Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


England mampu benam Sweden: Gerrard

Posted: 12 Jun 2012 02:44 PM PDT

Sukan

Steven Gerrard

Steven Gerrard

DONETSK: Steven Gerrard memuji 'kekebalan' benteng England mengekang Perancis, kelmarin dan kini sudah bersuara betapa dia dan rakan sepasukan The Three Lions ada ramuan mengutip tiga mata menjelang pertemuan menentang Sweden, Jumaat ini.

"Kami gembira dengan satu mata tetapi ia akan menjadi mata berharga jika kami dapat meningkatkan lagi prestasi mulai sekarang dan cuba memungut tiga mata menentang Sweden.

"Saya fikir benteng kami bertahan baik. Apabila kami melakukan serangan, kami kelihatan lebih bahaya, jadi saya puas hati," kata Gerrard. Dalam saingan Kumpulan D itu, Joleon Lescott membuka tirai jaringan untuk England dengan tandukan pada minit ke-30 tapi Samir Nasri pantas mengikis pendahuluan dengan jaringan penyamaan selang sembilan minit kemudian.

Sementara itu, Lescott berkata England harus bekerja keras dan mencipta rentak yang boleh membantu mereka berdepan cabaran Sweden dan Ukraine untuk layak ke suku akhir.

"Apa yang penting kami a harus bersikap positif dan mula yakin daripada keputusan ini,"

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

clonnese

SWEDEN pun BOLEH TEWASKAN England.Pasukan dan pemain england selalu buat "janji palsu" sejak dari dulu,boleh menang world cup la euro la dan macam2 lagi,tapi apa pun tak boleh,sebab mereka main bolasepak tak menarik,mereka terlalu bergantung pada kekuatan fizikal dan taktik serangan balas..


Torres ‘serang’ Rep Ireland

Posted: 12 Jun 2012 02:40 PM PDT

Sukan

GDANSK: Penyerang Sepanyol, Fernando Torres mula bermain psikologi ke atas Republik Ireland dengan menyuarakan betapa pasukannya bertekad memenangi semua perlawanan baki Kumpulan C untuk mengekalkan mahkota kejuaraan mereka.

Juara dunia itu akan menentang Republik Ireland, awal pagi Jumaat ini dan penyerang Chelsea itu yakin mereka ada ramuan untuk menewaskan pasukan bimbingan Giovanni Trapattoni dan Croatia untuk menjuarai kumpulan berkenaan.

"Kami harus cuba muncul juara kumpulan dan tiada pilihan kecuali menang setiap perlawanan mulai sekarang" kata penyerang itu yang muncul wira Sepanyol pada 2008 ketika menewaskan Jerman 1-0 dalam final. Dia akur kecewa gagal menjaringkan gol ketika hanya berdepan penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon dan menyuarakan azam mahu menamatkan kemarau jaringan apabila menentang Ireland yang kini terdesak selepas tewas kepada Croatia dalam perlawanan pembukaan 10 Jun lalu.

Sementara itu, Trapattoni berkata pasukannya perlu mempamer kepercayaan ketika menentang Sepanyol ketika barisan Irish itu bergelut untuk mengekalkan impian Euro 2012 mereka.

"Kami masih mempunyai 90 minit. Kami perlu percaya. Semua perlawanan di Euro boleh menjadi kejutan. Kita perlu mempercayainya," kata Trapattoni, 73, yang mengambil alih tugas berat mengendali Ireland pada 2008.

Apapun, menembusi perisai pertahanan Sepanyol pasti tugas sukar buat mereka dengan dikawal dua pemain ternama Barcelona dan Real Madrid – Gerard Pique dan Sergio Ramos yang mahu membuktikan kekuatan selepas ketiadaan ikon Carles Puyol yang tersisih akibat kecederaan. – The Sun


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen