempamer aksi mengecewakan di Wuhan, China apabila kandas seawal saingan suku akhir sekali gus memanjangkan kemarau gagal meraih piala berprestij itu sejak kali terakhir pada 1992.

Namun bagi Razif, sukar untuk menerima alasan lapuk itu kerana berdasarkan pemerhatiannya, negara tidak pernah ketandusan melahirkan ramai pemain berbakat baik pada peringkat sekolah mahupun negeri.


"Cuma masalah sekarang adalah di pihak BAM apabila ada pemain tertentu yang bernaung di bawah persatuan ini menjadi 'kesayangan' orang-orang berkuasa dalam BAM. "Bermakna, walaupun pemain ini gagal mempamer prestasi terbaik, kedudukan mereka masih selamat sebab sudah dijaga individu yang mempunyai kuasa dalam persatuan. Sepatutnya pemain yang sering mempamerkan kegagalan dikeluarkan, bukan 'disimpan' terus dalam BAM.


"Bila situasi ini berlaku, bagaimana pemain berbakat dari luar nak masuk dalam BAM? Sudah tentu sukar untuk mereka mendapat tempat kerana kuota dalam BAM sudah penuh.

"Sepatutnya BAM lebih terbuka untuk memanggil pemain luar yang dirasakan berkemampuan memikul tanggungjawab pada peringkat antarabangsa. Janganlah asyik guna alasan lapuk bila sudah gagal," katanya.


Bagi Razif, satu perubahan besar perlu dilakukan dalam BAM bukannya terus menyalahkan sistem, pemain serta jurulatih yang pada anggapannya sudah melaksanakan tugas dengan baik.

"Orang luarpun sudah muak dengan alasan sama. Sepatutnya pengurusan BAM yang perlu melalui perubahan. Kalau rasa tidak mampu untuk memikul tanggungjawab, undur diri saja. Tak perlu tunggu lama-lama lagi," katanya.


Polimas benam PSMZA

Posted: 25 May 2012 10:17 AM PDT

PASUKAN lelaki Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) mengekalkan kejuaraan untuk tahun kedua berturut-turut selepas menumpaskan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) pada Kejohanan Sofbol Majlis Sukan Politeknik kali ketujuh di PSMZA, Dungun, Terengganu, baru-baru ini.

PSMZA yang nyata keletihan selepas berhempas pulas sebelum menewaskan Politeknik Kota Melaka, 16-4 di separuh akhir gagal mencabar kehebatan Polimas sebelum tumpas 1-8.


Tempat ketiga dimenangi Politeknik Kota Melaka selepas menewaskan Politeknik Port Dickson, 9-6.

Bagi kategori wanita pula, Politeknik Merlimau, Melaka ditentang sengit sebelum mengecewakan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang 10-9 sementara pasukan PSMZA berada di tempat ketiga.


Mohd Afif Adnan dari pasukan PSMZA dinamakan terbaik keseluruhan kategori lelaki manakala Noraina Mahat dari Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) bagi ketegori wanita.


Kejohanan selama tiga hari itu disertai 14 pasukan lelaki manakala lapan pasukan bersaing dalam kategori wanita menerima piala iringan dan medal disampaikan Presiden Sofbol Terengganu, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Shahiddin Mohd Khatib dan Timbalan Pengarah (Akademik) PSMZA, Hasan Ismail.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan